TERSEREMPAK KAKAK BAJU PUTIH DI GALERI DARURAT BUKIT KEPONG - Alam Sari Di Tanah Jauhar

TERSEREMPAK KAKAK BAJU PUTIH DI GALERI DARURAT BUKIT KEPONG

Assalamualaikum...



Sabtu lepas, tanpa dirancang, Sk tiga beranak membuat lawatan sambil belajar ke 
Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar. Pada mulanya, Sk mengajak Pak Inche ke Claytan di Ayer Hitam. Dari rumah, kami ikut Bandar Baru Pulai Jaya dan keluar plaza tol Senai Utara untuk memasuki lebuhraya utara selatan sebelum keluar di plaza tol Simpang Renggam. Sampai di Claytan, Sk pilih beberapa keping pinggan mangkuk sahaja sebab tak banyak yang berkenan. Kami kemudian singgah ke Arena Warna, iaitu kompleks perniagaan baharu yang menempatkan pelbagai produk IKS dan hiasan rumah yang sememangnya terkenal di Ayer Hitam. Lepas tersampuk beli beberapa pokok hiasan di sana, Pak Inche ajak pula ke Batu Pahat.


Tetiba, Pak Inche mengajak kami ke Muar pula, dah lama katanya tak makan di Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Sk malas nak membantah, layankan ajelah, sebelum tu dia kata, nak makan Beriyani Power Batu Pahat, lepas tu dia sebut pulak pasal Satay Muo, ni nak makan ikan bakar pulak. Janji Sk kata, dah dapat pergi claytan, haha. Lepas tu, Sk nak tidur, tapi tak boleh tidur pun. Memang tak tidur langsung sepanjang perjalanan pergi dan balik tu. Jadi, dari Ayer Hitam, kami ikut Yong Peng dan terlepas simpang ke lebuhraya. Jalan punya jalan, dah sampai Labis. Jumpa simpang Labis - Muar, kami terus masuk situ. Sk cakap dengan Pak Inche, rasanya nanti kita akan lalu Galeri Darurat Bukit Kepong. Kalau masih awal, Sk nak singgah masuk, itupun kalau dibuka, sebab kita dalam PKPP kan.


Rezeki betul, bila tengok pintu pagar galeri dibuka. Nampak jugak ada beberapa pelawat berlegar di lobi galeri. Pak Inche yang dah terlepas pintu pagar, cepat-cepat buat pusingan U. Ialah, masa tu baru pukul 4 lebih, Sabak Awor pun belum buka. Marilah kita menyelusuri sejarah Bukit Kepong dulu. Walaupun dah hafal sangat jalan cerita filem Bukit Kepong, tapi nak jugak jejak sendiri kawasan yang pernah bermandikan darah 70 tahun dulu.


Galeri Darurat Bukit Kepong ini didirikan di lokasi sebenar serangan kira-kira 200 pengganas komunis menyerang balai polis yang mengorbankan 25 anggota pasukan keselamatan Balai Polis Bukit Kepong dan penghuni berek di Bukit Kepong itu termasuk anggota keluarga mereka. Meremang jugaklah bulu roma di petang suram selepas hujan sepanjang kami berada di situ tambahan hanya kami tiga beranak yang masih berada di ruang galeri bangunan tiga tingkat itu.  




Galeri Darurat Bukit Kepong dibina dengan kos sebanyak RM11.5 juta bagi menghargai jasa dan pengorbanan seluruh anggota polis yang berjuang bermati-matian dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara. Ia dibina bagi memperingati tragedi yang berlaku kira-kira jam 5 pagi, pada 23 Februari 1950, apabila segerombolan kira-kira 200 pengganas komunis menyerang balai polis terbabit.




Walaupun serangan pengganas berlaku di pelbagai tempat di negara ini, 
peristiwa Bukit Kepong paling diingat kerana ia bukan sahaja memaparkan semangat juang pasukan keselamatan, tetapi juga perpaduan apabila beberapa penduduk di kampung berhampiran turut sama memberi bantuan bagi menentang komunis.


Selain peristiwa serangan di Balai Polis Bukit Kepong, galeri ini juga menghimpunkan peristiwa perjuangan pasukan keselamatan ketika zaman darurat di seluruh negara. Pengunjung ke galeri ini juga bukan sahaja akan dapat melihat pelbagai artifak seperti senjata api, pakaian, keadaan berek anggota dan beberapa kenderaan yang pernah digunakan pasukan keselamatan, tetapi juga disajikan dengan pelbagai maklumat secara interaktif.


Pengunjung seolah-olah dibawa merentasi ruang masa apabila segala maklumat berkaitan polis disusun dengan dengan kemas, disamping mendapat pelbagai maklumat mengenai sejarah negara. Galeri Bukit Kepong ini turut memaparkan mengenai sejarah pembentukan Malaysia ini termasuk ketika era dan pasca ini.


Pihak galeri juga menyediakan ruang interaktif seperti tayangan filem sejarah Bukit Kepong yang diarahkan oleh seniman negara, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin. Sayangnya, masa tu sistem video dan audio dikatakan mengalami kerosakan dan tayangan gambar dibatalkan. 






Selain itu, kereta perisai dan bot peronda polis juga dipamerkan di ruang bawah galeri manakala anda dapat menyaksikan pelbagai artifak lain yang pernah digunakan oleh pasukan keselamatan dan musuh turut dipamerkan.











Turut juga dipamerkan mata pencarian masyarakat dahulu yang menjadikan getah sebagai sumber rezeki. Keluar menoreh seawal pagi dan mengusung susu getah dengan basikal untuk dihantar ke kedai sekerap.


Set ruang tamu yang benar-benar menggamit nostalgia. Dulu, dari tv macam nilah kami menonton tv setiap hujung minggu. Masa tu, belum ada lagi siaran tv dua puluh empat jam macam sekarang. Pukul 6 petang baru mula siaran tv, itupun masa maghrib dah kena tutup. Pukul 8 buka semula untuk dengar warta berita. Malam Ahad tengok rancangan nyanyi-nyanyi Mekar Sejambak, esok malam tengok Drama Minggu Ini. Manalah ada slot Akasia, Samarinda dan Cerekarama, hahaha.


Walaupun keluasan galeri agak terhad, namun ia padat dengan pelbagai cerita dan sejarah. Bukan sahaja kisah Bukit Kepong malah pelbagai kisah darurat yang terjadi di negara kita. Pusing punya pusing mujur tak gugur jantung bila terserempak kakak baju putih ini sedang berdiri tegak menghala ke pengunjung yang memasuki galeri yang menempatkan sejarah perjuangan kaum wanita di Tanah Melayu.


Kalau tak bertiga, memang Sk dah lama cabut, hahaha. Iman, berani-berani takut berposing dengan kakak baju putih, hihi. Teringat masa berkunjung ke muzium negara mengikut rombongan sekolah dulu, semua tidak berani berpusing masuk ke galeri yang mempamerkan kedudukan mayat orang muslim di dalam liang lahat, huhu. 










Tahun 1989, masa ni Sk baru dalam Tingkatan Dua.
Kalau dibaca-baca semula kisah sejarah, masa Sk lahir tu pun belum berapa aman lagi rupanya walaupun negara sudah merdeka.







Datuk Mohd. Salleh Perang ialah birokrat Johor yang bertanggungjawab dalam bidang pertanahan dan perladangan gambir dan lada hitam. Selaku ketua Jabatan Tanah dan Ukur Negeri, beliau telah dapat membuat peta negeri yang lengkap serta bertulisan Jawi. Tindakan pertamanya ialah pelukisan sebuah peta pembangunan negeri Johor. Peta itu menunjukkan semua jalan dan bandar yang akan dimajukan atau dibina di seluruh negeri Johor. Ia juga menunjukkan bentuk muka bumi dan daerah-daerah di negeri itu. Inilah peta lengkap yang pertama sekali dilukis bagi sebuah negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Beliau bertanggungjawab membangunkan pusat bandar seperti Bandar Maharani (1888) dan Bandar Penggaram (1893). Beliau juga menjadi Pesuruhjaya Kerajaan bagi dua wilayah Johor itu sebelum dipanggil semula bertugas di Johor Bahru. Datuk Bentara Luar dapatlah dikatakan arkitek dan perancang pembangunan negeri Johor.

Kemahiran beliau berbahasa Cina dan tahu selok belok adat resam Cina membolehkan beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Sistem Kangchu Cina. Beliau mengiringi Sultan melawat negeri China dalam tahun 1880-an. Kerjaya beliau bermula dengan jawatan Pesuruhjaya Polis Negeri, dan berakhir sebagai ahli Dewan Negeri dan juga ahli Jemaah Menteri.



Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi salah satu tanah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bintan di Johor. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, anakanda Sultan Mahmud Shah, Melaka pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari Sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu serta Kabupaten Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.
Pada tahun 1946, Johor telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union dan Dua tahun kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya persekutuan Malaysia pada tahun 1963.






















Sedang kami bergerak menuju ke tangga keluar, tetiba Sk terpandang seorang anggota polis yang berdiri di pintu pagar menunjukkan isyarat time-up kepada kami. Hahaha, apalagi, kelam kabut la berlari turun tangga. Rupa-rupanya memang cuma kami tiga beranak jer yang masih ada dalam galeri tu, huhu. Tengok jam baru pukul lima tapi memang suramlah sebab lepas hujan, kan.Patutlah dia punya feel lain macam. Teringat pulak tadi terserempak dengan anggota polis tinggi lampai yang masuk ke dalam galeri ketika kami keluar. Memang kena berani la jadi polis ni kan, I salute!

Galeri Darurat Bukit Kepong ini boleh dikatakan sebagai pelengkap sektor pelancongan di daerah Muar yang sememangnya terkenal dengan keunikan khazanah alam semula jadi, warisan, budaya dan sejarah.
Galeri ini menyediakan beberapa kemudahan lain seperti tandas, surau, lif khas untuk warga tua dan orang kelainan upaya (OKU).

Bagi rakyat Malaysia dan bangsa Johor khasnya, jom aturkan satu lawatan bersama keluarga ke Galeri Darurat Bukit Kepong ini, tak rugi tau jalan jauh sikit, cuma 60 kilometer sahaja dari bandar Muar. 
Galeri Darurat ini dibuka percuma kepada pengunjung dari Selasa hingga Ahad bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Cuma sepanjang PKPP ini, ia ditutup sejam lebih awal.

Galeri Darurat Bukit Kepong
Jln Muar-Labis, Bukit Kepong, 84600, Johor

Buka setiap hari kecuali Isnin
10 pagi hingga 5 petang (PKPP)

10 comments:

  1. Suspens juga baca tajuknya tu SK :) Apapun cerita Bukit Kepong ni sangat membekas dlm jiwa. Sikit sebanyak dapat rasa perit getir padukan keselamatan menentang komunis.

    ReplyDelete
  2. Wow...menarik plak...x permah tau muzium ni kat Muar...boleh la ajak adik pergi nanti...lepas PKPP nanti la...skrg masih PKPP lagi kannnn

    ReplyDelete
  3. Permisi ya kak Admin ^^

    ituBola - ituBolaonline - Bandar Bola - Casino Online - Baccarat - Dragon Tiger - Roulette - Sicbo - BlackJack

    Ayo Pasang Taruhanmu Sekarang di ItuBola
    Agen Judi Bola & Casino Online Terpercaya dan Terbaik di Indonesia.
    Minimal Deposit Rp. 25.000,- Dan untuk minimal Withdraw Rp. 50.000,-
    Proses Deposit & Withdraw Yang Tercepat.

    Menyediakan berbagai macam permainan Judi Bola & Casino Online Terlengkap.
    ( Taruhan Bola )
    ( Baccarat )
    ( Sicbo )
    ( Roulette )
    ( Dragon Tiger)
    ( Blackjack )

    => Bonus Cashback 5% (dibagikan setiap Hari Senin)
    => Customer Service 24 Jam Nonsto
    => Support Deposit Via Aplikasi OVO,PULSA,GOPAY

    Kontak Kami
    LINE : itubola757
    WECHAT : itubolanet
    WHATSAPP :+85517696120
    TELEGRAM : Itu Bola / +85517696120


    Link Alternatif
    ituBola Online

    Pusat Bantuan ituBola

    Agen Taruhan Judi Teraman, Situs Taruhan Judi Teraman, Agen JudiBola, Agen Judi Bola Online, Agen Bola Online, Agen Sportsbook, Judi Casino, Agen Judi Casino, Agen Casino Online, Agen Live CasinoTerpercaya

    ReplyDelete
  4. Selalu juga lalu jalan kat sini
    Tapi tak pernah singgah galeri ni lagi.

    ReplyDelete
  5. Informative sangat pos ni, teringin pulak nak pergi hehe

    ReplyDelete
  6. Hahahaha lawak tau yang liang lahad tu sebab kita pun kena gak dulu, bkn masa sekolah tapi masa pi Melaka dah tua bangka ni, terkejut berukk nampak keranda dalamnya ada mayat adeiiii..

    Lama tak pi muzium..

    ReplyDelete
  7. Salaam good and very informative.

    ReplyDelete
  8. cehhh itu lah kakak baju putih tu ye..hahahahhahah

    ReplyDelete
  9. Join yuk di chanelku yang seger...
    banyak film terbaru yang memanjakan mata loh...

    STREAMING NONTON BOKEP GRATIS ..!!
    Kumpulan BOKEP Terlengkap Terbaru Terpopuler & Ter-Update By SUKABOKEP

    SUKABOKEP

    BOKEP INDO NGENTOT ASIK

    BOKEP BARAT NGENTOT MANTAP

    BOKEP JEPANG NGENTOT NIKMAT

    BOKEP KOREA NGENTOT PUAS

    FILM SEMI NGENTOT SERU

    SKANDAL ARTIS, MODEL, SELEBGRAM TERBARU 2020

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih