WALIMATUL URUS @ CLARA EVENT HALL KOTA MASAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 



SETELAH setahun menjalin ikatan pertunangan, semalam, kawan baik Iman semenjak zaman persekolahan telah melangkah ke jinjang pelamin. Tahniah, Imelda dan pasangannya Laden serta seluruh ahli keluarga. Majlis akad nikah dan resepsi kedua-dua belah pihak diadakan serentak di Clara Event Hall, Kota Masai.



Iman dan Ely serta Aida (tiada dalam gambar) bertugas sebagai pengapit. Orang sekarang sebut, bridesmaid ek, hehe. Mereka berempat ni dulu sama-sama bekerja sambilan sebagai juruwang di Stesen Minyak Petronas sebelum masing-masing melanjutkan pengajian diploma. Namun ukhwah tetap terjalin. Sekarang ni cuma Iman yang masih berjuang belajar, yang lain berjuang di alam pekerjaan.



Jamuan untuk tetamu merupakan nasi beriani, ayam masak merah, daging beriani, dalca dan acar buah serta Mee rebus. Selain tu aneka kuih talam, buah-buahan dan bubur manis. Minumannya sirap dan teh tarik. 



Clara Event Hall ni bersebelahan dengan bangunan Amber Event Hall, lokasi majlis walimatul urus Amirul dan Hajar yang Sk hadiri minggu lepas.



Cuaca di JB sekarang ni panas berangin. Pergi mana-mana macam dekat tepi laut, hehehe. 

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!