Assalamualaikum WBT
KHAMIS lepas, 30 April 2026, PI menyambut hari lahir yang ke 56. Malam sebelumnya, PI ada Press Conference Ragbi, jadi, Sk dan Iman beli kek dan sorok dalam esbox. Risau jugak kantoi, kotlah PI selongkar peti sejuk cari makanan, kan. Tapi nampaknya tak, agaknya kenyang makan dekat PC atau busy nak siapkan story.
Tepat 12 malam, kami buat kejutan untuk PI yang tengah buat story Ragbi. Yang tengok stories ig Sk, mintak ampunlah, PI cuma pakai kain pelikat tak berbaju, hihi. Ni minta ChatGPT tolong pakaikan baju untuk PI.
Beli kek kecik jer kali ni. Dulu-dulu tak ada kek indulgence saiz ni kat SR, kan. Ni pun dah 98 inggit. Nasiblah mak mentua beranak hujung bulan, hehehe.
Esoknya Sk belanja makan seafood di Restoran YX.
Pesan Ikan Siakap Masak Tiga Rasa kot ni. Tak ingat nama masakan sebenar, resit kat mana letak, tak jumpa pulak dalam handbag. Sedap sos dia, pedas-pedas manjah, masam-masam manis. Lepas tu bahan-bahan sos dia tu semua kita boleh nampak dari cili dikisar halus, bukan dari botol.
Udang Soy Souce, seekor RM3 sahaja. Untuk masakan ni minima kena ambik 5 ekor udang. Mula nak ambil sorang dua ekor, tapi PI kata, dia nak seekor jer. Sedap soy souce dia, tak masin.
Hotplate Tofu. Dekat sini tofu dan telur jer la dalam plate. Tak ada rencah seperti udang, ayam atau potongan sayur.
Sotong Sambal.
Banyak jugak potongan sotong, satu dah kena kebab PI, hehehe. Sotong dia besar-besar.
Sayur brokoli mushroom. Sayur ni mahal la banding kalau kita ambil baby kailan.
Yang atas tu, Chicken Lemon. Kira walaupun di seafood restaurant, tetap kena ada ayam lemon ni.
Rasa dah lama giler tak makan kat luar ambik lauk penuh meja cenggini. Sk paksa semua orang tolong habiskan lauk, tak nak bungkus bawa balik yang tak habis sebab esoknya tu nak out station. Karang lama-lama dalam esbox, tak de sape nak makan dah.
Burppp.. Alhamdulillah
Happy belated birthday PI. Moga sentiasa berbahagia till jannah bersama MI.
ReplyDeleteSanah helwah PI
ReplyDeleteSemoga sihat dan luas rezeki selalu 🤲🏻
ayam lemon tu memang wajib order la memang sedap. sedap2 tengok semua menunya. oh SR ada dah jual petit cake pun mahai ek.
ReplyDeleteHappy belated birthday PI...bestnya SK belanja makan seafood...
ReplyDeleteHappy belated birthday PI! Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu 🤲🏻. Nasib baik ada ChatGPT tolong pakaikan baju utk PI hihi. Happy la PI wife belanja makan sedap2 di restoran YX tu ye 🤭
ReplyDeleteSelamat ulang tahun PI 🎉🎉🎉.
ReplyDeleteWaah undang berapa orang makan2 di sana kak? Banyak memang menu yaaa, tp sedap2 nih 😍😍😍👍