MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, May 22, 2013

CHICKEN DANCE TORTILLA

ASSALAMUALAIKUM...


NAMPAK mudah tapi bila buat sendiri terkial-kial pulak SK dibuat dek tortilla ni. Naik terpusing bahu menggulung tortilla (tipu) yang selama ini dianggap mudah. SK rasa nak gulung kuih dadar aka kuih ketayap dan popia lagi senang dari nak menggulung tortilla ni... hihihi..


'Tortilla wraps' ini SK terpandang masa pergi ke 'EconSave' semasa nak mengambil roti. Teruslah SK teringat hari itu Kak Ida ada tayang Tortilla hasil masakan anak daranya, Hani. Hani cuma menggunakan nugget sahaja sebagai inti tortillanya. Kebetulan di rumah SK memang selalu ada stok nugget teruslah terbayang-bayang alangkah bahagianya kalau tortilla ni singgah kat anak tekak SK, hehehe.

Tapiiiii.. sebab ada orang yang terlebih rajin dan baik (tapi SK jugak yang buat), dia kata, guna ayamlah baru sedap, barulah tortilla. Jadi, diapun belilah dua keping dada ayam yang besar. Bila timbang, gulp! RM9++. Hambekkk.. nak sangat inti ayam, hahahaha. Sampai rumah, dah satu kerja nak potong dan masak isi ayam tukan. Tulah, orang nak guna nugget, dia sibuk nak guna ayam, hehehe. dah siap potong, teruslah perapkan dengan apa sahaja yang ada dalam kabinet tu. Dari lada hitam, lada sulah, rosemarry dsb mengikut sesuka hati dia. Akhir sekali perahkan jus limau nipis. Lepas tu, siapa yang masak??? SK.... jugak! :p

SK masak isi ayam tu atas grill pan sampai kering sambil dibalik-balikkan hingga sedikit garing. SK tak mahu garing sangat sebab nanti takut isinya keras. Disebabkan air yang terhasil dari ayam dan perahan limau nipis tu agak banyak, jadi SK kenalah mengelat sikit iaitu buangkan air yang berlebihan tu jadi taklah mendangok lama depan dapur.... hihihi.


Tortilla wraps itu pula SK panaskan atas kuali leper dengan api kecil. Mulanya SK ingat nak isikan inti baru panaskan tapi SK teringat yang SK nak masukkan salad dan tomato, nanti kalau panaskan kemudian tentulah layu salad SK.



Bila inti ayam dah siap, SK teruslah susunkan semua atas tortilla wraps tu. Alamak, cemana nak menggulung ni ek, penuh dengan inti. Sudahnya, buat macam gulung tikar jerlah, hahaha. Dan, gigitan pertama tortilla tu, rasa macam chicken-chicken (Cikgu BI baca mesti marah ni) tu menari-nari dalam mulut ni ha. Walaupun apa yang diperap tu adalah resepi belasahan semata-mata namun agaknya diperap dengan penuh kasih sayang oleh ER kan... uhuks! Meh layan resepi...

Chicken Dance Tortilla

Bahan-bahan :

3 keping tortilla wraps (sebarang perisa)
1 keping dada ayam yang besar (dipotong sederhana nipis)
sedikit serbuk lada hitam*
sedikit serbuk lada sulah*
sedikit garam*
sedikit rosemary/ oregano dsb*
sedikit kicap cair*
2 sb jus limau nipis* (perap semua bahan * dengan ayam 30 minit)
6 helai daun salad
1 biji tomato dihiris
mayonis secukupnya
sos cili secukupnya

Cara-cara :

1. Panggangkan dada ayam yang telah diperap tadi di atas grill dengan api perlahan. Ayam akan mengeluarkan air. Masak hingga air kering. Boleh buangkan air yang berlebihan tetapi jangan buang semua bagi mengelak ayam hangus. Sentiasa balik-balikkan ayam atas grill (Mak SK pesan jangan tinggal dapur masa masak nanti hangus)

2. Apabila ayam hampir masak dan sedikit garing (jangan terlalu garing) bolehlah mula memanaskan tortilla wraps di atas kuali leper. Panaskan satu minit di setiap bahagian wraps. (kiralah 1 sampai 60 kuat-kuat)

3. Susunkan salad dan timun di atas tortilla wraps dan kemudian letakkan ayam yang telah siap dipanggang. Kemudian picitkan mayonis dan sos cili dan gulungkanlah mengikut kepandaian anda.

4. Baca Bismillah dan doa makan, bolehlah menjamu selera...

Burpppp!! Alhamdulillah...

6 comments:

  1. uittsss,,,mcm dh singgah totilla tue kt tekak nie.SK..:)) glurpp glurpp telan ayeq liuq

    ReplyDelete
  2. Hahahha..penuhhh intinya...memang tak boleh gulung laa...hehehehehehe.

    Tapi senang kan kak. Kenyang. Kalau nak bawa bekal ke, piknik ker, memang sesuai sangat.

    Oh..perap jer ayam ikut suka ekk..? Roger!

    ReplyDelete
  3. ekkeke penuh tuu ..
    saya kalau buat sikit shja ..
    di bhgaian hujung tortilia .. baru boleh gulung .. ;)

    ReplyDelete
  4. Chicken menari2 dlm mulut tu....mcm komen papa joe masterchef:-)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..meleleh liur tgknya

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...