Assalamualaikum WBT
CEPAT betul rasa dah sampai Jumaat. Isnin lepas, Sk tiga beranak menyambung cuti, jadi cuma bekerja 4 hari sahaja minggu ni. Tu la tu rasa cepat sangat kot sampai Jumaat. Bulan Mei ni pulak banyak cuti, kan, cutinya pulak bersambung-sambung dan berganti-ganti. Seronok giler, PI pun dah berzikir nak jalan-jalan hujung bulan ni. Ish, tak serik-serik agaknya beliau ni mengadap jammed ek??!
Kisah 14 April 2026, malam sebelumnya PI minta agar masakkan lauk ayam esoknya tu. Sk tak ingatlah ayam sambal ke, ayam kari ke, sebabnya, lain yang nak direndam, lain yang direndam. Ni sebab, Sk cakap dengan PI, kalau rasa nak suruh Sk masak (makan nasi di rumah esok), plan la awal-awal nak masak apa, jadi boleh rendam (defrost) siap-siap sebelum pergi kerja. Tu la PI cakap esok masak ayam. Jadi, pagi esoknya tu (14 April), Sk dah siap ni, dah nak keluar, baru teringat nak rendam ayam. Jadi, Sk terus ambil satu bekas, buka penutupnya, letak dalam sinki buka paip air, sekali tengok bukan ayam tapi tulang kambing yang beli kat pasar Larkin tu. Ahhhh, kambing pun kambing laaaahhh. Tak sempat dah nak tukar dengan ayam, hahaha.

Tapinya, PI kata dah makan nasi pulak tengahari esoknya tu. Sk tak beritahu lagi ni dah rendam tulang kambing. Sebenarnya masih tak ting tak tu, nak masak ke tak. Tahulah kalau dah balik kerja mengadap jammed tu. Ni bukan penat kerja kat office ya, tapi penat memandu tak sampai-sampai rumah, asyik berhenti kat traffic light. Nak sampaikan ke rumah tu ada 5 traffic light, panjang pulak tu nak lepaskan. Silap-silap, dah nak dekat tu, dia merah balik, huwa huwa huwa. Tapi, Sk terbayang sedapnya kalau tulang kambing tu buat masak merah, makan dengan roti Perancisss! Jadi, Sk masak jugaklah, tapi tak makan kat rumah, makan kat kedai Empire Wak Lan di Batu 10, Skudai, sebab PI nak makan soto jugak. Mana kenyangnya makan roti jer, kan.

Sk telefon PI la, beritahu Sk ter-rendam kambing (bukan ayam) dan masak Sup Tulang Merah. Padahal kambing tu untuk masak kari cadangnya, hahaha. Pesan dengan PI, mintak singgah TMG Mart beli Roti Perancis, PI beli dua batang, Sk potong siap-siap letak dalam bekas. Tapi ni potong sebatang aje la, Sup Tulang Merah tu pun, tak la bawa semua. Senang jer masak Sup Tulang Merah ni, rebus dulu tulang kambing tu bersama halia, Sk guna pressure cooker, set HP 60. Kena rebus lama sikit, maklumlah, remaja purba yang nak makannya, hihihi.
Dalam kuali, panaskan minyak sapi dan sedikit minyak masak, tumis rempah empat sekawan, masukkan bawang dan cili kering yang dikisar. Bawang biar lebih, cili kering kisar jangan banyak, kemudian masukkan tomato puri tin sederhana tu satu tin, kacau la sampai terbit minyak. Kemudian masukkan tulang kambing dan sedikit air rebusan. Walaupun namanya sup, tapi jangan cair, kena pekat supaya melekat bila kita cicah roti. Letak garam secukupnya dan gula pun kena letak sikit.
Kalau ikutkan tak boleh ek bawa makanan dari luar makan di kedai, tapi dekat sini terbuka. Kalau cafe atau restoran tu, Sk tak bawalah. Lagi kalau dah terpampang notis 'tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman dari luar'. Dekat Empire Wak Lan ni nampaknya tak ada notis tu. Sementara tunggu makanan sampai, kami makan roti dengan STM ni dulu. Tak minta pinjam pinggan la, cicah terus jer dalam tupperware.
Iman kata, bonda tak cakap pun pandai masak STM? Selalu nenek yang masak. Eh, padahal dah berapa kali dah Sk masak STM ni. Antaranya, boleh baca, link di bawah:
Sk kalau kat sini pilih Soto Nasi. PI makan Mihun Soto.
Hari tu datang minta ceker, kali ni ceker habis katanya. Jadi, makan soto biasa aje. Kali ni sambal kicapnya pedas betul, letak sesudu jer dah pedas. PI cakap, agaknya dia sengaja buat pedas supaya orang tak letak banyak-banyak, hahaha. Iolah, kadang kami berdua aje, setengah botol letak sambal kicap, sabar aje la Wak Lan ek.
Iman pulak makan Burger Daging Special. Ada tempat, daging burger tu dia salut dengan telur kan, tapi kat sini dia tenggek telur tu atas daging burger.
Macam tak puas pulak sebab mangkuknya kecik aje untuk soto biasa ni. Tapi, di akhirnya kenyangggg juga, burppp.. Alhamdulillah.
Masa masak STM hari tu terlupa terus nak ambil gambar. Video masak-masak pun tak ambil kalau tak boleh jugak di screen shot! Ni gambar masa panaskan baki STM. Sk risau roti yang lagi sebungkus tu berkulat pulak kalau lama-lama.
Tapi, PI pulak belum makan nasi hari tu. Jadi, dia beli lauk kat kedai tomyam, Sk tinggal masak nasi jer la. Ni Tomyam Seafood, sekarang suka order tomyam putih. Sedap jugak tomyamnya.
Daging Masak Merah. Kalau tengok tekstur daging ni, ia direbus dahulu, barulah dihiris dan dimasukkan dalam masakan masak merah.
Sotong Sambal. Lupa la PI tapau kat kedai tomyam mana. Tak silap dia cakap dekat belakang, belakang mana tak tahu, hahaha.
Sayur Baby Kailan. Minta yang goreng biasa aje tapi agaknya mereka ni dah biasa campak ikan masin dalam kailan, kan. Masalahnya, ikan masin tu selalunya banyak tulang dari isi, kena hati-hati la.
Dorang la makan nasi, Sk makan roti jer cicah STM. Memang sepanjang-panjang minggu tu Sk jadi kontraktor eh, habiskan semua lauk-pauk dalam esbox. Yang mana sempat, pagi-pagi Sk panaskan dalam pengukus, angkut buat sarapan dan makan tengahari di office. Senang mata tengok esbox dah lapang walaupun sendiri jugak yang ..... (sila sambung).
sedap tu sup tulang merah
ReplyDelete