Assalamualaikum WBT
HUJUNG minggu kali ini nampaknya Sk melepek-lepek sahaja di rumah. Kain ada dua bakul belum berlipat, tu tak termasuk kain yang masih dalam mesin basuh dan dalam dryer. Haishhh.. malasnya, kerja banyak tapi malas nak buat, huwa huwa huwa.
Ni cerita minggu lepas, Iman pergi temuduga di sebuah syarikat di Mutiara Rini. Waktu temuduga jam 10.30 pagi tapi kena sidai dekat 2 jam. Tempoh temuduganya pulak sekejap aje, Iman kata, kalau dapat pun kerja kat situ dia tak mahu kerana persekitaran kerja yang tidak selesa. Lepas interview selesai, Iman datang pejabat Sk, ajak makan di Belly Treats Cafe di Larkin, 10 minit dari office Sk.
Pesanan makanan dan minuman serta pastries atau desserts boleh dipilih terus di kaunter dan terus buat bayaran. Kemudian akan diberi buzzer, apabila pesanan siap, buzzer bergetar dan berbunyi, boleh dah ambil makanan di kaunter yang sama.
Sk nak kongsi pengalaman masa ambil makanan kami, macam biasa, Iman ambil makanan, Sk perhati dari meja yang agak jauh dari kaunter, mereka letak dalam tray, mineral water, minuman Iman, sepinggan spaghetti dan sepiring dessert. Tak muat untuk lagi sepinggan spaghetti dan kami ada minta ais untuk mineral water. Jadi, Sk pun bangun untuk ambil makanan yang tak muat dalam tray bersama ais (dalam cawan kertas). Sk pegang pinggan tu di bahagian dasar, konon boleh angkat sebelah tangan, sebelah lagi pegang cawan ais, gitu. spontan keluar dari mulut, 'panas'. Staf tu suruh pegang dekat tepi pinggan, aaa.. memang tak panas situ, tapi kitanya nak pegang ais lagi. Kalau satu tangan jer pegang tepi pinggan, memang tak stabil. Hurmm.. apa salahnya la letak dalam tray lain, Sk pun macam tak tercakap nak minta tray lain tapi patutnya mereka la yang kena fikir benda ni.
Ni kali kedua datang ke Belly Treats ni. Kali pertama lama dah, masa tu mereka belum jual main course (masakan panas western) lagi. Dari pengalaman kali ni, rasanya tak akan datang untuk lain kali dah. Patutlah kedai pun kosong aje padahal masa kami datang ni lunch hour ya.
Spaghetti Alfredo Grilled Chicken, RM18.
Masakan Alfredo ni sekali imbas dari segi rupa dan rasa macam sama dengan carbonara tetapi berbeza sebenarnya. Sos Alfredo lebih kepada rasa lemak manis susu, berkrim tebal dan kaya dengan aroma bawang putih.
Spaghetti Creamy Samyang, RM18.
Bagi mereka yang suka rasa sos yang pedas, bolehlah cuba spaghetti gaya Korea ni.
Walaupun makanannya sedap, tapi hati rasa sedikit terkilan, huhu.
Besar dah cafe Belly Treats ni tapi sayang tak ramai pelanggan. Sk pada mulanya ingat mesti full house, rupanya tak. Kadang pelik kedai-kedai makan kat JB ni, yang penuh, penuh sangat, yang kosong sampai tak ada orang langsung.








Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih