MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, April 28, 2016

MASAK MACAM RESTORAN

Assalamualaikum...
 
MINGGU ini minggu masak memasak dan makan apa sahaja lauk yang ada di rumah. Mujur Sabtu lepas Sk dah siap kisar cili kering dan bawang jadi kerja memasak menjadi mudah. Tapi..  tidak juga rupanya.....
 
Aaaa... Ni cerita kelmarin, tapi tak sempat nak post.. hehehe..
 
sambung eyh...
 
Kelmarin,  Pak Inche kata nak makan ikan siakap dan baby kailan goreng sos tiram. Siap beli kerang lagi untuk direbus..  tapi tu ER rebus sendiri.  Mula ingatkan dia nak siakap kukus macam selalu rupanya dia berhajat nak makan siakap sweet sour. Tu yang masak macam kat restoran tu..  Hahahaha.
 

haaa.. ni dia Siakap Masam Manis
macam kat restoran kan. 
Abaikan saprah kertas surat khabar lama tu.. senang kemas.. hahaha.
 
Sk belajar masak sweet sour ni dari satu rancangan memasak tv..  
lama dah.. rasanya dari zaman belum kahwin lagi. 
Sampai kini Sk praktikkan apa yang Sk tengok di kaca tv tu
yang ditunjukkan oleh Chef sebuah restoran cina.

Perap ikan dengan serbuk lada putih
panaskan minyak
kemudian bedakkan ikan dengan tepung jagung cantik~cantik
lepas tu terus masukkan dalam minyak panas
gunakan api sederhana 
goreng jangan sampai kecut
nanti tinggal tulang jer pulak bila nak makan..  hihi. 
 
Sk ni kalau masak guna timer
goreng dalam sepuluh minit di sebelah bahagian
sambil gunakan senduk untuk menyiram bahagian hujung kepala dan ekor
yang tidak tenggelam
dengan minyak panas.
Terbalikkan ikan dan goreng lagi 5 minit.
Angkat dan letakkan dalam pinggan bujur.
 
Kurangkan minyak dalam kuali
dan masak sosnya
Tumis beberapa ulas bawang putih cincang
masukkan cili dan bawang kisar 2 sudu besar
dan sebiji bawang besar merah hiris
Tumis sampai pecah minyak
kemudian masukkan satu senduk sos cili
dan dua senduk air
cuka 1 sudu besar
gula 2 sudu besar
kacau rata-rata sampai mendidih
 
Bila nak makan baru tuang atas ikan
hasilnya ikan tetap rangup dan empuk
bukannya lemau sebab dicurah sos terlalu awal
 
 
 
Pelengkapnya
Baby Kailan Sos Tiram
bersama sotong
 
 
Kerang
ER sorang yang makan
tu haaa.. ada lagi dalam peti sejuk
buat Char Kuey Teow Kerang pun sodapkan...
 
Wassalam. 

1 comment:

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FESKO KPYPJ 2017

Assalamualaikum... Sk ingin mengajak anda yang tinggal berhampiran Kulai atau sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan Festival Konvokesy...