MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, July 30, 2012

TEPUNG PELITA CAIR DI MULUT & NASI AYAM IPOH

ASSALAMUALAIKUM...

TIGA TOLAK DUA TINGGAL SATU... agaga.. ;p

MENU Istimewa untuk orang yang berpuasa. Selepas berkali-kali tertunda untuk membuat Nasi Ayam Ipoh (beriya-iya Yaya nak makan) ni akhirnya selamatlah ia menjadi santapan pada sabtu lepas. Kemudian saya cuba godek-godek tepung pelita kegemaran Yaya yang khabarnya cair di mulut resepi Yani MyR. Memang marbelous dan tidak syak lagi. Terima kasihlah sangat kepada IzahDaut kerana promosikan resepi yang sangat-sangat senang ni. Saya kan suka yang senang-senang saja.. ekekeke. Saya ikut juga tips Izah untuk taburkan sedikit gula (saya guna gula halus) sebelum menuang lapisan santan. Dan saya campurkan dua sudu tepung jagung juga untuk lapisan pandan (Izah guna tepung ubi). Bagi peminat nasi ayam yang inginkan resepi nasi ayam yang boleh bawa ke mimpi bolehlah tengok resepinya di SINI. Dan saya salin pula resepi Tepung Pelita di sini supaya senang dirujuk pada masa akan datang. Untuk memudahkan saya tulis dalam versi saya sendiri untuk rujukan Yaya (lepas ni nak suruh dia buat sendiri).


KUIH TEPUNG PELITA
Resepi : Yani MyR
Sumber : Izah Muffin Lover

Bahan-bahan :
Lapisan Hijau :

4 helai daun pandan*
sedikit garam*
sedikit kapur*
sedikit air* (kisar bersama bahan bertanda* perah/ ambil airnya)
1 cawan tepung beras
2 sb tepung jagung/ tepung ubi
1 cawan gula
5 cawan air

Cara - Satukan semua bahan lapisan hijau. Kacau rata dan sebati. Masak dan sentiasa dikacau atas api sederhana sehingga berkilat dan meletup-letup. Tuang dalam bekas/ acuan disukai sebagai lapisan bawah. Taburkan 1/2 sk gula pasir di permukaannya.

Lapisan Putih/ Santan :
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
4 cawan santan (saya guna santan kotak -tipsnya di bawah)
sedikit garam

Cara - Kacau rata dan sebati. Masak dan sentiasa kacau atas api sederhana sehingga pekat dan mendidih. Tuang atas lapisan hijau tadi. Biarkan sejuk/ suam seketika sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.

Resepi asal guna sebiji kelapa yang diperah menjadi 4 cawan santan.
Tips untuk Yaya : Masukkan 2 sb santan kotak dalam cawan penyukat, tuang air sampai penuh, kacau rata. Buat 4 kali dapat 4 cawan..;p

P/S : Semalam ulang lagi buat tepung pelita ni tapi sebab daun pandan dah habis saya letak perisa jagung dan letak juga jagung dalam tin. Yaya kata sedap juga.. Dia apa tak sedap??? hehehe... Tapi saya lebih suka versi tepung pelita yang asli. Untuk berbuka semalam masak biasa-biasa jer, ikan stim nyonya, malas nak ambil gambar ;-))))

11 comments:

  1. tepung pelita @ Limas...peberet akak jugak...dulu2 guna daun pisang buat sampannya.....

    Tapi sekarang ramai org salah sebut...kuih tako dipanggilnya tepung pelita...tak shukerrrrrr


    p/s : nak buat tapi tak sempat2

    ReplyDelete
  2. 1 lagi..dulu2 kami kukus...tk masak cam stail puding ni... :D

    ReplyDelete
  3. wah tepung pelita tu buat kak Nur terguder pagi2 ni...sabar aja la.

    ReplyDelete
  4. Kakak sebab 'rajin' tepung pelita ini pun kakak beli Yus. Kalau mangkuk yg biasa tu di bazar RM2/- semangkuk. Kakak pun suka tapi anak kakak sebab tak suka manis so kakak makan sendiri.

    Yus nie rajinlah masak.

    ReplyDelete
  5. nyum nyum...duga_aaaaaaaaaaaaaan...;)

    ReplyDelete
  6. Dah lamanya kakcik tak buat nasi ayam. Jangan sampai 'berulat' beras kakcik nati dah le... :(

    ReplyDelete
  7. Kak Sari,pas ni siap ler yaya kena wat tepung pelita sendri kan,hehe..sy pon da wat tepung pelita nih las week,mmg sedap n sennag bagat,sy n ank2 suka,tapi hb kureng suka kuih2 lembut gini..

    ReplyDelete
  8. permintaan si ayu yang sentiasa manja..

    ku mahu satu hari nanti dibulan ramadhan.. hasil tanganmu berada di tekakku...

    ReplyDelete
  9. uwaaaaaaaaaa!!! tun duk teringin2 nk buat, tp enchik laling tun ni selalu lupa nk beli kan bekas tu. saboo je la.

    ReplyDelete
  10. kuih kegemaran akak ni Yus, mmng sedap wat berbuka puasa tepung pelita ni..

    ReplyDelete
  11. senang jugak rupanya nak buat tepung pelita ni..
    mesti buat!
    hehe.

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...