Assalamualaikum WBT
BAHAGIAN 1 boleh baca
MAJLIS TAUTAN KASIH NADIA & SULHI @ TEMERLOH - 1
Rombongan Pengantin lelaki terlebih dahulu berkumpul di Masjid Kampung Gajah Mati, kemudian kami berkumpul pulak di tapak parkir yang disediakan untuk pihak pengantin lelaki. Tema warna untuk Majlis Persandingan ialah warna pic. Warna pic merujuk kepada warna buah pic (peach) iaitu warna kuning kemerah-merahan, macam antara warna oren dengan merah jambu. Baju yang Sk pakai ni pernah dipakai semasa menghadiri Majlis Perkahwinan anak Kak Azlina Hashim di Melaka, cuma kali ni Sk tambah selendang di bahu dan pakai shawl end curve.
Sedondonlah kita! Baju PI beli di Butik Giordano di IOI Alamanda Putrajaya.
Gambar anak-beranak pulak. Macam-macam pic ada. Iman ke arah oren, Atiqah ke arah merah jambu, Firdaus ke arah oren gelap. Siapa tak kenal Atiqah dan Firdaus, boleh baca entri ini.
Kak Ros ke arah merah jambu dan Abang Samad ke arah kuning. Beberapa kali jugak baca di thread pasal topik warna tema untuk majlis perkahwinan ni, ramai yang tak setuju. Tapi, Sk seronok aje malah selalunya Sk dahulu yang bertanya jika ada warna tema. Jika ada, I followwwww.
Rombongan pengantin lelaki sebelah ibu kebanyakannya dari Kuala Terengganu. Kami dari belah Kedah ni (ayah pengantin) ada yang dari Kedah, KL, Kuantan dan Sk sendiri dari Johor. Oh, masa Majlis Persandingan ni barulah pengantin bertukar hantaran.
Ni pinggan Iman. Punyalah kalut tengah ambil minuman dapat panggilan untuk bergambar dengan pengantin, sampai lupa ambil gambar pinggan sendiri.
Menu pilihan Sk, Nasi Beriani, Ayam Masak Merah dan Daging Masak Hitam. Maaf tau jika salah, Sk dah tak ingat sebenarnya daging tu masak apa, hahahaha. Iman pulak boleh ambil nasi putih tu, ada lauk tempoyak daun kayu. Masa Sk nak ambil, dah wassalam, dapatlah jamah Iman punya.
Meja VIP kita bagi la abang-abang dan kakak-kakak duduk dengan mak ayah pengantin. Kita menantu bongsu duduk meja bukan vip takpa.. hahaha.
Cantik warna pilihan pengantin kita, kuning cair dengan lace merah jambu. Memang kenalah dengan kami yang warna pic ni. Di pihak perempuan pula mengenakan warna putih dan merah jambu gelap (tak ada pulak gambar. Gambar-gambar rasmi pun tak dapat lagi. Kita tepeklah gambar yang ada dalam galeri aje.
Kita jumpa di Kuala Terengganu pulak dalam entri seterusnya ya.











Tahniah buat mempelai dan keluarga.
ReplyDeleteCantek kaler ni. Sesuai utk pemakai yg sopan santun cheewahh hahaa...
ReplyDeleteWah pasni majlis bertandang ke terengganu eh...best Kt.. smpt soping² tak haha