MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, December 1, 2010

NASI DAGING


ASSALAMUALAIKUM wbt

NASI daging ni merupakan hidangan kami sekeluarga pada hari minggu yang lepas. Ilham masak nasi daging ni datangnya dari Mylittle Dapur 2. Terima kasihlah CtNaemah kerana memberi idea untukku menghabiskan daging korban ni. Ct kata dia menjelajah ke rumah Kak UmmiZaihadi- Kuantan jumpa Nasi Daging ni. Dah jemu sangat rasanya makan kari daging, sambal daging dan rendang daging.. hehe. Tapi resepi saya ni mengikut citarasa sendiri dengan apa yang ada di rumah ni. Sesiapa nak tengok resepi asal bolehlah pergi ke sini dan di sini. Resepi yang ada di bawah ini cukup untuk 4 hingga 5 orang makan. Ibu saya pernah masak nasi daging ni belajar dengan penyanyi Nurul tu dalam satu rancangan tv. Yang ni saya hentam jer lebih kurang macam masak nasi minyak.. hehe.

Bahan-bahan:
Bahan A
400 gm daging lembu (potong sederhana besar)
Air secukupnya untuk merebus daging
1 1/2" halia (dihiris)
1/2 sb garam

~ Rebus daging sehingga empuk bersama halia dan garam. Keluarkan daging, bahagi dua. Sebahagian dihiris nipis dan dipanggang di atas kuali leper.
~ Simpan air rebusan
Bahan B (Nasi)
3 pot beras dicuci bersih (nak sedap guna beras basmathi - saya tak ada stok.. hehe)
1 sb minyak sapi
1 labu bawang besar hiris nipis *(saiz sederhana)
2 ulas bawang putih hiris nipis*
1 kulit kayu manis*
2 biji pelaga*
1 kuntum bunga lawang*
4 kuntum bunga cengkih*
2 helai daun pandan disimpul
2 batang akak daun ketumbar
1/2 cwn susu sejat
1/2 bahagian daging yang direbus tadi (boleh kecilkan potongan)
1/2 cwn kismis
2 tangkai daun ketumbar potong 2cm(tangkai sahaja)
daun ketumbar (hiris untuk tabur di nasi)
3 cawan air rebusan daging
1 sk garam atau secukup rasa (sebab air rebusan dah bergaram)

~ Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bahan-bahan bertanda * sehingga wangi. Masukkan daun pandan dan akar daun ketumbar. Kacau sebentar. Masukkan susu sejat. Matikan api.
~ Masukkan beras yang siap ditoskan ke dalam periuk nasi elektrik. Tuangkan bahan yang ditumis tadi. Masukkan daging dan air rebusan daging, kismis, tangkai daun ketumbar dan perasakan garam.
~ Hidupkan (on) periuk nasi dan biarkan masak. Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng (pilihan) bila dihidang.

Sambal kicap:
11 tangkai cili padi
1 ulas bawang putih (sederhana)
1 sk gula
5 sb kicap manis (saya guna kicap kipas udang)
~ Kisar halus semua bahan. Curahkan di atas daging panggang ketika menghidang.

Sup:
1/2 labu bawang besar hiris halus
2 ulas bawang putih hiris halus
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
~ Tumiskan semua bahan, masukkan lebihan air rebusan. Perasakan garam, biarkan mendidih.

Resepi yang mudah, sesuai untuk orang bujang dan keluarga yang kecil.. hehe.

5 comments:

  1. Yus..edit cepat sebelum aku kene saman dgn peminat kak umi..hahahah..resepi asal nasi daging tu dr kak umi bukan aku..

    ReplyDelete
  2. wakakah... aku lupa nak masuk nama Kak Ummi... ampun kakkkkkkkkk...

    ReplyDelete
  3. salam yus...hidangan nasi daging ni memang nampak menyelerakan...asyik makan menu yg sama pun boring jugakkan...mmg boleh dicuba utk kelainan...

    ReplyDelete
  4. salam sari..betul la..nasi daging ni..ada berbagaikan..akak pernah buat 2 kali dan dari resepi yang berlainan

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...