Assalamualaikum WBT

MALAM tadi, kami ramai-ramai raikan hari ulangtahun kelahiran Iman yang ke 25 di Restoran The Morso cawangan Bandar Baru Kangkar Pulai. Rasanya dah tiga tahun Sk tak anjurkan majlis hari jadi Iman. Tahun lepas, Angah yang buat di Senai. Jadi, tahun ni dah menginjak ke umur 25 ni kita jadilah penganjur cuma Sk ni dah tak larat nak masak banyak-banyak, jadi, kita makan di kedai ajelah, hehehe.

Kek Iman tahun ini tema kek orang kahwin, Italian Wedding Cake. Agaknya sebab rasa macam lambat lagi nak kahwin, nanti time kahwin trend Italian Wedding Cake ni dah habis pulak, jadi, kita buat gedebance (advance). Entri akan datang, Sk blog pasal penghasilan kek ni.
Dah umur 25 ni tak yah terkejut-terkejut sangat la konon-konon orang bawa kek keluar dengan lilin semua kan, sebab dah tahu dah awal-awal, memang sendiri yang bawa keknya, hihi. Jadi, keknya memang dah letak awal atas meja. Sk dah buat tempahan semua makanan dan minuman sehari sebelumnya dan selepas semua makanan dihidangkan, baru kami minta staf pasang lagu HB.
Jaika bagi apa tu kat Kakak Yaya?
Mekaceh, Jaika.
Tema merah putih ek tahun ni.
PI dah pakai baju Petronas kegemaran dia, kitorang paksa tukar, hahaha. Jom tengok gambar-gambar makanan yang sempat ditembak. Yang tak sempat tu sebab jauh.
Nasi Arab Dulang (RM48) ni pilihan Cik Ani dan Che Li. Dalam set ni ada dua jenis lauk iaitu kambing dan ayam. Satu dulang ni boleh makan tiga orang kot sebab tengok Jaika pun makan sekali.
Mixed Grill Platter (RM39.90)
Dalam set ni ada kambing, ayam, giant sosej, meatball, fries dan sayuran.
Black Ocean Pasta (RM24.90)
Sesuai dengan namanya, ia merupakan pasta dakwat sotong yang dimasak bersama homemade chili oil dan haiwan dalam laut yang segar. Ni Tuan Tanah Kedaung punya, pedas eh pasta ni.
Creamy Tomyam Pasta (RM24.90)
Dah dua kali Iman datang pilih menu ni sebab memang sedap dan Iman penggemar masakan berperisa tomyam.
Chicken Grill (RM19.90)
Ni pilihan Jaika dan Abang Jamal.
Izzat makan Pasta Carbonara bersama Chicken Grill, Ibu (Angah) makan Pasta Spicy Olio Udang. Ilham makan Mixed Grill, Abang Jamal makan Chicken Grill.
Cik Ani makan Nasi Arab.
Jaika makan Chicken Grill sambil dipantau ayahnya, hehehe.
Bau Black Ocean Pasta ni macam mi goreng. Cantik, kan warna dia, hitam dan merah. Sk risau lepas makan gigi jadi hitam, nasib tak, hahaha. Tapi kena check la lepas makan kot ada cili pulak kat gigi, hihihi.
Tak cukup korum, tinggal 10 orang jer.
Abaikan la muka samseng PI tu ya. Muka samseng dalam hati ada taman, hahaha. Lepas drama Bahagia Yang Tertangguh dah tamat, sekarang PI layan drama Paksu Ammara pulak. Balik makan semalam kelma-kabut buka tv nak tengok Paksu Ammara, hahaha.
Sebelum balik, tangkap gambar kat luar restoran pulak.
Minta tolong staf The Morso ambilkan gambar. Staf The Morso ni semua rajin-rajin ya dan sangat membantu.
Selfie pulak laaaa
Dah.. dah.. jom balik! Orang nak tutup kedai dah, hahaha.
dah 25 ye Iman...duk rasa Iman baru 20,21..acik duk baca blog bonda masa Iman sekolah rendah lagi..huhu cepatnya masa berlalu
ReplyDeleteWah..bestnya sambutan birthday Iman..kek tu...kek tu....dapnyaaaaaa
ReplyDeleteahahahha...muka ganas tp layan drama ye. agak2 meleleh tak airmata kalau ada scene sedih2?
ReplyDeleteSeumur Amat tp Amat dh jd bapak dah, sedih plak kita Kakk… apa² pun hepi besday Iman, moga segala cita² Iman tercapai..
ReplyDeleteBab paki baju Petronas tu, sebiju perangai ga En Sabar Kak hahahahaha