JELLY AIS KRIM DI HARI CUTI

Assalamualaikum...

BERBAKI lebih kurang enam hari lagi cuti sekolah.  Macam mana persiapan sekolah anak-anak? Bagi Sk,  Alhamdulillah,  buku-buku dah dibeli. Tinggal tunggu pakaian sekolah yang ditempah saja,  almaklumlah plus size macam Iman ni memang susah nak jumpa baju ready made, hehehe.

Semalam,  satu hari suntuk kami tiga beranak berkurung dalam rumah.  Betul-betul rehatlah..  masak pun macam main-main.  Makan pun macam main-main.  Pagi tu,  Sk cuma siapkan sandwich sardin.  Tengahari goreng cempedak.  Malam baru masak nasi dengan asam pedas ayam. Disebabkan semalam ambil kesempatan kemas kabinet dapur,  terjumpalah sekotak serbuk jelly kristal jenama Nona. Maka terjadilah Jelly Ais Krim macam yang kat kefsi tu,  huwa huwa huwa.

Sejuk jer lalu kat tekak masa panas-panas semalam. Tak susah sangat pun buat dan jelly kristal nona ni memang tak mengambil masa yang lama untuk mengeras.  Nak sedap,  sejukkan dulu dalam peti sejuk sebelum diskup ais krim ke atasnya. 
Nikmattt! 

2 comments:

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih