ASSALAMUALAIKUM...
DARI negeri di bawah bayu marilah kita patah balik ke Tanah Semenanjung, negeri Pantai Timur, hihihi.. cerita raya SK ni sebenarnya, tertangguh sekian lama, mintak ampunlah kepada semuanya yang terlibat di dalam cerita SK ni.
Bagi pembaca setia blog SK (terima kasih banyak-banyak) tentunya tahu bahawa adinda SK, Cik Embun aka AiNi telah bertemu jodoh dengan jejaka dari Terengganu. Maka, orang Terengganu telah berpakat-pakat untuk membuat majlis sambut menantu pada hari raya ketiga yang lalu (Peh.. berzaman baru nak tulis). Kebetulan pula giliran SK tahun ini beraya di utara maka SK dan ER pun telah bersetuju untuk mengikut rombongan bertandang ini. Keluarga di sebelah SK pada raya tahun ini telah bermusafir sejak hari pertama lagi tau manakala SK bertolak dari Kuala Ketil bermusafirlah kami pada hari raya kedua meninggalkan segala ketupat palas, lemang dan rendang dan keseronokan berhari raya di kampung halaman ER.
SK dan AiNI |
pagi selepas bersarapan bergambar di pinggiran kolam.. errr.. ada sape yang tak mandi??? |
jari jemari runcing |
Kg Guntung ke Kg Guntur... SK lupa nama kampung adik ipar, hehehe |
ketua rombongan... errrr... |
![]() |
Alhamdulillah, kami sampai ke Terengganu |
![]() |
klik klik |
hujan mencurah-curah sebaik kami naik ke atas rumah.. rezekiiiiiiiiiiiiiiiiii!! |
biru firus sedondon.. cantikkan.... |
bersama sepupu-sepapat sebelah lelaki.. di kiri AiNi adalah adik pengantin lelaki.. comel tak???? |
inilah dia chef of the day, terbaik gulai kawah air tangan abam baju merah ni |
lama tak makan berhidang macam ni bila pergi kenduri |
tapai daun getah... pun terbaekkkkkkkkk!! |
anak buah |
ibu dan anak.. mertua dan menantu |
besan |
sekampung dah kita |
sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri buang yang keruh ambil yang jernih baru teguh peribadi |
ler... kalu tau gi ganu blh roger2 tun masa blk tu.. tun ptg raya ke 3 dh blk kemaman... :)
ReplyDeleteheheh!!!sib baik citer yg terbaekkk2 aje psl ganu kite. doh tu dok borong kepok lekor, kain sutera &telur penyu ke?
ReplyDelete