JEJAK KASIH UTARA

Seri Kandi Tanah Jauhar
12
ASSALAMUALAIKUM...

SEJUK bumi JB hari ini, kalau di rumah pastinya sedang guling-guling atas katil sambil layan cerita kartun Tom & Jerry, hiks ;p

Alhamdulillah, perjalanan pulang ke kampung di utara minggu lepas lancar dan selamat serta dipermudahkan oleh Allah swt. Risau juga, ialah, sebenarnya setiap kali berada di atas lebuhraya tu, nyawa ini diibaratkan bagai di hujung tanduk sahaja, kadang-kadang terdetik di hati entahkan sampai entahkan tidak, kan malang itu tak berbau. Mulut ni memang sentiasa kumat-kamit sahaja berdoa macam-macam minta dijauhkan dari perkara yang bukan-bukan. Memikirkan hutang keliling pinggang yang belum dilangsaikan, amal ibadah yang jika ditimbang takut lebih ringan dari dosa yang dilakukan... sedekah jariah yang tidak seberapa.. dan doa anak yang soleh yang bergantung hanya kepada Nur Iman Fatiha Mohd Rizar.. hai.. seram dibuatnya.

Seperti biasa, lebuhraya semakin sesak selepas masuk lebuhraya menuju ke utara. Selepas perhentian Rawang, lampu brek asyik menyala sedangkan dari arah selatan sehingga keluar Nilai keadaan amatlah selesa. Pemanduan semakin perlahan, setiap hentian dan R&R sesak sehingga kalau ada rasa nak terken**** pun ditahan juga, sudahnya, rancangan untuk sampai ke rumah mak mertua menjelang detik 12 tengah malam tergendala. ER kata, pekena Nasi Kandaq Beratoq pun best juga. Wah, saya pun suka dan setuju saja, perut kali terakhir diisi petang tadi dengan sekeping roti canai dan dua tiga sudu nasi berlauk kari kambing mengecek dengan Yaya di hentian R&R Machap. Orang kata rezeki jangan ditolak, sampai di Penang lebih kurang jam 1 ingatkan dah tak ramai yang beratur rupanya berderet juga yang menunggu giliran memilih lauk. Mujur meja banyak kosong dan beratur pun tak lama, selepas tiga suku pinggan nasi berlauk sotong kari dan ayam goreng masuk perut saya mula terasa senak dada bahana perut dibiar kosong begitu lama dan diisi pada waktu yang luar biasa. Saya tengok jam dah hampir pukul 2, aiii.. patutlah.. perut saya dah protes orang nak tidur kau sumbat nasi kandar pula pagi-pagi buta ;p... padan muka!
agak-agak kalau saya buka kedai kek beratur.. ramai tak yang beratur????
Macam biasa, lepas 'check-in' di Kampung Batu Satu, saya sambung tidur. Cuaca boleh tahan panas walaupun jam dah pukul 3 pagi. Esok paginya.. oh patutlah panas.. rupa-rupanya.... sila tengok sendiri ;p

pokok durian yang ditanam Arwah Bapak Mertua... Alhamdulillah.. berbudi kepada tanah, anak cucu dan menantu dapat merasa..

sampai ke tanah... sebab tak ada orang cantas pokok sebelum ia berbunga..


buah dokong.. tak tercapai.. tinggi sungguh buahnya..
Petang esoknya kami ramai-ramai pergi serbu Majlis Perkahwinan anak saudara ER (anak kepada sepupu ER di Sungai Petani), Anis dengan pasangannya yang saya lupa namanya di Permaipura Golf & Resort. Seronoklah dapat jumpa dengan sanak-saudara ER sebab mereka semua ramah-tamah dan makcik pun (nenek pengantin) suka sangat bila saya bagitahu kami balik ni semata-mata nak menghadiri majlis perkahwinan Anis ni. Ialah, ER kata dia kenang dulu masa arwah abangnya, Naman meninggal, makcik sanggup datang dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur dan anak-anak makcik yang berada di KL yang banyak membantu, lagipun Anis tu pun boleh tahan baiklah budaknya, suka buat lawak.. hehehe.. tengoklah, dalam nak bergambar pun sempat lagi nak melawak dengan pakciknya.. huhuhu.
itulah kerislah bang.. bukan pistol.. ;-)
Kak Roz... kakak ipar saya yang comel.. cikgu yang disayangi anak-anak muridnya ;-))))
Tiga Iman... dari kiri... Iman Athira, Iman Fatiha dan Iman Balqis
Dan saya paling seronok apabila dapat menghadiri majlis perkahwinan bff yang saya kenal di facebook iaitu Shahlea Suhaiza Shamsir di Permatang Damar Laut, Pulau Pinang. Wah... inilah pertama kali saya dapat memenuhi jemputan kenduri kawan yang saya kenal di fb tau. Perkenalan kami telah mencapai angka tiga tahun dan ini pertemuan yang pertama, kelakar bila ingat-ingat balik rasanya saya kenal Shahlea ini melalui kawannya Diana, masa tu kan kita dok carilah siapa yang main Farmville untuk 'add as friend' (kalau tak karang tak naiklah level kita dalam farmville tu.. kan..). Sampai mat saleh dan minah saleh di seantero dunia ni pun dipungut jugaklah jadi jiran.. wkwkwkwk. Melalui Dianalah saya kenal dengan Shahlea dan kakaknya Shamsheila.. sayangnya tak sempat nak bergambar dengan Sheila sebab anak daranya mengamuk. Sweet sangat Shahlea nikan.. suka gila bila dapat cipiki dan cipika dengan Lea.
pengantin yang serba ungu... Selamat Pengantin Baru Lea, semoga kekal bahagia hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat yang sihat & comel
Lepas dah jejak kasih dengan Lea dan Sheila.. giliran ER pula nak jumpa dengan bffnya Pok Jeng atau kami panggil Gebu di NSTP, Penang. Pok Jeng ni dulu bertugas di NSTP, JB.. inilah antara kawan baik si ER ni. Rasanya setiap hari mesti ada cerita pasal Gebu.. Gebu itu... Gebu ini... ish! bukan mengumpatlah... ce citer jer.. pergi sarapan dengan Gebu... assignment dengan Gebu... huhuhuhu.
perut siapa lagi besar maknanya isterinya lagi pandai masak ;p
kalau dah sampai Penang, taksahlah pulak kalau tak pekena pasemboq, ias kacang ngan cendol kat Padang Brown... huh! tak kenyang-kenyang nampaknya... huhu..
Haaaaaa... yang ini betul punya jejak kasih. Setiap kali balik Kedah selalu tabur janji manis nak jumpa dengan makcik ni tapi sampai ke sudah saya tak juga sampai-sampai ke Kuala Kedah. Kali ini saya memang tak berjanji apa-apa sebab takut tak dapat ditunaikan, makin banyaklah pulak dosa saya nantikan, walaupun saya tahu Suzana Md Nor ni pemaaf orangnya. Jadi, selepas aktiviti ronda-ronda di Padang Besar (ingatkan datang hari Isnin orang tak ramai rupanya penuh juga sampai nak jalan pun terpaksa mengiringkan badan.. hihi ditambah jalan yang sesak sampai nak letak kereta pun tak ada tempat sebab semua orang datang tak reti nak balik tu.. huhu..) dalam perjalanan balik tu saya pun menekan-nekan nombor handphone Zana.

"Makcik, aku ada kat depan umah hang."

Hehehe.. sebenarnya baru jer nak bertolak dari Padang Besar tu.. ialah, tak mahulah nanti makcik tu terkejut badak pulakkan, tak baik tau, sekarang dah moden, ada telefon tu telefon dulu, manalah tahu untung-untung sempat jugak dia pergi beli kambing golek ka.. ayam golek ka.. kan??? ;p
siapa kenal dengan Suzana Md Nor ni, sila angkat laptop!
jangan terkejut dengan ketinggian Yaya yang baru darjah lima..
terima kasih mak cik, masak sedap-sedap untuk kami... nanti nak minta resepi pulut seri kaya tu ya..
Adoi, malunya dengan makcik - maknya Zana ni. Siap goreng laksa sepinggan besar lagi dan kebetulan agaknya adalah pulak Pulut Serikaya. Saya toleh sekali, ada lagi.. toleh lagi sekali dah licin dikerjakan Yaya dan ER... isk.. isk.. isk! Malu! Malu! Terpaksa tutup muka separuh depan laptop.. malu punya pasal... hahaha...
hah! jangan pikiaq yang bukan-bukan pulak tengok jari makcik tu ya.. dia wat peace tu.. hihi..


Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam akak.. wah siannyer.. erma duk bandar seri putra.. time cuti kami duk diam2 kat umah ha ha ha takut jem huhuhu.. Kak seronoknye meriahnyer musim buah2 kenalak musim cuti sekolah merangkap musim kenduri kawin.. meraih n seronoknyer best2

    ReplyDelete
  2. Wow!! bestnya bercuti.. siap ada pokok buah2an lagi sedapnya terus teringin nak makan rambutann hehehe..

    amboi berseri2 pengantin yang dok sebelah pengantin tu lagi berseri2 YoUuu... selamat bercuti dan berehat yaa... muahhzzz

    ReplyDelete
  3. saya baruuu je balik dari utara semalam. :D

    ReplyDelete
  4. jauhhnyerr perjalanan.. alhamdulilah selamat semuanya...
    jeles nengok buah2 tu.. rambutan sampai ke tanah tuuu.. mantap!!
    tp dlm byk2 cerita, ayat ni tun bagi 2 thumbs up!!
    "perut siapa lagi besar maknanya isterinya lagi pandai masak ;p"
    LOL~~

    ReplyDelete
  5. sedapnya nampak buah2an atas pokok tu ..

    ReplyDelete
  6. buah rambutan tu kalau makan sambil duduk tepi tu, memang kenyang sangat kan. bestnyaaaaaaa....dah ler daku ni lama tak balik kampung, ku kerinduan, penasaran!!!!

    ReplyDelete
  7. ouhh tidak!!! akak tak boleh tahan tengok bebuahan yang ranum itu!! saya rindu kampung halaman... uuuhhhhh

    ReplyDelete
  8. salam wbt, sedapnye tengok buah2an dusun tuuu...

    ReplyDelete
  9. oo..meriahnya cuti sari..pling best ada pokok berbuah tu.. puas la mkn camni.. anak akk yg ting dua pun mcm yaya.. lebih tinggi n beso dr akk..

    ReplyDelete
  10. As'salam Sari

    telan2 air liur aje meihat buah2an yang bergayut atas pokok tu. kalau ada kampong yang penuh dengan pokok buah2an ni memang rasa seronok kan..betuah rasa badan hihi

    ReplyDelete
  11. kak mmg pandai susun ayat..
    ayu baca 1 persatu tanpa tinggal baris..

    wawawa...

    seperti sangat jeles, seperti sekaki tumpang happy.......

    apapun,. suka lihat kak dan family bahagia dengan percutian y blaku

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!