MEATBALL ALA-ALA IKEA

Seri Kandi Tanah Jauhar
20
ASSALAMUALAIKUM...

DAH beberapa kali Seri Kandi ingin nak makan Meatball di IKEA yang khabarnya sedap gila tu tapi sampai kini masih tak kesampaian. Urmmm, bukannya sebab Seri Kandi tak ke IKEA tapi bila Seri Kandi tengok suasana yang haru-biru dan hingar-bingar tu sampai nak cakap pun terjerit-jerit, selalunya niat Seri Kandi teruslah terkubur. Errr.. Seri Kandi memang tak mempunyai kekuatan untuk meredah orang ramai-ramai begitu semata-mata nak makan. Seri Kandikan tinggalnya jauh dari IKEA, jadi kalau nak ke sana cuma pada hari minggu atau cuti tapi hari macam tulah yang ramai orang, ishhh! Siapa yang dah selalu pergi tu boleh tak lain kali kasi 'chance' kat Seri Kandi pulak, huhuhu.

Suatu malam tu datanglah keinginan yang melampau-lampau nak makan Meatball Ala-ala Ikea ni. Seri Kandi ingat-ingat dalam peti ais tu memang ada stok meatball dan fries. Tinggal lagi Seri Kandi kena sediakan sos untuk meatball tu. Blueberry jem tu, aiii.. memang tak ada masalah. Teruslah Seri Kandi menggoogle resepi dan Seri Kandi paling tertarik dengan satu resepi ini. Katanya, rasa sos meatball tu memang sama dengan ikea punya. Seri Kandi tak pernah makan, kalau tak sama alamatnya memang Seri Kandi kena tipu hidup-hiduplaaa, hehe. Tapi, bila dah siap semua tu, Alhamdulillah, memang sedap dan Seri Kandi suka sangat. Iman Fatiha biasalah, memang tak menolak apa yang Seri Kandi hidangkan kat depan dia lebih-lebih lagi hidangan orang puteh macam ni, memang dia suka benarlah. Dan Seri Kandi tak sangka, memang masuk sungguh rasa meatball tu dengan sosnya serta blueberry jem tu cuma tekak ER jer yang susah nak terima jem blueberry makan dengan meatball dan fries. ER mintak sos cili, Seri Kandi tak bagi pun, hihihi... ampunnnn... Seri Kandi nak ucapkan terima kasihlah kepada Faa Rosli yang sudi berkongsi resepi ini yang diambil dari WildCuteCat. Khabarnya, Cik Abang WCC yang tolong googlekan resepi ni jadi tak tahu siapa yang empunya resepi asal. Kepada pemilik sebenar, Seri Kandi minta halal ya dan Seri Kandi kongsikan di sini pula untuk pengunjung Tanah Jauhar ini.


Meatball Ala-ala Ikea
Sumber : FAA ROSLI

*Meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus. (Seri Kandi sedih, puas cari jadi Seri Kandi guna jenama lain)
*Kentang goreng secukupnya.
*1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit

Sosnya :
2 sudu mentega
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair

3 sudu sos tomato

3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam (Seri Kandi tukar dengan 1 sb serbuk Cukup Rasa Maggi)
1 sudu gula
1 kiub pati daging (Seri Kandi tak letak)
Caranya :
 
1. Cairkan mentega guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan (Jangan sampai garing)
2. Masukkan tepung gandum, kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan serbuk cukup rasa. Kacau rata dan biar sampai mendidih.

4. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. 
5. Kacau sebati. tutup api dan biarkan suam sekejap kemudian masukkan dalam mesin pengisar, kisar sampai halus dan bolehlah dihidangkan bersama meatball, kentang goreng dan jem blueberry.
 
 
Tags

Post a Comment

20Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau kakak agaknya macam en ER. Tak mahu jem itu tapi sos dia oklah kakak suka...terbayang sedapnya:)

    ReplyDelete
  2. ingatkan akak je yg ketinggalan tak pernah mkn meatball kat ikea tu.. rupanya ada geng! tp akak lagi dahsyat.. bukan setakat tak pernah mkn.. tapi tak pernah pegi pun.. huhu.. sedih...

    ReplyDelete
  3. Sedap sngt ke kak meat ball ikea tu..kak...? Sy penah pgi...tp nak mkn kat c2 mcm x berapa sngt...sbb selalu ramai orngnya....

    ReplyDelete
  4. huhhh, nengok pun dah telan air liur, cmner ni...hihihi

    ReplyDelete
  5. Meatball tu goreng jer yer Kak Sari? Tak perlu rebus dulu dan goreng kemudian ke?

    ReplyDelete
  6. Meatball tu goreng jer yer Kak Sari? Tak perlu rebus dulu dan goreng kemudian ke?

    ReplyDelete
  7. wah pasnih leh ler try rcp akk share nih,prnh mkn sekali kat ikea tuh taun lps msa g tuh kan tgh peknen,mmg tingin sgt nk mkn,beratur punya ler pnjng,sy g beratur smbil hb ckp dak berdua tuh,ssh betul nk de meja o,semua penuh,smp kena tggu org yg nk abis mkn,kna tggu siap2 kat tepi tuh,dia bgn jerk cpt2 ler hb n ank2 duk situ,klo x,jgn arap ler nk dpt duk,kmi mkn xsmpt siap pon dah de org tggu kat tepi,huhu..Tapi mmg betui2 sdp meatball kat ikea,sy n hb pon cam ER gak cicah sos depa bgi jerk,jem tuh mmg colek rsa cikit jerk,huhu xpndai nk mkn ngan jem..mula tuh igt sos cili,hihi..Adeiii pnjng lak cite kali nih,hihi sowiiii akk..

    ReplyDelete
  8. Waaaaa.. seadp ni kak.. ini dah bukan ala2.. ini dah macam betul2.. :)

    ReplyDelete
  9. kak seri,

    sy pun ambil resepi dr blog WCC..mmg best resepi ni...sebijik macam ikea punye...

    ReplyDelete
  10. sedapnyer.. nak sikit !

    ReplyDelete
  11. Nak sepinggan pleaseeeeeeeee!!!!!!

    ReplyDelete
  12. Saya punya graf kerajinan belum sampai tahap ni lagi. hehehe

    ReplyDelete
  13. tengok resepi yang macam ni bertambahlah seleranya...memanggil2 selera ku yg terlebih sudah..

    ReplyDelete
  14. selalu baca pasal entry orang cakap meatball ikea sedap, tapi sampai sekarang tak pernah try..hehe, ada macam bakso kak? kekekek endon sangat soalan ni

    ReplyDelete
  15. akak memang nampak sedap ni..nyumnyum...thanks sudi try..

    ReplyDelete
  16. sedapnya resepi2 kt sini...
    slm knl n follow:
    http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. waaah sedap. saya x penah buat sos, makan gtu je hahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!