MAKAN KENDURI @ DEWAN KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA, MASJID TANAH, MELAKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


TENGAHARI tadi buka fesbuk, terkejut. Baru tahu, Mak Yah, emak kepada Blogger Che Mat Gebu meninggal dunia. Scroll lagi ke bawah, lagi berita kematian, mama kepada seorang kenalan yang Sk panggil Mek Yana juga meninggal dunia. Scroll lagi, bonda kepada Kak Hanieliza (rakan media sosial) juga meninggal dunia. Khamis lepas, Nurhidayah,anak kepada sepupu Sk, Kak Ana meninggal dunia. Semalam, industri hiburan juga dikejutkan dengan berita pelakon veteran, Jalil Hamid yang meninggal dunia dalam tidur.


"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".


Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa mereka dan mencucuri rahmat ke roh mereka, Amiiinnn YRA.



Kisah sabtu lepas, Sk dan PI memenuhi Undangan Raja Sehari,  Ainul Balqis dan Faris Farhan. Pengantin perempuan merupakan puteri kepada silent reader blog Alam Sari suatu ketika dulu, Kak Azlina Hashim dan suaminya Encik Zulkurnain. Dari silent reader kami kemudian bersahabat di muka buku.



Majlis diadakan di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Masjid Tanah, Melaka. Untuk rekod, sehari sebelumnya, pada cuti Hari Pekerja tu,  kami dari Johor pergi ke Petaling Jaya, Selangor (PJ) dan bermalam di sana. Jadi, esoknya tu (sabtu) kami bertolak ke Melaka dari PJ untuk menghadiri kenduri anak Kak Ina. 



Kak Ina beritahu ada lauk lomak, Sk terus teruja. Sampai di buffet line nampak dua tong nasi, nasi beriani dan nasi putih. Sk ceduk nasi putih, PI ceduk nasi beriani, hihi. Tak menahan ada sambal belacan dengan buah pelam dan kerabu taugeh. Jarang-jarang kan Sk makan nasi putih kalau ada nasi beriani. Lauk lomak tu dia letak daging dan cendawan hitam.



Lepas tu makan Ketupat Palas dengan tapai pulut. Tapai letak dalam bekas kecik-kecik tu, Sk rasa macam sama portion tapai bungkus dalam daun getah tu.


Tengah ceduk nasi, brother ni datang tegur. Terpaku sekejap, nasib baik tak lama hilang ingatan Sk ni. Ini Ami, bekas rakan sekerja di kolej. Ami ni anak sedara Kak Ina. Kecik betullah dunia ni ek. Tapi, memang dah tahu lama cuma masa pergi kenduri ni dah tak teringat pasal Ami ni anak sedara Kak Ina. 


Nampak ada yang agih-agihkan hasil dari kebun. Sk ambil jugaklah seplastik walaupun tak tahu lagi bila nak masaknya, hehehe. Dorang kata, kalau datang lagi awal, lagi banyak jenis sayuran ada. 



Sampai tertidur-tidur pulak bergambau dengan mak pengantin, hahaha.


Okey, dah celik mata, heheh. Terima kasih, Kak Ina, sudi jemput kita. Kak Ina kata, ramai kawan fesbuk yang datang dari semalamnya sebab tak sempat nak datang pada hari kejadian. Ni Iman tak ikut sebab dia ada gathering dengan kawan U kat KL. Kawan-kawan U Iman memang ramai dari belah-belah Selangor dan KL.


Lepas tu, Sk dan PI terus balik semula ke PJ sebab esoknya pulak (Ahad), Iman nak pergi majlis perkahwinan kawan dia di Gombak. Sampai PJ, kononnya nak beli popiah buat minum petang tapi tak jumpa kedainya. Jadinya, ni la minum petang kami, goodies dari kenduri, telur rebus dan bahulu cermai, bancuh teh o, siappp!!

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!