FAMOUS MEE RACUN BATU PAHAT - ORI

Seri Kandi Tanah Jauhar
12
ASSALAMUALAIKUM...

AMBOI... menjadi-jadi sungguh Seri Kandi makan mee sejak kebelakangan ini, kan. Haaa.. jangan tak tahu, Seri Kandi ni seorang penggemar mee. Sebutlah mee apa sekalipun memang Seri Kandi suka termasuklah mee kantin sekolah, betulll. Haa.. tengah taip nipun terus kecur terbayang-bayang rupa mee yang telah siap dimasak dan dihidang dalam pinggan depan Seri Kandi, hihi.

Percaya tak yang berkali-kali sudah Seri Kandi datang ke Batu Pahat untuk menikmati sepinggan Mee Racun yang menjadi identiti daerah ini selepas Nasi Beriyani Gam... dan tak pernah dapat :(
Dan tentu ramai lagi yang tak tahu tentang mee racun ni, kan.. Seri Kandi pun pada mulanya terkejut juga bila tahu tentang mee racun ni dan hati pun mulalah meronta-ronta nak tahu tentang keistimewaannya kenapa diberi gelaran yang sebegitu rupa.

Kali pertama Seri Kandi tahu tentang mee racun ini ialah apabila datang ke Batu Pahat kerana mengikut ER bertugas pada tahun lepas (tak silap tahun lepas, kalau bukan tahun lepas, mungkin dua tahun lepas, huhu). Masa tu, kami sedang mengagau-ngagau mencari tempat makan yang best. Selalu kalau ke sini, kami akan pergi ke Bariyani Power tapi kali ni rasa nak tukar selera jadi ER pun tekan-tekanlah GPS mencari lokasi makanan yang menarik dan makanan pertama yang keluar di skrin GPS adalah 'Famous Mee Racun - Zeevon Batu Pahat, Johor'.

"Mee Racun???"

"Apakah??"

"Pergi??"

"Menarik... Jom!!"

Haaa.. itu cerita lama, sejarah Seri Kandi kenal Mee Racun... errrr.. tapi kenapa Seri Kandi tak pernah tulis dalam blog??? Oooo.. sebab masa tu Seri Kandi tak dapat pun makan mee racun tu sebab gerai tu tutup.. (dah bagitahu kat atas) huhu.

Dan, Sabtu lepas, ER mengajak Seri Kandi ke Batu Pahat semata-mata untuk menikmati Mee Racun.

"Kalau tutup macammana?"

Sebenarnya bukan sekali dua Seri Kandi singgah untuk makan mee racun ni. Memang tak ada rezeki sebab setiap kali datang kedai tutup.. sedih.. sedih..

"Kalau tutup, kita makan benda lain jer.."

google image
Rezeki Seri Kandi sekeluarga akhirnya dapatlah juga kami makan mee racun pada hari itu. Rasa macam nak senyum sampai telinga bila tengok kedai mee racun dibuka. Dengan tamaknya, kami tiga beranak meminta Mee Racun Gearbox dan rupanya gearbox yang kami dapat tu, kiranya 'last' lah sebab lepas tu kami dengar tukang ambil tempahan beritahu kepada pelanggan seterusnya yang 'gearbox' dah habis, tinggal Mee Racun biasa sahaja.

dari lensa ER yang menggunakan flash
Rasa??? Mak aihhhhhhhhh!! Luar biasa sedap.. sedap sangat-sangat di tekak Seri Kandi. Tak percaya, tanyalah Iman dan ER. Kalau nak tahu, hero dalam mee racun ini adalah Encik Mbekkk, tulangnya digunakan untuk dijadikan air rebusan dan dagingnya dijadikan rencah... memang superb!! Alahai, kalau Seri Kandi duduk Batu Pahat, mahu hari-hari makan mee racun ni, hehe.

dari lensa Seri Kandi yang tidak menggunakan flash
Dan menurut orang-orang lama Batu Pahat dan orang-orang yang lama menetap di Batu Pahat, Mee Racun Gerai No 7 yang terletak di Jalan Sultanah (pusat bandar Batu Pahat) ini, merupakan mee racun yang asli dan keenakannya sukar ditandingi oleh pengusaha mee racun di tempat lain.

luar biasa sedap bagi peminat kambing macam kami... hiks
Saya mesti PILIH!!!

p/s kalau nak datang makan mee racun ni, datang lepas pukul 5 petang, okeyyyy

Errr... Seri Kandi lupa nak tanya, macam mana dapat nama, tapi memang beracunlahhhh, kena sendiri baru tahu..
Tags

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kakak dah makan dan tahu sangat tempat ini Seri. Maklumlah boleh katakan tiap bulan kakak balik BP..

    ReplyDelete
  2. aduh aduh aduhh... akak pertama kali dengar nama mee racun ialah dari blog ika/arah bangkok tu... dah lama juga.. tp tak pernah buat lagi pun... nak mkn kat kedai lagilah.. entah bila akan jd kenyataan... Batu Pahat pun baru je sekali dua sampai.. itupun masa zaman muda remaja dulu.. ikut pakcik.. hehehe...

    ReplyDelete
  3. akaaaaaaaaaaak..telan air liur shida tengok akak dan iman sedut2 tulang gear box tu..huhuhu...tak pernah shda wat begitu...

    kenapa la johor nie kaya dengan makanan yang sedap ye

    ReplyDelete
  4. akaaaaaaaaaaak..telan air liur shida tengok akak dan iman sedut2 tulang gear box tu..huhuhu...tak pernah shda wat begitu...

    kenapa la johor nie kaya dengan makanan yang sedap ye

    ReplyDelete
  5. akaaaaaaaaaaak..telan air liur shida tengok akak dan iman sedut2 tulang gear box tu..huhuhu...tak pernah shda wat begitu...

    kenapa la johor nie kaya dengan makanan yang sedap ye

    ReplyDelete
  6. Assalam kak ,mmg telan ayq liuq puasa2 nih tgk mee racun tu..Sy 1st time tgk n tau psai mee racun nih bila rmai teman2 blogger yg try rcp yg che iza post kat my rcp tu..Nnti2 sy nk try wat juga,klo nk g BP tah bila lah nak smp..

    ReplyDelete
  7. Alahaiii....sedapnya..... Hubby saya mesti suka giler2 nie...

    ReplyDelete
  8. tetap nak tahu kenapa namanya seram sangat.. mee racun. saya pun dua tiga menjak ni suka pulak makan mee

    ReplyDelete
  9. adusss kak seri..bestnyaa..klu laa BP tu dkt je dgn manjung harus jgk petang esk mkn mee racun tuh ^^.. yana pnh bt jgk ikut resepi kak ika..mmg sedap.. klu dpt mkn yg ori mst lg sedapp tak terkata kan kan kan ^^

    ReplyDelete
  10. Runtuh hatiku....teringin juga nak rasa mee Racun. KJ pun peminat mee....

    Satu hari akan dilunasi

    ReplyDelete
  11. aiyoo nasib la akak idup lg lps mkn mee racun ni...hehe

    ReplyDelete
  12. yg lg sedp kat taman tu....kat blkg crf4 tu...perghh lagi mantop...klu pegi mlm cfrm da abid

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!