MESIN KULIT TART DUA LUBANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
11
ASSALAMUALAIKUM....



ALHAMDULILLAH.... SK sedang ke'busy'an tapi hati SK melonjak-lonjak pagi ini dengan dua berita yang sangat menggembirakan SK. Rasa macam hilang segala sebal yang kian menebal. Pertama sekali ialah SK nak kenalkan dengan kawan-kawan bakers dengan bibik baru ini.. memperkenalkan... Mesin Kulit Tart Dua Lubang yang lebih ekonomi tetapi masih boleh mempercepatkan lagi kerja-kerja menekan kulit tart tu.

Satu lagi berita tu... woooooo... itu tak mo cakaplah.. ;-)))))) simpan dalam hati. Oh, ya! Jualan cup cake semalam, Alhamdulillah, habis terjual semuanya. Alaaa.. tak banyak pun yang SK bawakan tapi sedih juga sebab Iman kata ada kawan-kawannya yang tak habis jualan. Tak apalah, mungkin lain kali boleh cuba lagi ya adik-adik.


Eh, cakap pasal mesin tart tu... haaaaa... nilah dia. Masih lagi material yang sama, beratnya 1.67kg ya. Harga yang SK tawarkan adalah harga mampu milik. Cuma SK nak jelaskan di sini, memang ramai yang terkejut badak mendengar harga mesin ini tetapi SK nak maklumkan bahawa materialnya adalah sangat mahal dan macam harga emas jugak. kadang naik, kadang turun. Tapi faham-fahamlah.. harga barang kalau dah naik, bila masa nak turunkan.. huhu. Jadi, apa tunggu lagi.

Boleh whatsapp SK di 012-7799705 atau email SK di serikanditanahjauhar@gmail.com.

Kalau lambat reply, harap bersabar ya.. sebab SK memang lagi ke'busy'an nih...

Sampai jumpa lagi.

Salam Sayang.
Seri Kandi Tanah Jauhar
Tags

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hehehe.. cikda tumpang gumbira..
    tiba part sk memperkenalkan mesin kat atas tu..cikda baca dengan nada.iklan tora datang lagi.. hehheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah.. Cikda, kena panggil Mat Sentul rakam suara Tora tu.. hihi

      Delete
  2. Bukan jual tartnya aje Sk ni.. siap nak jual mesinnya pulak dah... betul-betul bijak!

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. memang canggih Qashmere.. tgh pikir kalaulah boleh guna current utk run mesin ni, hihi

      Delete
  4. Wow...menarik ni...sebab wife saya pun baker...Nanti saya suruh dia baca entry ni...mana lah tau dia nak mesin ajaib ni...hihihih

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!