JALAN-JALAN, MAKAN-MAKAN & MENGINAP 3H2M DI CRYSTAL CROWN HOTEL PJ

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 

SEMPENA cuti panjang hujung minggu lepas, Sk tiga beranak berjalan-jalan ke PJ. Rasanya, selama-lama ni guna PJ sebagai short form untuk Petaling Jaya, kan. Tapi, baru-baru ni baca kat thread, ada gen Z ni cakap, PJ tu untuk Putrajaya. Dah kenapa, dik? Putrajaya tu baru wujud masa pertengahan tahun 90-an  tapi Petaling Jaya tu dah wujud sejak tahun 1950 dan memang dah biasa dipanggil PJ. Jangan pandai-pandai eh nak tukar PJ untuk Putrajaya pulak. Takde putusnya nafas tu sebut penuh perkataan Putrajaya tu, terus, hihi.

Keluar sahaja dari Plaza Tol Senai (U), belum masuk highway, kenderaan sudah merangkak-rangkak. Dua jam baru sampai Simpang Renggam, adeh. Kami belum sarapan lagi, PI ajak pekena Roti Canai Kari Kambing, tapi tak nampak kedainya. Rupanya kedai tu tutup, tu yang tak nampak.

Sudahnya, ke Ithu Kopi la. Sk dan Iman makan Mee Champa. PI nak makan roti kaya dan telur separuh masak, tapi menurut staf, menu tu dah tak buat. Tak tahulah maksud tu tak buat terus atau sebab masa tu dah dekat pukul 11 pagi. Dahhhh, Sk kena berkongsi Mee Champa dengan PI, orang dahlah lapar, hahaha. PI pulak, kalau time-time macam tu perut dia tak berapa nak makan banyak.

Nak balik ke kereta, terserempak dengan Blogger Juju yang baru sampai nak makan Mee Champa jugak. Juju kata, nak balik Benut, tu singgah situ makan dulu. Juju cakap, jammed tu kak nak pergi KL. Aaa.. nak buat macam mana, hadap ajelah jammed tu, Juju. Jammed tu nak keluar Johor aje tau. Lepas jer Ayer Keroh, baru lancar perjalanan. Dekat Jasin pun jammed jugak.


Kali ni kami pilih menginap di Crystal Crown PJ. Ini kali ketiga Sk menginap di sini. Kali pertama masa anak saudara PI kahwin, kali kedua masa tu PI ada tugasan bola JDT dan ini kali ketiga. Yang dua kali tu tak tulis penuh menginap di sini. Dah lebih 10 tahun jugak, jadi tak ingat sangat.

Ambil bilik King Bedroom (1324) dan tambah bilik twin (1320) untuk Iman dan kawannya. Ni sebenar ceritanya, Iman ada gathering dengan kawan-kawan U dia, tapi PI tak bagi Iman pergi sendiri naik bas. Dia ni pun mula kata nak duduk Air BNB, lepas tu kata nak duduk rumah kawan dia kat Ulu Yam sebab Air BNB tu dah penuh. Lepas tu dia pujuk PI tempahkan bilik lain pulak. Sk suruh PI minta bilik aras sama, tak perlu bersambung (connecting room) macam selalu.

        


Bilik lengkap dengan peti sejuk, kemudahan mengopi dan mengeteh. Biliknya luas dan selesa dengan lantai kayu tapi tu la, tv nya kecik pulak. Plug point dia banyak, cermin pun luas dan terang, senang nak make up.

        

Tiada kemudahan seterika dan iron board dalam bilik tapi disediakan di luar bilik. Satu set ni kongsi 4 bilik ya, tapi sepanjang-panjang menginap di sini tak nampak sesiapa guna yang dekat bahagian bilik Sk ni. Sk pulak bawa iron sendiri jadi nak gosok baju tu, Sk pinjam iron board ni bawa masuk bilik. 



Petang tu, Sk dan PI keluar berdua jer ke Medan Selera Wawasan PJ ni. Belakang medan selera ni padang bola tempat PI selalu main bola zaman dia belajar dulu. Tak silap Sk, Stamford College kot. Masa tu medan selera ni belum ada lagi.


PI ajak makan di Gerai Lau Wan ni. Peramah peniaga ni, mereka dah berniaga di sini selama 18 tahun ya. Ni nanti raya haji katanya tutup seminggu. Aaaa.. memanglah kan, raya haji ni cuti panjang tuuuuu tapi kena apply cuti la lepas raya tu dua hari, kan.. barulah jadi panjang dan puas bercuti.

        

Pesan Tauhu Bakar dan Sotong Kangkung. Pehhhh, sedap sangat ya dari yang biasa kami makan kat mana-mana. Senyum sampai ke telinga makcik tu bila kami puji melambung-lambung, hihi.


Kuey Teow Goreng sorang sepinggan. Ni ambil saiz kecik pun banyak, kalau saiz besar mesti lagi banyak, kan. Beza harga dia seringgit aje pun tapi takut tak habis kalau ambil saiz besar sebab ada tauhu bakar dan sotong kangkung lagi, kan.


Kuey Teow Goreng sorang sepinggan. Ini pun eh, antara yang sedap kami pernah makan. Ada isi kerang dan dua ekor udang fresh (bukan udang frozen yang macam jeli tu). Toge dia gebu-gebu. Lepas tu, dia bagi sambal sikit, bolehlah gaul sikit-sikit untuk rasa kelainan kuey teow goreng dia. Tapi, Sk lagi suka makan begitu sahaja tanpa sos.


Tengah-tengah makan, tengok meja jiran sebelah ada rojak buah dan kerang rebus. Aduii... sedapnya kerang rebussss tapi segan pulak nak tambah order, nanti depa kata kami tiru, hahaha. Lagipun, macam tak larat nak makan lagi.


Nak balik ke hotel, PI ajak pusing-pusing dulu. Dia tunjuk dulu pernah kerja part time dekat 7E yang ni.


Lepas tu pusing lagi tengok rumah lama masa PI tinggal di PJ. Ni rumah Na'E (abang PI) tapi dah lama juallah ya. Sk cakap, pasti ke ni rumahnya, PI kata yaaaaaaa.


Malam tu macam biasalah kalau dah ke PJ ni, mesti nak makan di Nasi Lemak 223. Dekat sini sistem dia ada yang layan diri, ada yang guna joki dan untuk yang layan diri tu tiada runner ya. Kena order, bayar dan tunggu makanan. Tapi, ada jugak yang bagi buzzer, nanti makanan dah siap buzzer berbunyi boleh ambil.


Kipas susah mati nasi lemak daun pisang. Laju-laju buka bungkus macam tiada hari esok.

        

Lepas tu Sk perasan, nasi lemak dia dari dua gerai lain-lain. Satu cop merah, satu cop biru. Yang PI makan tu cop biru. Sk jamah dulu PI punya, manisnya sambal. Sk ambil bungkusan cop merah, naisss. Sambal tak begitu manis, ada ikan bilis, kacang dan telur rebus separuh. Cop biru tu telur rebus suku.


Pesan Sup Kambing semangkuk, kongsi. Sekali lagi eh, meja sebelah ni laki bini remaja purba macam kami jugak, tapi nampak macam lagi berusia, ada kerang ya atas meja. Ya ampunnnn.. ni tak boleh jadi ni. Kerang dia besar-besar, bersih putih. Terus Sk minta PI order, kan. PI pun panggil joki tu tapi rupanya kerang tu kena layan diri dekat gerai nombor 18. Jauhlah pulak gerai nombor 18 tu, huhu. Jadi, tak jadilah nak pergi beli kerang. Macam segan pulak nak merentas gerai-gerai lain. 

Baca : segan = malas

Dah segan, memang tak dapatlah kerang, hahaha.


Pagi esoknya, awal Sk dan PI turun ke cafe. Dekat cafe ni ada promosi makanan Pantai Timur tapi petanglah ya. Ingatkan dapatlah makan nasi kerabu pagi-pagi, hihi.


PI makan Sikmak la. Nasi lemak lagi!


Pelbagai pilihan pastri.



Side dish untuk American Breakfast pelbagai. Rajin chef dia!


Buah-buahan pun banyak jenis. Anggur hijau, purple, strawberries, salad, pasta, kentang panggang, eh, puas sangat dapat sepinggan macam ni.


Omelette dan telur mata semua dah siap, tak payah beratur.


Popiah dan samosa. Samosa dia comel-comel, kalau rasa tak cukup kenyang sebab comel, bolehlah ambil banyak janji habiskan, jangan buang-buang okeh.


Ada siew mai dan pau. Sk tak ambillah pau, ambil siew mai, popiah sayur dan samosa kentang. Yang dalam mangkuk tu, kuey teow celup (Mee Celup). Mee celup dia sedap jugak. Popiah dan samosa pun sedap cuma tak panas. Siew Mai tu sentiasa dalam pengukus, jadi awas!


Sk ambil roti canai ni sebab nampak ada lauk sambal sardin untuk roti canai. Roti canai dia frozen la tapi.


Pukul 11, baru keluar pergi Pengantin di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Masjid Tanah tu. Singgah bilik Iman minta tolong ambilkan gambar. Dia pau PI 50 hengget!


PI bebel-bebel, ni bondalah punya pasal babah kena pau. Patut bonda yang bagi. Sk buat bodo jer, hahahaha.


Malam tu, PI work from hotel, kan. Kena buat liputan perlawanan bola sepak JDT vs KLCT. Lepas bola, dia ajak lagi pergi makan Nasi Lemak 223 wakkkk. Kali ni dia teringin nak makan Laksa Penang pulak. Sk terus tuju ke Gerai Kerang. Sepinggan ni RM16, boleh bayar cash atau QR, boleh bayar lepas makanan siap. Masa kita order tu, dia bagi buzzer. Selain kerang, ada mentarang bakar dan oyster jugak. Nasib la tak terliur yang tu, teringin kerang ni aje. Gemuk-gemuk isi kerang, bulat-bulat, sedap cicah sos dia tu. Dia bagi sos Thai lepas tu ada taburan kacang kisar sikit. Kerang tu dia rebus dengan serai aje, tak berair ya, elok dia toskan.



PI tak jadi makan Laksa Penang. Dahlah kena tunggu 10 minit, layan diri pulak. Sk dahlah cuak tengok dorang guna pinggan mungkum jer letak laksa. Karang nak sampaikan ke meja, mahu bercurahan kuah dekat lantai, sampai meja cuma mee laksa, hahahaha. Jadi, kami makan nasi lemak lagi la sorang dua bungkus. Kali ni ambil direct dari gerai Yatie ni, kalau tak kan dia hantar meja ke meja.


Sarapan hari last (hari kedua), teruja tengok dekat tempat Mee Celup semalam, kali ni dorang buat Laksa Johor pulak.


Laksa Johor guna fettucine??? Guna spaghetti pun orang bitter apa lagi guna fettucine ni, chef???


Tu takpa, tengok condiments dia. Apakahhhh??? Salad, timun (potong lurus), kacang panjang dan telur rebus??? Sambal belacan??? Dia ganti dengan cili kicap dan lada merah hiris. Tapi, nak buat konten punya pasal, kita minta chef buatkan semangkuk. At least dapat tahu cemana rupa kuah laksa Johor dia.


Sementara tunggu LJ siap, kita round kat buffet line. Yogurt dan buah-buah potong. Buah naga isi putih tu susah nak dapat, kan. Kadang kalau tengok kat pasaraya, tak tahu isinya merah atau putih.


Dari semalam berangan nak makan scone.


Scone, whipping cream, jem strawberry, chicken pi dan pastri sosej. Ada buah naga, buah belimbing dan anggul. Ada teh tarik dan fruit punch.


Popiah, Siew Mai dan Samosa.


Laksa Johor dah siap. Ni Laksa Johor derhaka ni. Laksa Penang kahwin Laksa Johor tapi nampak macam melebih ke arah utara ni, tak aci betul! dalam kuah dia nampak tekstur-tekstur ikan sardin (dalam tin) yang dihancurkan. Rasa dia, memang rasa Laksa Penang la, makan dengan fettucine, hihi. Sebagai orang Johor, nak marah ke tak ni ek???


Memang tak habislah makan LJ derhaka tu. Iman lagi, la.. dia ambil jugak tapi makan sesudu aje dia kata. Tekak dia langsung tak boleh terima. Sk pulak sambung jamah-jamah makanan lain yang ada, nanti teringat-ingat pulak, kan. Ada mee goreng, nasi goreng, makaroni bakar, kentang bakar dan lagi dua tu lupa apa nama dia.



Stalk Iman dan kawan dia, Sab, kat meja sebelah, hihi. Lepas check out dorang akan ke Gombak menghadiri majlis perkahwinan kawan mereka


Siap dah nak check out. Memang kena bawa luggage sorang sebuah ya walaupun pergi 3H2M jer. Kalau boleh nak bawa baju satu almari. Tu belum kasut lagi, tu. Selipar lain, sandal lain, kasut kenduri lain, haha.


Sementara Iman ke Gombak tu, PI ajak cari satu lagi gerai kuey teow goreng yang femes kat PJ ni. Sebelum tu kami cari cendol dan rojak tapi dua-dua Sk reject. Kuey teow ni pun tak menepati citarasa sebab dia macam basah-basah, tak kering macam yang semalam. Kerangnya pulak tak fresh dan guna udang frozen yang togel tu.


Pesan Tauhu Bakar jugak, dia punya tauhu tekstur ringan macam roti. Hurmmm, Lau Wan punya jugaklah yang sedap. Lepas makan kami terus menuju ke Gombak jemput Iman terus di villa, venue majlis kenduri kawan dia.


Last but not least, sebelum balik Johor singgah makan Satay Willy di cawangan Prima Saujana, Kajang. Dulu pernah jugak makan satay Willy ni, tak ingatlah pulak, memang merah-merah ek sate dia?


Tak habis makan sebenarnya, tinggal 5 ke 6 cucuk kot, bawa balik Johor. Alhamdulillah, sampai dengan selamat, syukurrrrrr!

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dari awal sampai akhir saya baca entri SK ni, ada bakat humor. Geli hati saya baca 😆

    Dulu masa menetap di Nilai, saya selalu makan sate Willy. Tak pulak merah gitu, biasa je. Agaknya resepi baru 😄

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!