MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, July 17, 2013

SAMBAL HITAM PAHANG

ASSALAMUALAIKUM...

Lagu: Joget Pahang

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)
Dari Melaka ke negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan (2x)

Kami ucapkan selamatlah datang
Apa yang kurang dicaci jangan
Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)

Pukullah gendang hai kulit kerbau
Dalam majlis tari menari (2x)

Sayalah ini bang hoi dagang merantau
Mengharap belas orang di sini (2x)

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)

Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan (2x)

Niat di hati bang oii...
Nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan (2x)

Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang (2x)

Haaaaaahhh.. mengah Seri Kandi tengah-tengah puasa ni diajak berjoget tau. Yelahhh, sebenarnya SK nak maklumkan yang SK ni sedang cuba-cuba belajar memasak masakan tradisi dari negeri Pahang ni. Berdasarkan lirik lagu kat atas tu, cuba baca betul-betul..  dia kata, 'Dari Melaka ke Negeri Pahang.. Singgah di Johor beli berangan..' eh, SK syak sebenarnya bukan beranganlah.. tapi belimbing.. yelah.. belimbing... tu yang jadiknya Sambal Hitam tu. Orang Pahang jangan marah ya, SK gurau jer. SK minta ampun maaf ya..


Sambal Hitam ini juga antara masakan yang SK teringin sangat nak merasa selain dari Masak Lemak Telur Itik Dengan Belimbing tu. Satu perangai SK ni kalau nak makan sesuatu tu SK suka nak masak sendiri kecualilah kalau makanan tu susah nak dimasak atau memerlukan peralatan yang SK tak ada barulah SK beli. Jadi, bila dapat jer belimbing dari sepupu SK, memang SK dah cakap 'by hook or by cook' (Ceh! Omputeh gitew) SK mesti usahakan jugak masak sambal hitam ni. Bila dah siap masak sambal hitam ni barulah hati rasa puas, macam bahagia sangat rasanya.. keh keh keh.

Oh, ya! Pada pendapat SK, sambal hitam ni sedap dimakan dengan nasi putih yang masih panas-panas. SK kepam-kepam nasi bersama sambal hitam ni dan suap ke mulut, wallaaaaaaaa.. sedapnya. Alamak! SK terliur pulak padahal sendiri yang tulis. Tapi... akibatnya.. ada akibat tau.. huhu.. nasi terlebih sudahhhhhh... uhuks!

Resepi Sambal Hitam ni SK google dan dalam banyak-banyak tu SK tertarik nak mencuba resepi dari dapur Kak Madiha. Menurut Kak Madiha, sumber resepi ini adalah ibu mertuanya sendiri yang merupakan anak Pahang (maaf Kak Madiha kalau SK tersilap.. tapi SK selalu baca mak Kak Madiha duduk di Raub, betul tak? Tak tahulah kalau mak Kak Madiha ni berhijrah dari negeri lain.. huhu). Dari segi penyediaan, SK dapati ia saling tak tumpah macam resepi Sambal Jawa yang selalu mak SK buat (walaupun mak SK banjar) cuma bezanya adalah penggunaan kicap dan belimbing dalam masakan sambal hitam ni. SK rasa kalau cili padinya tu SK letak banyak sikit mesti lagi menyengat, bagi berasap telinga, kan.. kan...

Sambal Hitam Pahang
Sumber : Dari Dapur Madiha

Bahan-bahannya :
  • 1/2 cawan belimbing buluh rebus (rujuk cara merebus di bawah)
  • 1/2 cawan cili padi ditumbuk halus (ikut suka pedas masing-masing)
  • 2 cawan ikan bilis yang telah dikopek ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang merah dimayang
  • 5 sudu besar kicap manis
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan minyak masak
Cara-caranya :-)
  1. Cuci bersih belimbing kemudian renihkan dalam periuk atau kuali tanpa air. Biarkan ia mengeluarkan jus sendiri dan kecut. Kacau selalu supaya periuk tidak hangit. Biar sehingga belimbing mengecut dan jusnya betul-betul kering dengan api yang kecil dan belimbing bertukar warna gelap. Tutup api. Tumbuk belimbing separa lumat.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan bawang yang dimayang sehingga wangi.
  3. Masukkan semua bahan yang telah ditumbuk tadi. Tumis dengan api perlahan sehingga nampak agak kering dan garing.
  4. Tambahkan kicap manis, garam dan gula secukup rasa.
  5. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding). Bila dah garing, tolak sambal ke tepi kuali supaya minyaknya tos sebelum dihidang. Boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunalan penapis santan.
p/s : Sambal ini boleh disimpan lama katanya juga Sambal Hitam ini enak dimakan bersama ketupat pulut. Huwaaaaaaaaaaa... petang ni SK nak cari ketupat pulutlah kat Pasar Ramadan.. huhuhuhu

* Untuk langkah demi langkah menyediakan sambal hitam ni boleh tengok di SINI.

14 comments:

  1. Rumah kakak sekarang tengah banyak belimbing tu SK sebab Ahad lepas ambik dari kampung. Kalau rajin boleh buat ni..

    ReplyDelete
  2. buat sendiri kak....
    mas tak pernah try la sambal hitam ni...

    ReplyDelete
  3. kak saya orang pahang pun tak pandai dan tak pernah lagi buat sambal nie.. tengok akak buat cam sedap jer..

    ReplyDelete
  4. Assalam SK, akk suka sangat dgn sambal hitam pahang, pertama kali mkn terus rasa nk mkn lagi. Gigih betul SK ya, mcm tu la baru ya, nak mkn buat sendiri pas tu sedap pulak tu, akk pun masih ada stok belimbing yg dh direbus pemberian kwn hari tu, teringin pulak nak mkn ni

    ReplyDelete
  5. wah wah wahhh.. orang johor dah sampai ke pahang ye? hehe.. akak tgk pun dah terliur dah ni hahh.. buat lauk bersahur mmg best giler nih..
    baru ni adalah silent reader nak order sambal hitam dngan akak.. ngidam katanya.. buntu akak nak cari kat manalah belimbing buluh tu.. sudahnya baru akak tingat yg adik ipar akak ckp dulu dia selalu gak buat kwn dia order.. terus la suruh adik ipar akak buatkan utk adik yg ngidam tu.. order terus rm30 ke rm40 katanya utk stok bulan puasa.. bila dia dah ambik kat umah adik ipar akak.. akak pulak yg terliur dok teringatkan sambal hitam.. kehkehkeh..

    a'ah betul la tu.. mak mertua akak org pahang jati.. kalau mak akak pahang celup.. hehe.. yelah.. asal dr terengganu tp berhijrah ke pahang.. xleh la nak panggil pahang jati kan?

    sori terover lak komen. tq mencuba resepi yg dikongsi tu ye.. nak best guna cili padi kg yg halus2 tu.. baru menyengat.. hehehh..

    ReplyDelete
  6. lia dah penah buat kak...masih ada sikit dalam peti ais.. selalu makan waktu sahur dgn nasi panas... :)

    ReplyDelete
  7. Ermmm kalau buat nie makan ngan nasik panas2 mmg terangkan kan xyah lauk lain sambal nie pun dah cukup kan seri :D...

    ReplyDelete
  8. sedap gila kan? hehe.. ita dah tergolong dalam org johor yang jatuh cinta dgn masakan pahang skrg ni...

    ReplyDelete
  9. Ya Allah kak...kecur lieya kak...kawan pahang lieya suke up pic sambal hitam nih....bile laaa dpt rase nih...kene buat srndiri laa gamaknye nih....

    ReplyDelete
  10. Sorang kawan di opis memang orang Pahang, handal buat Sambal Hitam Pahang nih.

    Saya tahu pasal Sambal Hitam ni dari dia la. Memang terkenal rupanya Sambal Hitam ni, saya baru tahu.

    Saya nak try juga la buat.

    ReplyDelete
  11. Tapi kan kak...lepas 3-4 kali pekena sambal hitam, saya u-turn balik ke sambal Jawa...heheheheheh.. Dasar Jawa toktok saya nie.

    ReplyDelete
  12. Lama kak x buat sambaiii kegemaran sekeluarga nii... tunggu pokok yg ditanam lama lagi hehe wah bole juai ni dh pandai..kalah ratna kita tuu hihi

    ReplyDelete
  13. salam, kami ada menjual sambal belimbing ini,jika berminat, anda boleh order dengan kami.anda boleh lawat fb kami : https://www.facebook.com/profile.php?id=100004567245037 atau blog kami siblinghomemade.blogspot.com

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

KEK OH KEK!

Assalamualaikum... DAH sarapan ke tu? Sk ni dah dua hari berturut-turut sarapan dengan kek yang superrr duperrrr jelita. Meh tayang sikit...