AYAM PANGGANG - Alam Sari Di Tanah Jauhar

AYAM PANGGANG

ASSALAMUALAIKUM wbt

SALAM hari minggu. Ramai yang dah siap memasak tu nampaknya supaya dapat'blogwalking' lebih awal.. hehe.

Untuk tengahari saya belum sediakan bahan lagi, tadi pagi dah bagi makan suami dan anak-anak (anak sendiri dan anak kucing.. huhu) kasi kenyang, jadi lambat sikitlah masak untuk tengahari. Jadi kalau bagi makan masa lapar gila, barulah berselera, ye tak?

NI sajalah nak tunjuk ayam panggang yang saya masak sebagai pengubat hati suami gara-gara saya masak udang lemak cili padi yang bukan kegemarannya itu. Resepi dapat dari sini, cubalah ya.. sangat sedap. Saya buat empat ketul je, pasal ayam memang tinggal empat ketul masa tu... haha.. layanzzzzzzz!



Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ dibersihkan
3 ulas bawang putih
1 sb rosemary
1/2 sk ketumbar biji
1/2 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk cili
1 sk rempah campuran
1 sk serbuk kunyit
1 sb madu
1 sk minyak zaitun
garam secukup rasa

Caranya:
Lumurkan semua bahan dan perap sebentar. Bakar dengan suhu 180'C selama 1 jam atau hingga masak.

Haa... nilah 'breakfast' yang saya suap kat mulut diorang pagi ni.. cukup kenyangkan... hehe.

2 comments:

  1. salam kenal sari yusa.betul la pulak tekaan sari tu kan..hari ni..akak memang masak awal..lepas siap semua..memulakan BW..sambil rehat2 depan tv..

    ReplyDelete
  2. Salam Yus,
    Masak 4 ketoi tu...ada lebih seketoi...mailah bagi akak rasa je seketoi tu...

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih