RAINBOW Cupcakes yang tak berapa nak rainbow... huwa.. huwa.. huwa..!!
SEKIAN lama tidak bermain dengan warna tidak sedar yang tinggal dalam kabinet di ceruk dapur hanyalah koret-koretnya sahaja. Impiannya ingin mencipta pelangi tapi tak kesampaian kerana tidak cukup syarat, apa nak buat janji sampai juga hajat untuk menikmati sendiri Rainbow Cupcakes yang saya sekodeng dari dapur Masam Manis. Asalnya Kak Azlita Aziz membuat Butterfly Rainbow Cupcakes tapi rama-rama saya patah sayapnya, nak terbang pun tak boleh. Inikan pula nak bertongkat paruh dan kuku sebab ia bukannya Sang Jentayu ;p
Mood demi mood untuk mengadun kek idaman hati dicari dan ditunggu dari terbit matahari sehingga hujan turun membasahi bumi (apasal hari ni saya jiwang sangat ek???).. bila matahari dah hilang, bulan pun dah mula timbul maka nak ambil gambar pun tak cantik. Saya angkut cupcakes ini sebagai kudapan saat mengadap portfolio anak-anak buah. Keknya cukup lembab, sedap di anak tekak saya, tak tahulah di anak tekak orang lain ;) Lepas tu terfikir nak ambil gambar, pinggan cantik tak ada, yang banyak kertas A4 dan suratkhabar serta mangkuk makan maggi... kih kih kih.
Lalu.... beralaskan majalah lama buat penghilang bosan mengadap portfolio dan lappy :-)))
RAINBOW CUPCAKES
Sumber : Butterfly Rainbow Cupcakes Masam Manis
Terima Kasih Kak Azlita Aziz yang cun melecun.. saya C&P resepi ya...
Resepi Asal : Whisk Kid
The Martha Steward Show, April 2010
1 1/2 cwn tepung gandum
2 sdk baking powder
Secubit garam
1/2 cwn butter ~ suhu bilik (saya guna 1/2 buku butter 250gm tu)
Secubit garam
1/2 cwn butter ~ suhu bilik (saya guna 1/2 buku butter 250gm tu)
3/4 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
3 biji putih telor ~ suhu bilik ( saiz B) - saya guna 2 size A
1 sdk esen vanila
3/4 cawan susu segar ~ suhu bilik.
1. Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan
1. Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan
2. Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan paper cup putih secukupnya dan susun dalam muffin tray
3. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
4. Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
5. Masukkan esen vanila
6. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup
Buat hingga semua adunan habis
* untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag
Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek
Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.
P/S : Mixer saya masih berdesing, urmmmm.. bilalah nak dapat yang baru ni.. lambatnya hari jadi... huhuhu...
Krim Cara ALAM SARI ;p
250 gm krimwell
1/2 tin susu pekat manis atau secukup manis
sedikit butter lembut (optional)
~ putar semuanya sehingga sebati, masukkan dalam piping bag yang dipasang nozel. Hias ikut citarasa.
Selamat Ulangtahun Kelahiran Blog Istimewa untuk Nieza yang berada jauh di Helsinki, Finland, semoga terus kukuh dan sentiasa hadir dengan idea-idea baru, akak gantung kat sini ya..

P/S : Mixer saya masih berdesing, urmmmm.. bilalah nak dapat yang baru ni.. lambatnya hari jadi... huhuhu...
Krim Cara ALAM SARI ;p
250 gm krimwell
1/2 tin susu pekat manis atau secukup manis
sedikit butter lembut (optional)
~ putar semuanya sehingga sebati, masukkan dalam piping bag yang dipasang nozel. Hias ikut citarasa.
Selamat Ulangtahun Kelahiran Blog Istimewa untuk Nieza yang berada jauh di Helsinki, Finland, semoga terus kukuh dan sentiasa hadir dengan idea-idea baru, akak gantung kat sini ya..

22 comments:
alamak aaiiii, tersenget2 kepala akk tgk gambar tu...hihihihi
rajin betul sari buat rainbow cupcake tu kan, ada lagi tak? hiihhihi
salam kenal dan ziarah disini..:)nampak link akk kt blog mama..
sy amik resepi sarang lebah yer..dan follow akk skali..:)
kak sari.. kepala tun pun senget2 tgk cupcake nii... hihi....
Punyalah kakak nak mengayati kek tu sampai senget kepala nak tengok.. gigih juga membaking - tak apa sedap itu yg penting..
salam sari..
hihi akak pun tersenget2 kepala nak melihatnya...
terima kasih kerana mencuba..
aduyaiii segan akak... ^-^
kreatif.. majalah lama jd alas.. :D
Salam kak yus! Waaaaaa... Best ni kak main cmpk dlm cup :D klu nk buat rainbow cake tu leceh sikit :D ada pulak cream atasnyer mmg lah tersgt sedap, dpt se cup pun kenyang ehehe...
assalam kak Yus, kena senget kepala tgk CC ni kak..haha apapun nampak cantik juga..sedap kalau dpt merasa ni..:D
tqvm kak sudi ambil bunga ni...terharu lak saya atas sokongan akak pada blog dan dari alam maya ni jugalah kita diperkenalkan.suka dpt kenal dgn kak Yus yg ramah ni:)
saja je ko kak bagi senget2 kepala saya niha nak menengok gambor kek. ikiki.. nak seketui.. nak wasee
Assalam Dik Yus...senget pun senget lah ...janji sodap!!...terasa lak nak mamam cup cake!!
Yus, ko ni makin hari dah makin macam penulis sastera jerk..heheh... Mananye rainbow cup cakes ko???
Alamak, Kak Liza, maaflah, mesti sakit kepala tu, hehe. Kalu nak mehlah sini, hihi
Zila 4ever, salam kenal juga. Dah ambil resepi tu, buat tau ;-)
Tun, kepala akak pun senget2 masa upload gbr ni, huhu
Kakzakie, aiseh, byk lak org yg senget kepala kerana rainbow cake sy ni, hehe. Gigih sebab nak makan, kih kih
Kak Azlita, adiii, saya lagi segan bila sifu dtg, brplah markah leh dpt nih? Hihi
Sang Lekit, takde pinggan lawa, hehe
Ijayuji, betul tu, akak ni paling malas bab nak basuh bekas2 warna tu ha. Aiii, lepas ni guna palletlah, senang sikit nak basuh, haha
Nieza, sedih tau tengok gbr keluar senget sbenarnya, hehe.
Semoga blog Nieza tetap kukuh di hati pengikut2nya ;-)
Izahdaut, blogger ni yg jahatlaaaa, haha
Kak Watierman, hehehe, sodap kak, jom buat
Naz, haha, adakah??? Matahari muncul sebelah jer lepas ujan, jadi tiga kaler ilang, hehehe
Post a Comment