MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, June 18, 2014

MUNDUK... CERITANYA....

ASSALAMUALAIKUM...


ORANG lain pergi obesi naik kapal terbang.. Sk pergi obesi naik sampan. Satu pengalaman yang mahal dan mungkin hanya akan berlaku sekali dalam seumur hidup Sk. Pengalaman yang cukup menyeronokkan, walaupun menyeberang sungai yang hanya sepelaung. Arus sungai yang deras tidak lagi menjadi faktor ketakutan buat Sk. Meniti papan ke pelantar tidak lagi menggayatkan Sk kerana terlalu teruja untuk menerokai dunia di sebelah sana.

Tambang sampan RM2 (pergi balik).. tiada cukai lapangan terbang.. tidak perlu tempah tempat duduk... tidak sempat untuk lapar untuk beli makanan bertaraf lima bintang dan tiada jaket keselamatan dan lagi tiada buku merah pun.. Sk menjejakkan kaki ke Munduk yang terletak di selatan Thailand. Macammanapun terkejut beruk juga bila terpandang ada kombat berdiri pegang senjata sambil mengawasi keadaan di persekitaran pekan kecil Munduk. Masa tu teruslah rasa 'aiyooooo... kenapalah aku boleh pergi tempat ni'. Terus terbayanglah macam-macam kejadian negatif tapi langkah tetap dihayun walaupun dalam keadaan agak cuak. ER... dia dua kali lebih cuak dari Sk.. hahahaha.

Jujur.. Sk tak pernah tahupun tentang Munduk. kalau Golok tu memang biasalah Sk dengar. Malah, semasa membaca apa yang Aziela Rainbow tulis tentang Munduk pun tak masuk dalam kepala Sk ni. Cuma, Sk rasa alangkah seronoknya kalau dapat pergi tempat yang Ziela tulis ni.. hihi. Target Sk masa tu cuma nak pergi makan Chim Chum yang fofular di Kota Bharu dan nak makan Mee Celup dan Nasi Dagang yang asli di Tanah Serendah Sekebun Bunga ini. 'Shopping'??? Ohhhhhh.. yang tu tidaklahhhh.. Sk bukan jenis yang kuat 'shopping' tau. Kuat makan... ya :p

Mungkin sudah rezeki yang tertulis buat Sk dan keluarga kami dapat mendaftar masuk ke bilik hotel seawal jam 6.30 pagi tanpa sebarang caj tambahan. Alhamdulillah.. selepas menempuh perjalanan yang agak panjang dan jalan yang tak pernah kami lalu pun dapatlah kami berehat dengan selesa. Kalau tidak memang terpaksalah jadi gelandangan sekejap di lobi hotel. Selepas berehat, tidur, mandi dan sebagainyalah.. kami merancang untuk pergi ke tempat wajib pergilah.. tentunya Rantau Panjang. Subhanallah.. panasnya cuaca ditambah orang yang ramai. Kami singgah makan tengahari dulu sebelum melawat-lawat gerai. Tak semua gerai pun Sk singgah kerana kebanyakannya cuma menjual benda yang sama saja. Sk cuma menengok-negok.. tak ada yang berkenan di hati jadi tiada sesi tawar menawar. Banyak kali pergi tempat macam ni, kadang membeli tapi tidak dipakai. Kebanyakan pakaian pula saiz percuma... haruslah Sk pakai nanti macam sarung nangka.. huwa huwa huwa.. jadi lupakan saja.. jom kita cari periuk belanga sudah.

Kali ini Sk lebih suka melihat-lihat kedai yang menjual kelengkapan rumah, pinggan mangkuk dan barangan elektrik. Wahhhhh!! Nampak benar Sk dah taraf makcik-makcik ni. Dulu Sk tak pandang pun kedai-kedai macam ni tau.. hahaha. Memandangkan 'blender' di rumah rosak dan ER dah jemu makan cili giling kilang, ER mencadangkan supaya kami beli 'blender' di sini. Sebenarnya kami dah lama cari 'blender' jenama Maulinex yang kini sukar didapati di pasaran. Tetiba ada pulak di Rantau Panjang tapi menurut pekedai stok yang dipamerkan tu saja yang tinggal. Fikir punya fikir tak jadilah nak ambil Maulinex. Tengok Tefal pun ada offer jugak.. murahlah kalau dibandingkan kita beli kat Supermarket-kan.. jadi hasil tangkapan di Rantau Panjang adalah sebiji blender.. kekekeke.. adalah beli teko aladin sebiji yang lain-lain Sk tak ingat apa.. ooooo ya.. Sk ada beli kipas. Jenama apa?? Kipas Cap Tangan... pernah nampak??? Panas wooooo... tak ada angin.. jadi kipas tangan itu wajib bila anda pergi tempat-tempat macam ni okeyyyyy...

Disebabkan tak tahan panas dan dah tak tahu apa nak beli... sayang duit ni sebenarnya.. banyak lagi keperluan lain yang lebih penting. Setakat baju-baju blouse tu tak payahlah, nanti ulang-ulang Sk pakai baju yang sama jugak jadi marilah kita pergi ke tempat lain. Perancangannya hari tu nak ke Rantau Panjang dan esoknya nak ke Pengkalan Kubor. Memandangkan dalam perjalanan tadi Sk nampak papan tanda ke Pengkalan Kubor jadi Sk cadangkan supaya kami terus ke Pengkalan Kubor. Jadi esok bolehlah jalan-jalan di bandaraya Kota Bharu sahaja. Cadangan Sk disokong oleh ER dan tiada bantahan oleh Iman. Memanglah.. mana boleh bantah, nak kena tinggal, silalah bantah.. kan.. kan... kan. Yang penting, bos dah setuju jadi marilah kita ambil simpang yang menunjukkan arah ke Pengkalan Kubor.

Bersambung....

p/s Baru perasan.. takde langsung ambil gambar di Rantau Panjang.. huhuhu..

8 comments:

  1. haha ni pertama kali akak dgr perkataan Munduk walaupun asal org kelantan..dan biasa ke sempadan tu..

    ReplyDelete
  2. Kakak pun baru tahu pasal Munduk di sini.
    Kipas tangan memang kena sentiasa ada dlm handbag SK.. senang kalau panas keluarkan aje...

    ReplyDelete
  3. Yeayyyy.....seronok..seronok..... Saya pun tak suka shopping di RP. Sama jer barang semua kan kak. Kalau tanya harga pun, semua sama juga. Kurang lebih singgit jer sana sini. Sebab tu dah tak pegi dah. Selesa lagi di Munduk atau Pengkalan Kubor.

    ReplyDelete
  4. cantik perahu dengan payung nan terpacak itu!!

    ReplyDelete
  5. Ok...sy tggu smbungannya kak...
    Sebab tak pernah tau ada munduk ni...hehe..

    ReplyDelete
  6. nak tau pasal munduk ...gambarnya sekali ya.
    tu dia aih!

    ReplyDelete
  7. Munduk mcm mane nak pergi kene tahan ngan imegresen ke sis

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...