MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, March 7, 2012

TERIMA KASIH OEYA


ASSALAMUALAIKUM...

BERTEMU blogger Oh Oeya, memang mulut tak henti bercerita. Dari cerita resepi sampailah ke Teh C, semua boleh masuk. Dari kopitiam sampailah hotel lima bintang semua boleh ditelan, semua sedap dan tak pernah basi, hehehe.

Sering benar saya menyebut nama Oeya di Alam Sari, kan.. dan selalu juga saya tersedak bila nama saya disebut di http://ohoeya858.blogspot.com/. Ada cerita di sebaliknya kerana kami mempunyai hubungan keluarga. Hubungan yang lebih erat dari hubungan sepupu semoga tali silaturrahim ini berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Hendak terperanjatkan saya kononnya Si Oeya (orang sekarang kata nak bagi surprise.. hehe). Kesian Oeya, tak kesampaian hajatnya pada Januari lepas kerana pada hari beliau nak memeranjatkan saya tu, saya tak ada di JB, dah jauh sampai ke utara nun. Berbondong-bondong barang dibawa terpaksalah diangkut semula sudahnya kali itu Oeya mengikat janji, nak berjumpa di satu destinasi. Alhamdulillah, dengan pertemuan di teratak ibu saudara Ayu pemilik Citarasa Rinduan dapatlah kami bertemu dan tercapailah hajat di hati Oeya menyampaikan hadiah hari jadi untuk Yaya.



Terima kasih Oeya atas ingatan..

Gunung Daik nampak berbalam,
Dari jauh hijau-hijauan,
Biar tergoncang seluruh alam,
Kasihmu puan dalam ingatan.

Untuk saya pun ada rupanya.. laaaaa.. Oeya memang suka susah-susah diri tau, terima kasih daun keladi, Oeya... i luv u lahhhh!!! Hihihi


semoga dengan pemberian Oeya ini akan mengembalikan mood saya untuk membakarrrr!! :-)))

18 comments:

  1. wah seronoknyer.. memang banyak kebaikan menjalinkan hubungan silaturrahim sesama muslim.. memang best tengok selain dapat hadiah tu he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadiah tak penting sbenarnyakan, ingatan tu buat sy terharu

      Delete
  2. bestnye dpt hadiah..
    cantik2 pulak tuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, cantik yg penting dari hati yg ikhlas

      Delete
  3. salam
    akka pun teringin jugak nak bertemu sari...nak merasa bluberry tart hehe..

    ReplyDelete
  4. wah,murah rezeki mak dan anak yer..aminnn

    ReplyDelete
  5. Sari.. Semoga awak dan Yaya suka :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tentu sy suka, Oeya! T.kasih skali lagi

      Delete
  6. semoga persahabatan dan persaudaraan kekal abadi....amin

    ReplyDelete
  7. best-best lah hadiah dari Oeya tu!

    ReplyDelete
  8. akak.. ni birthday sapa ni? dua dua dapat hadiah ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izah, besday Yaya, belated, birthday akak in advance, hehehe

      Delete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

INAYAH - AKU MAHU PULANG

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Akhirnya, Telemovie INAYAH akan ditayangkan di Astro Citra pada hari Ahad,  22 Oktober 2017 jam 10 ma...