MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sayur sejarah selfie semur SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Wednesday, July 11, 2012

YA ALLAH, AKU NAK SANGAT PEGANG DUIT

ASSALAMUALAIKUM...

25 TAHUN saya tak dengar suara dia. Jumpa apatah lagi. Kali terakhir saya tahu tentang dia bila kisahnya keluar di akhbar tentang bantuan persekolahan yang diberi kepada anak-anaknya yang dah bergelar anak yatim sejak 10 tahun lalu. Teruk betul saya, langsung tak jenguk dia sejak saya tahu suaminya hilang di laut. Rasa malu untuk dipanggil kawan jika jadi kawan yang lupa dengan kawannya sendiri. Dulu kami sangat akrab. Hobi membaca menjadikan kami sering bertukar-tukar buku yang dipinjam dari perpustakaan bergerak. Tapi jarak memisahkan kami apabila bersekolah di sekolah menengah yang berlainan. Jarak kami semakin jauh apabila saya mengikut abah berpindah ke Johor Bahru sejak Tingkatan Dua dan sejak itu kami terus terputus hubungan. :-(

Malam semalam seperti biasa, bila dah selesai segala urusan barulah saya dapat membelek telefon. Ada mesej yang belum dibaca. Urmmm.. mesti Cik Embun, saya meneka. Satu nombor baru, saya baca ' Salam... masih ingat kawan2 di skrt?' Mesej yang dihantar dua jam yang lalu itu saya balas, ' Salam, Masih, cuba sebut nama :-)

Saya baca balasan mesej sepintas lalu, hati saya melonjak. Kawan yang saya rindu, kawan yang dulu sangat lokek air orennya yang sedap tu. Jangan haraplah untuk mengecek air dalam tupperware tinggi tu walaupun saya kawan baik dia. Kalau nak, sila cari cawan sendiri, huhu. Saya semak baki kredit, ada 59 minit untuk buat panggilan. Saya terus dail...

Manis suaranya di hujung talian. Inilah kali pertama saya dengar suara dia melalui corong telefon. Zaman kami sekolah mana ada telefon, internet jauh sekali. Jauh berbeza dengan anak saya. Tiap malam kawan telefon tanya kerja rumah ;p

Kami saling bertanya khabar dan merisik berita kawan lama. Banyak nama yang disebut. Realitinya ingatan dia lebih kuat dari saya. Dia menyebut setiap nama termasuk bin atau bintinya sekali. Hebat kawan saya yang seorang ini. Lama berborak, saya ingin sangat bertanya tentang arwah suaminya yang hilang di laut. Ingin sangat.. saya cuba jolok-jolok.. akhirnya jatuh juga.

Arwah suaminya ditemui tiga hari selepas hilang. Rupanya dia kahwin hasil kenen-kenen kawan-kawan. Orang yang jodoh-jodohkan dengan suaminya yang masa itu bergelar duda. Arwah isteri dan anaknya meninggal dalam kemalangan. Kawan saya yang baru berusia 20 tahun ketika itu jodohnya dengan duda 29 tahun. Seorang nelayan tapi pandai cari wang.  Tapi...

Kawan saya disimpan di dalam rumah, langsung tak bagi keluar takut orang nampak. Langsung tidak bagi ke kedai, takut orang pandang. Langsung tak bagi jalan-jalan, takut diurat orang. Kawan saya, hari-harinya terperuk di rumah. Kalau keluar pun tak boleh turun dari kereta. Nak makan apa cakap, nak baju, kasut, barang kemas, sebut sahaja, semua suaminya belikan. Peluang dia keluar tunjuk muka pada orang hanya bila dia mengandung. Empat kali mengandung, empat kali dia dapat tengok dunia luar. Lepas bersalin, dunianya seperti asal langsung tak dapat bercampur dengan orang. Hidupnya mewah serba-serbi. Ada kereta, ada rumah batu, suaminya ada bot sendiri. Suaminya kata, rumah, kereta dan bot untuk kesenangan anak-anak. Di rumah suaminya yang memasak, yang membasuh kain. Kawan saya ada asma, tak boleh buat kerja berat, dia cuma tolong mengemas sikit-sikit, yang lain semuanya suami buat. Yang dia tidak merasa.. pegang duit. Dia tak pernah pegang duit sejak kahwin, dia tak juga pernah merasa berbelanja sendiri sehinggalah suatu hari..

"Aku bosan sangat, satu hari tu entah mengapa hati aku boleh terdetik, YA ALLAH, AKU NAK SANGAT PEGANG DUIT,"... berulang-ulang permintaannya dalam hati dia nak sangat rasa pegang duit walaupun sekejap, teringin sangat nak merasa berbelanja di kedai macam orang lain, ingin sangat... Ya Allah.

Pada hari lahir si suami, tanpa disangka si suami tak pulang seperti biasa. Dia mendapat khabar suaminya dipukul ribut di laut, hanya bot yang ditemui. Tiga hari kemudian jenazah suaminya selamat tiba di rumah. Dia buntu mengenang nasib empat anak, yang sulung masa itu baru nak masuk 7 tahun, si bongsu baru mencecah 7 bulan. Bagaimanakah dia akan menampung hidup setelah 7 tahun tak bekerja. Dia bergelar balu dalam usia 27 tahun, masih muda dan mentah untuk mengerti asam garam hidup sebagai ibu tunggal.
 Angka 7 menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Rumah, kereta dan bot diambil oleh adik-beradik si suami begitu juga dengan anak-anak. Bagaimanakah dia akan meneruskan hidup tanpa anak-anak. Apa yang perlu dibuat untuk meneruskan hidup. Hampir sahaja dia menghiris urat nadi dengan pisau belit mengenangkan nasib yang menimpa.

"Ya Allah, kalau beginilah yang akan ku terima untuk memegang duit, aku rela tidak pegang duit selamanya. Biarlah suami aku yang berbelanja pun, aku tak kisah aku terima Ya Allah," tapi.. menangis airmata darah sekalipun suaminya sudah pergi tak akan kembali lagi.

* Kini anaknya yang sulung telahpun berusia 17 tahun, tiga anaknya telah ditempatkan di Asrama Anak Yatim manakala seorang lagi sedang belajar di Sekolah Menengah Berasrama di Johor. Saya amat mengharapkan doa anda agar mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kawan saya ini dan doakan kejayaan anak-anaknya...

Terima kasih sahabat.


BATINKU BERLAGU PILU

Di mana.. langkah terhenti
Di situlah akan tertumpu pandangan yang keliru
Bicara menikam kalbu

Tak guna.. aku bersuara
Cuba tegakkan kebenaran tetapi kelemahan ada pada diri ini
Yang hangat menjadi bualan..

Sebenar kita ini serupa saja
Yang ada kelebihan serta kekurangan
Pada mata zahirnya kau berpunya
Tapi hatimu berlagu pilu

Sungguhpun laluanku sering terhalang
Kerana kejujuran yang ku pertahankan
Biarpun lambat biar tertekan
Penghujungnya adalah ketenangan

Biar penghinaan datang bertandang
Dan kepedihan ku rasa sampai ke tulang
Aku berkeyakinan keikhlasan
Pasti mengatasi keegoanmu..

Sungguhpun laluanku sering terhalang
Kerana kejujuran yang ku pertahankan
Biarpun lambat biar tertekan
Penghujungnya adalah ketenangan

Mungkinkah sudah tertulis
Tiap lurah yang aku daki
Dan cerun ku turuni
Pastinya ku temui
Jalan lurus berduri di hati....


25 comments:

  1. Sedihnya baca........ :( sedih sangat cerita kisah benar ni... terus mendapat iktibar dari kisah ni.. hmmmmm.. Ksha doakan yang terbaik buat si penanggung derita moga kisah hidupnya akan berubah..di bawah lindungan yang MAHA ESA Amin...

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar!!! Sayu rasa hati. Ya betul mcm shahriah cakap, menjadi iktibar dan ingatan pada diri kak zu jugak. Moga2 kehidupan mereka sentiasa dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  3. Allah Hu Akhbar! Simpati rasanya. Sabar dan teruskan kehidupan, susah sikit dahulu insyallah nanti senang ler..

    ReplyDelete
  4. Kesiannya baca....
    msti x tertanggung penderitaan dia...harap dia tabah...dugaan hidup sebagai hamba Allah....

    ujian utk kita nie...x tau lgi mcm mana kan.....

    ReplyDelete
  5. airmata saya bergenang saat membaca. Hanya mampu mendoakan yag terbaik buat sahabat mu itu yek! moga allah swt sentiasa bersama2 beliau ..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah Yus... terpempan kakak baca kisah benar ini. Kalau ikutkan doa dia maakbul utk nak pegang duit tapi itulah tanpa sedar suami pula dijemput Ilahi..

    Bersama kita doakan dia moga diberi ketabahan dan anak-anak jadi anak yg terbaik..

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Sari
    ya Allah syahdunya baca entry ni.
    Akak saya link kan entry akak ni dalam entry saya ye.

    ReplyDelete
  8. makneng follow sini
    jom follow makneng

    ReplyDelete
  9. Dugaan Allah bagi, mewah tapi di kongkong......
    Kdgkala kita fikir, kitalah yg paling susah, tapi ada lagi org lain lebih teruk dr kita. Akk doakan dia tabah.....alhamdulillah ada zuriat, itulah harta dunia akhirat.

    ReplyDelete
  10. Sayu dan pilu membacanya hingga noktah terakhir...
    tak sangka ada cerita orang macam ni..
    kita doakan Allah berikan kemudahan dan jalan keluar untuknya dan keluarganya..
    semoga sinar baru menjengah jua..

    ReplyDelete
  11. shedih :'(

    semoga mereka sentiasa dilindungi.. amin..

    ReplyDelete
  12. moga ujian dapat dilalui oleh beliau dengan tabah...pastinya akan ada kesenangan di penghujungnya...Insyaallah

    ReplyDelete
  13. salam

    sedih betul membaca entry ini..
    semoga tali silaturrahim antara anda berdua akan terus berpanjangan hingga akhir hayat ..amin

    ReplyDelete
  14. besarnya ujian yg kawan akak tanggung...


    buat saya insaf...

    ReplyDelete
  15. tadi komen diFB sbb tk baca...ampun....tp realitinya...kita memang susah nk bersyukur...selalu cemburu dgn apa yg org lain ada tanpa memikirkan bahawa kita lagi beruntung dr orang lain

    ReplyDelete
  16. ya Allah sedang aku bergembira dgn kehadiran angka 7,ada saudara seagama yg bersedih kerana 7.Ya Allah.. rahmatilah saudaraku ini..berikan lah kegembiraan dan ketenangan buatnya walaupun aku tidak mengenalinya.

    ReplyDelete
  17. Bersangka baik lah pada Allah..apa2 yg di takdirkan utknya..pasti itulah yg terbaik..berusaha dan bertawakkal, hasilnya pasti tidak mengecewakan!!
    mokwo adae kenal beberapa anak2 yatim..ternyata mereka lebih di murahi rezki oleh Allah selepas kematian bapa mereka!

    ReplyDelete
  18. Allahhuakbar...begitu pula kisahnya...yg pastinya...kita kena bersyukur dgn apa yg ada..moga kawan sari terus tabah mengharungi dugaan hidup...

    ReplyDelete
  19. sayunya baca. cuma ada musykil sikit, dia takde famili ke yg boleh tolong dia pertahankan anak dan harta dia dr keluarga arwah suami? dia boleh buat aduan kan. huhuhu..semoga dia beroleh keberanian unt pertahankan hak dia..

    ReplyDelete
  20. Ya Allah! Sedih dan rasa terkedu baca. Sungguh besar ujian yang menimpa ke atas kawan akak tu. Moga anak2nya berjaya dan sentiasa ingat kepada ibunya.

    ReplyDelete
  21. Marina Yusof... masih kuat ingatan aku empunya nama ni... zaman sekolah rendah dulu hidupnya sungguh ceria..kuat melatah, hampir saban hari kitaorg budak2 lelaki mengusik dia.. SubhanAllah... sebagai kawan aku pun rasa malu tak jengok dia.. rasanya kalau mak aku tau keadaan dia sekarang mesti dia nak tgk... apa2 pun terima kasih yus sebab menyampaikan info tentang dia.. sekurang2nya kita tau keadaan dia skrg.. insyaAllah satu hari nanti kita ramai2 sahabat sekolah lama datang melawat dia ni tolong apa yg patut.. Tq yus..

    ReplyDelete
  22. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    ReplyDelete
  23. sedihnya baca kisah kawan sari ni.. semoga hidup beliau & anak2 di bawah rahmat Allah senantiasa...amin..

    ReplyDelete
  24. Subhanallah.... Allah turunkan berbagai peristiwa untuk kita bersyukur dengan apa yang ada...

    Kak SAri...esok jumpa ekk.. Tapi event mula pukul berapa yer kak...?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?