FIESTA NANAS 60

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

Assalamualaikum...

DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang mengambil kesempatan untuk membawa anak melancong,  balik kampung dan ada juga yang mengerjakan ibadah umrah.  Sk sendiri baru-baru ini bercuti ke Pulau Mutiara.  Iman tulah,  sibuk sangat mengajak Encik Rizar bercuti ke pulau.  Haaa..  Pulau Pinang pulak yang dibawa babahnya,  hahhaha..  Sabar ajelah.


Bagi warga Johor yang tidak bercadang untuk berjalan jauh hujung minggu ini,  apa kata anda ke Fiesta Nanas 60 yang akan berlangsung di Pusat Perdagangan Bandar Pontian pada 14 - 17 Disember 2017 yang akan datang. 
Fiesta ini diadakan bersempena dengan sambutan ke 60 pertubuhan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. 
Bersesuaian dengan kedudukan geografi daerah Pontian sebagai antara pengeluar nanas terbesar maka Pontian dipilih sebagai lokasi sambutan tersebut. 


Pelbagai aktiviti dapat diikuti sepanjang fiesta berlangsung seperti jualan produk berasaskan nanas,  dekorasi buah,  demonstrasi masakan,  pertandingan mewarna dan memancing serta cabutan bertuah. 

Kemuncak acara adalah Malam 'Rhythm Of Pineapple yang turut mengundang artis terkenal tanahair seperti Datuk Ramli Sarif,  Farahdhiya dan Yabang Khalifah. 

Semua dijemput hadir ya. 

Wassalam. 
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah...menarik juga event ni.. Ada artis lak tu.. Msti rmai pergi

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nanas..
    Akak suka nanas dari Johor ni..
    Sedap manis..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!