Assalamualaikum WBT
DAH habis bab JJCM Penang, kali ni Sk nak blog tentang perjalanan pulang ke selatan. PI tanya, nak makan dekat mana? Sk rasa macam nak makan kat Rembayung laaa.. hahaha. Padahal, dah tahu nak makan dekat Rembayung kena battle, orang kata. Sebenarnya sebelum tu, fyp kat thread, ada pelanggan yang batalkan tempahan di Rembayung, tu la tu Sk terfikir, kalau dia batalkan, slot tu mesti dah kosong, kotlah boleh masuk, ahaks!

Sebelum-sebelum ni selalu baca, ramai yang mengeluh susah sangat nak masuk ke website umai ni. Ada yang guna sampai dua tiga gajet. Ajaibnya Sk terus dapat masuk website umai tu ya dan dapat pemberitahuan masa tersedia, tak silap Sk 14 minit macam tu. Tapi yang tu Sk tak teringat nak screen shot. Ada peringatan agar jangan keluar dari laman tersebut yang akan disegarkan (refresh) secara automatik. Bayangkan la masa tu kami atas highway, line pun kadang 4G, dari 14 minit jadi 13 minit.. 12 minit... 10... 9.. sampai tinggal seminit la kot, terus dapat masuk aplikasi Rembayung untuk reservation. Teruja betul ya, Sk terus buka waze tengok pukul berapa boleh sampai Rembayung, eta jam 3 petang. PI kata, ikutlah.. PI pun macam tak percaya kot dapat masuk apps Rembayung tu, hahaha.

Untuk tempahan, minimum pax ialah 3 orang. Kena bayar RM10/pax. Tapi.. tapi.. tapi... dah namanya bukan rezeki, hari tu tempahan di Rembayung dah full book. Aaaa.. memang tahu pun, sana-sini orang dah cakap, kan. Tapi kan tadi ada yang batalkan tempahan katanya, hahaha. Sk pada mulanya tu main-main aje, dapat masuk applikasi Rembayung pun dah rasa teruja sangat, ouch! Tapi, bila tak dapat slot, merajuks jugaklah sikit dengan dak Aming, hahaha.
Perut pun dah rancak berdansa, Sk buat carian di waze, restoran masakan kampung Tanjung Malim, dan disyorkan beberapa restoran. PI kata, pilih Kedai Makan Masakan Kampung Kak Ina.
Lauk masih banyak walaupun telah melewati waktu makan tengahari. Kecur tengok petai dan terung pipit. Sk jarang dapat jumpa lauk sambal terung pipit tu.
Macam-macam sayur masak lemak ada. Kuning bijik mata menengoknya.
Pilihan pelbagai jenis gulai dan masakan sambal dan kicap. Dalam tray ke empat barisan atas tu ada ikan kembung air asam. Tegang-tegang lagi ikannya, kecur betul tapi terpandang pulak ikan patin masak tempoyak. Tu pun dah lama tak makan jugak. Kalau ikut tamak, nak aje ambil dua-dua.
Tapi, orang tamak selalu rugi. Kita pilih satu aje la, ikan patin masak tempoyak. Sk ambil juga sambal terung pipit, ulam dan sambal belacan.
Punyalah lapar, PI ambil ikan bawal goreng bahagian isi sampai dua keping, hehe. Yang lain tu sayur dan ulam kacang botol serta sambal belacan. Yang bulat tu telur rebus.
Adoi, tak dapat makan kat Rembayung, dapat makan kat Kedai Makan Masakan Kampung ni pun syukurrrrlah. Tak ingat pulak berapa total harga makanan dan minuman.
Oh, ternampak kerabu mangga jugak, Sk ceduk setengah mangkuk. Sedap diratah-ratah. Sedap semua lauk yang kami pilih. Hilang rasa merajuk tak dapat makan di Rembayung, hahahaha.
Kedai Makan Masakan Kampung Kak Ina terleak di hadapan bangunan Arked Niaga Tanjong Malim. Masuk dalam waze aje, mesti sampai punya!
berdebar baca ingatkan akak dah dapat slot rembayung...haha
ReplyDeletetengok lauk Kak Ina pun dah kecur liur
Kat thread kan tgh kecoh pasal ada mak budak nak reward anak dia makan kat rembayung tpi mintak orang belanja, dia buat rembayung tu macm boleh walk in je...kelakar SA baca level confident dia..kita ni mmg dah tau susah nak booking atau masuk website rembayung tu..kena battle apa segala...kedai kak ana ni lagi nampak sempoi sedap..punya la banyak pilihan tu ha..kalau SA kat situ confirm 10 minit duk fikir2 nak makan apa...
ReplyDeleteLahhhh ingat kan bila scrol kebawah dah nampak Rembayung rupanya full book. Tak pe cuba lagi di lain waktu. Sambal terung pipit sedap
ReplyDeleteBaca atas tadi ingat dah berjaya. Akhirnya jadi rezeki Kak Ina. Bila entah ye dapat merasa makan di Rembayung.
ReplyDelete