MASAK LEMAK CILI PADI TELUR ITIK DENGAN BELIMBING

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
ASSALAMUALAIKUM...

sila salahkan kamera yang menyebabkan masak lemak SK pucat lesi lesu...  tapi rasa ada power!!!

ORANG kata sedap benar masak lemak cili padi telur itik ni dicampurkan dengan belimbing buluh. Lalu Seri Kandi pun teringin. Bukan mengidam tapi teringin... beza tau antara mengidam dengan teringin ni :p ... Teringin ni kiranya kurang drastiklah dari mengidam tapi orang tua kata, keinginan yang melampau kalau tidak ditunaikan akibatnya akan kempunan. Kempunan tu boleh mengakibatkan macam-macam, contoh yang paling selalu mak SK sebut ialah, 'mati terpijak semut' ekekeke.. pernah dengar tak???

Mana nak dapat belimbing buluh? Rumah SK jangan kata belimbing buluh, pokok buluh pun tak ada. Ada seorang kawan yang rumahnya banyak belimbing buluh tapi nun jauh di Segamat sana. Bila dia datang JB, belimbing buluh tak ada musim jadi sampai ke sudah hajat SK tak tercapai sehinggalah seorang sepupu ni post gambar belimbing buluh yang sedang berbuah lebat di fb. Eh! Ada yang tanya, cemana rupanya belimbing buluh tu eh? Haaaaaaaa... ni rupa belimbing buluh ya, adik-adik.

kredit to fb sepupu SK, Kak Za

Habis, yang satu lagi tu belimbing jugakkan? Tu belimbing apa pulak??

Ohhhhhh.. yang ni belimbing besi. Haaaaa... jangan ada pulak yang sebut belimbing bintang... maklumlah, orang putih kata, 'star fruit' kan... hehehe.

google image

Okey, untuk resepi, jom kita rujuk blog Che Mat Gebu kita, selamat berpuasa ya, Che Mat... :-))))) Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ini. Maaflah, Kak Sari tak ikut resepi Che Mat 100%. Maklumlah, rumah kita dalam taman kayangan, serba-serbi tak ada, huhuhu...

MASAK LEMAK CILI PADI TELUR ITIK DENGAN BELIMBING
Sumber : Tiffin Biru

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur itik
1 keping asam gelugor
12 biji belimbing buluh, cuci dan belah dua tapi tak putus setiap sebiji
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, 1 disiat, 1 hiris halus
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 genggam cili padi kampung hijau, buang tangkainya
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama serai titik dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Perlahankan api. Pecahkan telur itik satu persatu ke dalam kuah, pastikan merahnya tidak pecah dan telur tidak bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api kecil hingga telur itik mengeras, kacau perlahan dengan berhati2.
  2. Masukkan asam gelugor dan daun kunyit yang disiat. Tuang pati santan dan kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu.
  3. Akhir sekali masukkan belimbing buluh, masak sekejap. Tambah hirisan daun kunyit, kacau perlahan. Rasa dan jika okey boleh matikan api.
 



Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nak masak menu ni weekend ni...peberet lia ni kak :) yummy!!(arghhh..ko lia semua manjang peberet...hhaahahaaaa)

    ReplyDelete
  2. Rumah kg kakak belimbing buluh ada dua kaler kuning dan putih banyak tak termakan SK. Tapi sesekali kakak petiklah juga.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!