PUDING ROTI YANG TAK PELANGI... HIKS

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
ASSALAMUALAIKUM...

ROTI sebuku tak berhabis, nak dibuang sayang, nak dimakan takut sakit perut. Saya memang berfikir-fikir untuk membuat puding roti bakar atau agar-agar roti, urmmm, yang mana satu idaman kalbu ya?? :-))

Seperti orang lain, saya turut jatuh hati dengan kejadian Puding Roti Pelangi di Masam Manis. Siapa yang tak jatuh cinta dengan hasil kegigihan ibu beranak tiga ini. Dari bubur kosong sampailah segala jenis nasi dan lauk pauk. Dari agar-agar biasa sampailah segala macam jenis puding, bingka dan kek yang biasa-biasa sahaja akan menjadi luar biasa bila sampai ke Masam Manis, maka tidak hairanlah kalau resepi-resepi dari blog pujaan ramai ini terpampang di banyak majalah sejak kebelakangan ini. Saya sangat kagum dengan usaha beliau, saya mengikuti blog Kak Ita dari zaman beliau baru mula hendak bertapak dan menggunakan perkataan DIY, dari zaman 0 comment sampailah sekarang, saya rasa Kak Ita dah tak terjawab komen-komen yang singgah di blognya. Haiiiii... dengan cara saya yang cuma tangkap muat ni alamatnya tak ke manalahkan.. hehehe.

gegel-gegel tangan nak mencorak, hahaha
Di rumah saya ni, kalau buat kek memang memakan masa sikit nak habis. Saya biasanya akan hantar ke rumah ibu atau bawa ke tempat kerja. Tapi kalau buat puding-puding macam ni, sekejap jer bayang pun hilang. Semuanya cepat saja ditelan dan dihadam. Hendak-hendak kalau dinikmati sejuk-sejuk, terasa nyaman jer kat tekak ni kan.

Kerana saya juga menggunakan serbuk agar-agar, jadi saya ikut resepi Kak Ita, cuma saya tak cukup gigih untuk menitik warna pelangi tu jadi saya cuma gunakan satu warna dan masukkan dalam piping bag yang digunting kecil hujungnya dan dicorak terus di atas lapisan puding. Saya juga tiada stok sunquick ataupun lemon paste jadi saya gunakan perisa jagung. Rasa puding roti ni sama seakan-akan rasa puding roti asmara yang saya pernah buat sebelum ini dan bahan-bahannya pun tak banyak berbeza cuma adunannya tak banyak, jadi nipis saja, mungkin akan datang saya kena gunakan loyang yang lebih kecil supaya pudingnya tinggi dan cantik. Tapi saya rasa lain kali nak gunakan sepenuhnya resepi menggunakan oren sunquick tu, mesti lebih sedap dan memikat.

Yang sangat sukanya dengan resepi ini ialah membuatnya semudah A B C D. Tak percaya???

A. Serbuk agar-agar + Gula + Air = Masuk dalam periuk, hidupkan api biar sampai mendidih.
B. Roti + Telur + Susu Pekat + Susu Cair + Perisa Jagung + Esen Vanila = Masuk dalam blender... terrrrrrrrrrrrrrrr!!!
C. Campuran agar-agar dah mendidih, masukkan bahan kisar, kacau sampai mendidih, keluarkan sikit (1 sudu kecil) untuk corak.
D. Tuang semua dalam loyang, warnakan lebihan yang kita ambil tadi, masuk piping bag, gunting kecik sikit terus corakkan atas lapisan adunan tadi.

Senangkan, A B C D, tak sampai 10 minit semua dah siap.

Okey, ini resepi asalnya.

PUDING ROTI PELANGI

7gm agar-agar serbuk
300 ml air
1biji telur
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat manis
3 keping roti
3 sudu gula
1 sudu besar sunquick 
1 sudu teh pate lemon
1 sudu teh esen vanila
Pewarna hijau, merah, purple, biru
Masak agar-agar dgn air dan gula hingga agar-agar dan gula larut
Dgn menggunakan blender, kisar roti bersama telur, susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar tadi dan terus memasak dengan api yang perlahan sambil dikacau hingga didih.
Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
Tutup api dan masukkan paste lemon
kacau rata
Ambil sedikit 1/4 daripada adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pada setiap bahagian yang telah diasingkan
Baki adunan yang tidak diwarnakan tadi, di tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan dahulu dengan air.
Ketepikan
Kemudian ambil adunan yang telah diwarnakan tadi dan titiskan atas puding dalam loyang tadi secara berselang seli antara satu warna dengan warna yang lain
Buat hingga habis
Kemudian sejukkan.

P/S Format baru blogger ni best juga ya..



Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam kak yus!! cantekkkk bila di potong gituuuu, kita nak nak nak!!! dah order semalam kan kan :D mkn sejuk2 sedap tu kak :D kita ari ni malas melampau lampau, asyik nak golek2 ajerrr ehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ijayuji, akak dh tinggalkan Ija sepiring, bolehlah mkn sambil guling2, hiks

      Delete
  2. Assalam Dik Yus....wah cun lah puding tu...memang Ita tu very talented & gifted...full with incredible ideas..very impressive!!Akak kalau boleh nak buat cepat...kurang juga sabar tu....!!Ada lagi tak pudingnya...meh Akak tolong habiskan...tak elok simpan lama-lama..nanti keracunan...hehehe!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, kak Watierman. Samalah dgn sy, nak cepat siap, cepat makan, cepat kemas, hehe. Mehlah kita habiskan sama2 puding ni, kak watie ;-)

      Delete
  3. uwaaaa mmng cantik lerrr bila buat puding mcm ni..mcm corak kita pakai inai tuuu...mmng menarik...

    ReplyDelete
  4. waduh2....ala2 corak batik gitew..hehhehe

    ReplyDelete
  5. Suka sangat wat n mkn puding... Nanti leh cuba resepi ni plak. Sy ni blogger br. Harap dpt follow me back yek. Nanti nk xplore resepi yg ada kat blog ni. Bleh yek:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!