MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, April 5, 2013

TOMYAM AIR KELAPA & JUS ROSELLE

ASSALAMUALAIKUM...

DARI utara kita turun ke selatan. Dari selatan kita naik ke utara balik ya, hehehehe..

Tidak sah rasanya kalau tak melencong sampai ke Perlis setiap kali pulang ke kampung menziarah mak mertua. Kadang-kadang Seri Kandi rasa, nama jer menziarah mak mertua tapi beberapa jam jer Seri Kandi duduk di rumah tu, selebihnya duklah mengukur jalan kat sana. Nasib baik mak mertua Seri Kandi sporting, beliau memang suruh Seri Kandi jalan-jalan kalau balik ke sana, maklumlah, kita orang Johor kalau pergi utara tu rasa seronoknya lain macam sikit. Agaknya macam tu tak orang utara yang datang ke Johor ya???



Destinasi Seri Kandi tentulah ke Padang Besar.. itulah tempat yang paling menjadi kesukaan Seri Kandi dan ER. Padahal bukanlah membeli sangat pun lebih kepada nak jalan-jalan aje dan menikmati masakan orang utara, wajib! Rasa macam tak cukup hari kalau tak buat benda ni. Sebelum Seri Kandi balik kampung tu, kawan fb Seri Kandi ada postkan gambar tomyam air kelapa di fb lalu Seri Kandi terus paksa ER cari kedai tu yang alas mejanya warna hijau... haha. Nasib baik memang ada satu jer yang alas mejanya warna hijau dan rupanya Seri Kandi pernah pun makan kat situ cuma tak nampak pulak kewujudan tomyam air kelapa tu.

Haaa... inilah rupanya tomyam air kelapa tu. Yang peliknya kedai ni bila kita minta tomyam air kelapa dia kata ada. Tapi bila kita mintak air kelapa dia kata tak ada. Pelik bin ajaibkan?? Tapi tak apalah, tercapai jugaklah hasrat Seri Kandi nak makan nasi berlaukkan tomyam air kelapa ni, peh! Macam orang mengandung tunggu hari jer, lalala~ Rasa??? Sedap... Seri Kandi suka, lepas makan tu kita bolehlah korek isi kelapa muda yang taraf remaja purba tu. Macam nak terpulas tangan Seri Kandi mengorek. ER dengan Iman tadah mulut jer, aci tak? aci tak?? :(

Dari Padang Besar kami terus menuju ke Kuala Perlis. ER kata dia nak makan laksa Kuala Perlis. Haa! Kenapa, terkejut? Baru lepas makan kat Padang Besar nak makan pulak kat Kuala Perlis?? Hehe.. sebenarnya kami makan kat Padang Besar tu awal, masa baru sampai terus jer cari tempat makan. Kononnya senanglah kalau makan siap-siap dulu rupanya mengah, haha.. tobat. Lepas ni jalan-jalan dulu sampai betul-betul lapar baru makan :p


Jadi, bila tekan-tekan GPS tu, Encik GPS mencadangkan supaya kami makan di Kedai Laksa Beras Kak Su. Ya ampunnnnn, Seri Kandi punya bateri kamera habis masa tu. Seri Kandi ingatkan ER ada snap gambar laksa tu rupanya ER ambil gambar kaunter jer, aiyakk.. Nasib baik di saat bateri nyawa-nyawa ikan tu Seri Kandi sempatlah menangkap gambar jus roselle ni. Wow! Pertama kali Seri Kandi minta jus roselle di kedai, rupanya memang dia akan letak bunga roselle tu ya? Dengan warna yang merah menyala dihias bunga dua kuntum rasa sayang nak minum. Tapi kalau tak minum lagi sayang, beli tu!!!

KEBAIKAN PENGAMBILAN ROSELLE .
Membantu penghadaman
Melembutkan dan menyihatkan kulit
Membantu melancarkan pembuangan air kecil
Membantu mengurangkan pengumpulan lemak
Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
Mengurangkan haba badan, batuk dan mencairkan kahak

Antara lain roselle juga ada zat-zat berikut;
Rozel (Roselle) atau dikenal dengan nama latin Hibiscus Sabdariffa, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Jangan terkejut, ia mempunyai 3 kali lebih banyak vitamin C daripada anggur. Dr. Abdul Aziz Sharaf dari Sudan Research Unit, Institute of African and Asian Studies telah mengadakan penelitian mengenai khasiat bunga rozel dan mendapat
Khasiat:
- Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.
- Memperlancar peredaran darah.
- Mengubati luka luar dan dalam.
- Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
- Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
- Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
- Mempunyai efek anti kejang otot.
- Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
- Membunuh bakteria penyebab TBC.
- Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
- Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
- Mencegah penyakit jantung.
- Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
- Mengubati asma dan alergi.
- Mengubati insomnia.
- Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
- Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
- Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
- Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
- Menyihatkan mata
- Menyeimbangkan berat badan.
- Mengurangi panas dalam .
- Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
- Mengubati pening kepala/migraine.
- Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
- Menghilangkan sakit sakit di badan.
- Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
- Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
- Mengobati sakit tenggorokan dan sawan.
- Mengatasi masalah stress/tekanan.
Kandungan Rozel:
Mengandung vit.C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);Vit.B1, B2; D, dan Niasin; Protein 1,145 gr;Lemak 2,61 gr;Serat 12gr; Kalsium 1,263 gr;Fosfor 273.2 mg;Zat besi 8,98 mg; Malic Acid 3,31%;Fruktosa 0,82%;Sukrosa 0,24%; Karoten 0,029%;Tiamin 0,117 mg;Niasin 3,765 mg; juga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh; Gossypetin Anthocyanin; Potassium, dan Flavonoid.

Sumber : http://heazelle.wordpress.com/khasiat/

google image
Baiklah, lepas ni Seri Kandi nak minum jus roselle selalulah... hehe.

p/s Sedaplah laksa Kak Su tu, kalau nak tahu tentang laksa Kak Su, bolehlah google ya. Memang dah terkenal seantero Malaya rupanya laksa Kak Su tu...

9 comments:

  1. entah bilalah pulak akak nak sampai ke perlis tu... dulu masa SIL dok sana taknak pegi (bkn taknak tp modal takde).. ni SIL dah pindah rasanya lagilah takde harapan nak pegi sinun sbb dah tentu2la kena sewa hotel bagai... kalau pegi masa ada SIL dah tentu2 save bajet.. kekekeke... dasar kan? bukan per tau sari... mmg tak mampu pun nak jenjalan sgt... harap2 akan dtg murahlah rezeki.. boleh jejak seluruh malaya.. hehe..

    p/s: mesti tak syok bila jenjalan bateri kamera/hp abis kan? terkilan sgt sbb takleh amik gambor..

    ReplyDelete
  2. Saya klo 3,4 bulan sekali blk aloq staq mmg wajib juga pegi pdang besaq nih,salu g bli perencah tomyam,tepung beras,beras pulut n gajus,kat sna murah,pulut pun mmg cantik putih bersih..Lagipon ade bapa sedara duk kat kola perlis tuh,sesambil tuh singgah umh dia sekali,laksa kak sue tuh mmg pemes,hb pon suka mkn,tapi sy klo p,xnah g try jus roselle tuh,nti klo g lagi leh ler try..

    ReplyDelete
  3. Salam Seri... mertua akak dulu ada tanam buah roselle ni... buat sirap sendiri pun sedap

    ReplyDelete
  4. Huwaaa.. Puan Seri Kandi dah buat sy teringin tomyam kelapa muda tu. Mana nak carik kat selangor? Huwaaaa..

    ReplyDelete
  5. Kakak dulu makan tomyam kelapa di Kuala Terengganu. Tempat kita memang macam tak ada kan. Roselle memang banyak khasiat tapi dek kerana selalu sangat minum dan buat jem(rumah kg kakak banyak) so macam jemu sikitlah..

    ReplyDelete
  6. laksa kuala perlis.. lamanya tak jenguk perlis. harus la balik kg nanti ajak asben jenjalan perlis pulak. saya org kedah tp tiap kali blk kedah sama la berapa jam je ada kat umah tu. selalunya adik beradik mesti ada plan tiap kali kami balik. sama je mcm masa bujang & arwah ayah ada lagi. kalau dgr je kita nak balik.. dia awal2 lg siap2 plan nak jenjalan. kiranya sejak dok kat rantau org ni kalau blk kg tu memang byk masa abis kat luar jer dr kat umah

    ReplyDelete
  7. ~ slalu p pdg besar zmn study kat uum dulu tp xpnh rs pulak tomyam air kelapa ngn laksa kak su tuh..bln dpn blk utara harus jua goda hb p pdg besar cr laksa ngn tomyam sedap tuh..
    Jus roselle slalu gak minum.. mak tanam kat umah..mmg sedap ^^

    ReplyDelete
  8. Belum pernah sampai.ke Perlis..Segar nampak air roselle tu.

    ReplyDelete
  9. sakan bejalan adik aku sorang ni yek...:)

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...