AGAR-AGAR KARAMEL

Seri Kandi Tanah Jauhar
2


Assalamualaikum wbt

SALAM pagi minggu. Mesti ramai yang sibuk membasuh dan mengemaskan. Saya pun sibuk juga, tapi buat-buatlah tak sibuk duduk mengadap lappy pagi-pagi ni. Sajalah nak tayang agar-agar karamel yang saya buat malam tadi. Pagi ni dah bolehpun dimakan sebagai pencuci mulut lepas sarapan benjo tadi tapi gambar benjo takdelah ya.. hehe. Rasa sejuk dan nyaman. Resepi dapat dari pakcik yang teramatlah gebu tu. Terima kasih, ya pakcik, semoga Allah lanjutkan usia pak cik Mat Gebu dan pakcik bertambah-tambahlah kegebuannya.. hik.. hik. Resepi asal boleh tengok di sini. Gambar kat situ pun lagi cun tauuuu... Kalau malas bolehlah salin di sini. Saya C&P ya pakcik..

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 g serbuk jelly (saya guna 10gm)
600 ml air (saya letak 1 liter)
300 ml susu cair
120 g gula halus
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir*
3 camca besar air*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)

1.(Karamel)Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan-lahan hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati-hati tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar-agar.

2. (Agar-agar)Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.
Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat senduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar-agar dan isi dalam piring, hidangkan dingin...

P/S: Cik Mat buat bentuk love, saya pun pusing keliling JB cari bentuk love.. hik2. Kat C Siang, mahal.. RM9.50 sebiji padahal kecik jer tu. Akhirnya jumpa kat kedai Jepun 'Denso', RM5 sebiji. Okeylah tu, Cik Mat nyer pun import dari Jepun gakkan.. hik.. hik..

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!