KUIH PERIA DAN BERIYANI HYDERABAD

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
ASSALAMUALAIKUM....


DUA juadah yang SK beli dari dua pasar ramadhan yang berlainan di hari yang berlainan. Sebenarnya, SK bukanlah suka sangat hendak bersiar-siar di pasar ramadhan tu tapi apabila anda berada dalam situasi SK yang terpaksa menunggu anak pulang kelas menjelang waktu berbuka dan terpaksa pula meredah kesesakan jalanraya, apakah lagi pilihan yang ada. Setiap hari sepanjang Ramadhan, pejabat SK ditutup seawal jam 4.30 petang manakala panglima SK pula pulangnya jam 5. Anak manis kami pula hanya tamat kelas pada jam 6 jadi masa sejam menunggu diperuntukkan untuk kami mencuci mata di pasar juadah. Sambil-sambil tu bolehlah juga beriadah membuang kalori dengan berjalan, betul tak? SK rasa sepanjang bulan puasa ni kaki SK macam dah kurus sikitlah akibat berjalan di pasar ramadhan setiap petang, hihihi. (kaki jer yang kurus pun... huhuhu)
 

SK tertarik dengan kuih cantik berbentuk daun yang cantik berkilat ni di pasar ramadhan Taman Universiti. Cepat-cepat SK bertanya dengan adik penjual tu, katanya ini kuih peria ada inti kacang merah di dalamnya. Ooooo.. setau SK kuih peria bentuknya macam peria tapi sebab SK dah jatuh hati dengan bentuk daunnya yang cantik tu dan tak pernah tahu macam mana rasanya kuih peria jadi SK belilah, murah juga, tiga biji seringgit, murahkan.. lepas tu terkial-kiallah SK menghabiskan kuih tu seorang-seorang sebab ER dan Iman sama-sama tak minat. Dua beranak ni memang seleranya sama, apa yang si bapak tak makan, si anak pun tak makan, haishhhh!! Sudahnya, SK habiskan kuih ni sambil menyiapkan juadah sahur, Alhamdulillah, nasib baik tak jadik habuan cik tong, huhu.
 

Ini pula Nasi Beriyani Hyderabad. SK makan berkongsi dengan ER. Makan berdua, suap lain-lain dalam satu pinggan besar. Rasa??? Boleh tahanlah, patutlah SK nampak ada yang beli berbungkus-bungkus. SK nasihatkan siapa yang nak beli nasi beriyani ni agar cari rakan kongsi makan sebab nasinya memang sangat banyak dengan daging atau ayamnya juga dipotong besar-besar. Tapi pencuk nenas dan timun tu SK buat sendiri sebab nasi beriyani ini tidak disertakan sekali dengan pencuk dan dalca tapi memang tetap puas hatilah. Harganya cuma RM8 sahaja memang berbaloi-baloi. SK tambah lauk kambing kena RM14 sahaja, biasalah.. tamak, huhu. Siapa yang tinggal di kawasan Johor Bahru masih sempat lagilah nak buka puasa dengan nasi beriyani ni. Cari di pasar ramadhan Taman Universiti atau Taman Daya, tempat lain SK kurang periksa. Dan kalau bukan bulan puasa bolehlah cari di Pasar Tani Larkin setiap hari Sabtu, anda pasti suka!!!
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kiuh tu tak pernah jumpalah SK. Tapi nasi beryani kakak tahu. Memang dia tak bagi paceri kan. Tapi dah sedap juga. Kena anak kakak makan dgn timun aje...

    ReplyDelete
  2. Sama dengan anak saya...selera ikut bapak. Hahahahhaa. Kuih tu berkilat2 cantik kak. Sedap ker?

    ReplyDelete
  3. Kalu tak silap, Kuih Peria ni popular di Kelantan. Ada orang sebut ini Kuih Nyonya. Dibuat dari tepung pulut. Saya pun suka sebenarnya.

    Nasi Beriani plus kambing? Alahaiii lecur dah!

    ReplyDelete
  4. Kalu tak silap, Kuih Peria ni popular di Kelantan. Ada orang sebut ini Kuih Nyonya. Dibuat dari tepung pulut. Saya pun suka sebenarnya.

    Nasi Beriani plus kambing? Alahaiii lecur dah!

    ReplyDelete
  5. serius lama x makan kuih peria tu !

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!