MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, October 29, 2014

KLUANG Rail Coffee

ASSALAMUALAIKUM...


SEMALAM baca Kak Hajah Zakie post tentang KLUANG Rail Coffee ni barulah teringat yang sK tak 'post-post' lagi cerita tentang KLUANG Rail Coffee yang terletak betul-betul di Stesen Keretapi Kluang ni. Dan semalam masa tinggalkan komen di blog Kakzakie tetiba server down.. tak tahulah sempat tak sempat komen tu masuk. Tahu tak, sK ke Kluang ni bukan ada agenda pun selain untuk makan di KLUANG Rail Coffee (KRC) ni. Jalan-jalan Cari Makan katanyaaaa.. huhuhu.


Peristiwa ni dah hampir setahun jugak berlalu, adoi.. punyalah lama peram, kan. Semalam baru selongkar balik.. itupun dah petang. Tapi ingatan masih kuat jugaklah apa yang berlaku tu. Kalau yang sK tak ingat tu, sK goreng ajelah ya.. ;p Jangan marah tauuuu...


Kami keluar rumah di awal petang jugak. Memang hari tu sK cuma buat sarapan lepas tu sibuk kemas rumah dan basuh kain, ingat nak masak tengahari lewat sikit. Tetiba jer ER kata, jom kita pergi KRC. Tang tu jugaklah terus bersiap dan keluar rumah menuju ke KRC ni. Sebaik sampai.. hurmmm.. samalah macam cerita Kakzakie.. 'full house' sampai kena menunggu meja. Hebat betul daya penarik di KRC nikan. Sudahnya kami berkongsi meja dengan orang lain. Konsep macam dulu-dulu jugakkan, kongsi meja dengan orang yang kita tak kenal. Pura-pura selamba jerlah. Tapi lepas tu dapat jugaklah beralih meja lepas satu pasangan ni bangun. Adalah 'privacy' sikitkan. Walaupun orang tua kata, tak baik makan pindah-pindah meja.. tapi takpe.. sebab makanan pun belum sampai masa tu.. huhu.

Sk pergi ni dah lama tau.. November 2013.. jadi jangan keliru dengan tarikh dalam status halal ini
Macam biasalah, bila singgah di Kopitiam ni haruslah makan roti bakar, kan. Yang ni sK tak ambil gambarnya. Roti Bun dibakar, disapu kaya yang merupakan resepi turun temurun di KRC dan diletakkan hirisan mentega. Bayangkan, roti yang masih suam-suam bersama kaya yang lemak manis dan butter sejuk yang sedang mencair... aummmm! Dan.. sK minta juga.. Roti Tuna (tak silap namanya). Rupanya macam pau dan diisi inti tuna. Sedap jugaklah, lapar masa tukannnn.. baru lepas kerahan tenaga, huwa huwa huwa.


Sambil menikmati hidangan.. sambil melayan pandangan.. menunggu keretapi lalu. Tapi, kepala keretapi pun tak lalu. Salah 'timing' nampaknya. Seronok sebenarnya sesekali ubah selera ni. Asyik makan makanan yang kita masak sendiri pun bosan jugakkan.. huhu.


Selepas menghabiskan makanan dan minuman yang dibeli, kami pun meninggalkan KRC. Ialah, takkan nak tidur situ pulak sK oiii.. :D Kami melalui satu kawasan yang baru dikomersialkan di bandar Kluang, tak ingat nama tempat tu dan sK terpandang satu papan tanda besar, KLUANG Rail Coffee. Ooooo.. rupanya KRC membuka cawangan yang lebih besar dan komersial di sini. Kalau tadi konsepnya macam Kedai Kopi Kampung yang ini adalah Kopitiam yang dimodenkan. Tak agak-agak, ER mengajak singgah makan lagi di sini dengan alasan makan di stesen keretapi tadi tak cukup kenyang. Biar betik????


Macam KRC yang asal, di sini pun boleh dikatakan ramai orang juga. tapi disebabkan cawangan ini lebih besar dan lot tepi pula, maka ada lagi meja kosong dan tak perlu menunggu. Pilihan makanannya pun lebih banyak dan lebih berat.. termasuklah hidangan barat. Apalagi, kata orang rezeki jangan ditolakkan.. makanlah, apalagi!!


Walaupun hidangan nampak sedap tapi di tekak kami tak ada yang luar biasa pun. Orang sekarang kata, tak baik cakap makanan tak sedap, kan? Macam mencaci makanan katanya. Kita bukan mencaci makanan, cuma kita nak cakap, tukang masak ni yang masak tak sedap, hehehe.


Tapi Jus Markisa ni memang sedap dan terbaekkkkk!! Balik tu terus singgah Pekan Aitam (Ayer Hitam) beli buah markisa banyak-banyak.. penamak betul!


Yang ini??? Bolehlahhhh...
Burpppp! Alhamdulillah...

10 comments:

  1. lum berkesempatan lagi berkunjung kat kluang rail coffee nie...entah bila kala la nak pergi...

    ReplyDelete
  2. Tak ada keretapi lalu..? Takper, aman sikit kak..hehehehe. Tapi kalau terkenangkan roti bakar dia, tak kira apa waktu pun memang menggamit selera.

    Kak Sari, saya masih belum berjaya jumpa mee racun...huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Itulah yg kakak hairan SK.
    Biasa-biasa aje kan tapi masya-allah masa kakak pergi tu sampai tak ada tempat duduk
    Kena tunggu giliran.. kena duduk dgn nyoya/apek dari S'pore yg cuma minum kopi aje pun
    Speaking-speaking dgn dia katanya kopinya sedap sgt aduhai entahlah...

    ReplyDelete
  4. Lama2 ada gak pegi ke Keluang ni.. sume dok pakat tayang pasai KRC ni...

    ReplyDelete
  5. mana nak cari markisa kat kl ni eh ...

    ReplyDelete
  6. So, yg mana lagi sedap rasanya, yg KRC kat stesen atau yg new branch? atau sama aja rasanya :)
    KRC ni mmg plan utk saya terjah..nal balik JB Nov ni, Insya Allah...

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak jejak Keluang....eh..langsung tak jejak.

    ReplyDelete
  8. Salam Singgah

    hmmmm... pernah nampak kedai makan ni kat memana skrg... satu hari nanti kena singgah tapi kat KK ni taklah kedai mcm ni

    ReplyDelete
  9. minggu depan nak keJB, boleh singgah menjamu selera di KRC

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

SAMBAL TEMPOYAK

Assalamualaikum... Nahhhh.. Sambal Tempoyak. Lepas ni tak perlu susah2 lagi nak menumbuk sambal. Sukacita dimaklumkan, tempah...