MAKAN DI RESTORAN RUMAH SINGGAH ROTI

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


MINGGU ini bermula minggu ulangkaji bagi siswa-siswi UTM, Skudai. Iman pun dah balik rumah lepas selesai tugas sebagai bridesmaid di Majlis Perkahwinan kawannya Imelda, sabtu lepas. Ni duduk rumah seminggu jer, minggu depan dah balik kolej nak ulangkaji dengan kawan-kawan pulak. Alhamdulillah, bulan depan Iman dah mula intern. Enam bulan lagi mudah-mudahan Iman dah dapat kerja. Ringanlah sikit bahu kalau Iman dah kerja, bolehlah dia bayar kereta sendiri nanti, hahahah. Sk berangan kalau Iman dah kerja, Sk nak duduk rumah jer dah. Penat dah hari-hari hadap jammed!



Baiklah, kali ni Sk nak bawa pembaca ke Restoran Rumah Singgah Roti yang terletak di Jalan Tebrau, JB. RSR ni baru dibuka dalam pertengahan tahun lepas, tak silap. Viral jugaklah tempat ni, sayangnya kawasan parkir terhad. Sudahlah kedudukannya di tepi jalan utama. Ada laluan kecil di depan restoran, bolehlah letak kereta di situ. 



Jagung Bakar, RM8

Jagung tu dia dah kerat dari tongkol macam tu memudahkan kita nak makan. Bukan dibakar kosong, perisa jagung ni mengingatkan pada jagung bakar yang Sk makan semasa bercuti di Bali. Aiii... Rindunya nak jalan-jalan ke sana, hahaha.



Mi Rebus, RM8

Macam selalu la, ni makanan PI. Namun tak menepati selera beliau.



Roti Canai, RM4/ 2 keping

Dah namanya Rumah Singgah Roti, haruslah pesan roti. Tapi tu la, lambat betul siap rotinya. Roti garing tapi lembut dan gebu. Kuah karinya pun sedap. Ni makan sorang sekeping. 



Cendol, RM5 dan Cikong, RM6.

Cikong panas untuk Sk, manis melecaihhh! Tak panas pulak tu. Mula-mula pasrah hirup manis-manis lepas tu minta air panas, tambah dalam tu, biar kurang sikit manisnya. Cendol tu biasa aje la.



Ramai yang datang menunggu meja. Memang penuh restoran atas bawah. Yang nak datang tu kenalah bertabah. 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rarenya jagung bakar mcm tu.. selalu org jual setongkol gitu je.. x sangka kn kak iman akak dh nk LI dah, x lama lg kerja, pastu kawen, pastu... cepat sangat masa berlalu

    ReplyDelete
  2. Kalau datang siang ada Nasi Padang, tp tak tau laa kalau sampai ke malam NP tu.. yerr park susah betul! Dulu ingat jual roti hahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!