MAKAN-MAKAN DI MARINERS CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
ASSALAMUALAIKUM...


LEMAU! Malas sungguh SK nak memasak dua tiga hari ini. Macam tulah SK kalau balik dari bercuti. Orang bercuti reset minda memang macam tulah gayanya ke? Haaa.. yang sebenarnya bahan mentah di rumah SK ni dah habis. Yang tinggal dalam peti tu adalah setengah kilo daging. ER beli sekilo, hari tu SK dah masak separuh buat kari dan masak kicap. Jadi rasa macam jemu pulak nak masak/ makan daging lagi. Pulak tu, 'blender' di rumah SK ni rosak. Hari tu SK kisar lada, belum lumat dah berasap. Sudahnya nak buat macammana, kita makan kat kedailah jawabnya.

 
Selalunya kalau berdua dengan Iman kami makan saja apa yang ada. Rendam biskut kering dalam teh susu cair bair (teh 3 dalam 1 lettewww) pun sedap juga. Rebus spaghetti, goreng bodoh-bodoh pun laku juga. Encik Panglima SK sepanjang dua tiga minggu lepas sibuk bekerja. Dari pagi membawa ke senja. Dari senja membawa ke tengah malam gelita. Nasib baik SK dapat culik dia bawa terbang ke Kota Kinabalu. Itupun sampai saja di rumah, letak beg, ER terus capai laptop dan pergi kerja. Melengkarlah SK dua beranak dengan Iman melayan astro ria, warna, citra semua.. sebab memang tak ada 'chance' kalau ER asyik buka cerita tamil sahaja... erkkkkkkkkkk!!
 

Ini kisah malam tadi... Disebabkan bahan mentah dah habis dan nak tunggu defrost (cemana eja?) daging tu lama, ER mengajak SK makan di luar. SK memang suka tapi yang tak sukanya ialah nak berbaju lawa dan menyapu bedak di muka. Terlanjur semalam adalah hari menutup buku-buku akaun bagi bank-bank sedunia jadi destinasi kami adalah membereskan hutang-hutang yang ada. Gedebak-gedebuk jam dah hampir pukul 9.30 malam. Lepas tu, ER ajak makan di IT Roo Cafe. SK sebenarnya malas dan menyampah nak pergi sana sebab staf di IT Roo ni sombong sikit almentanglah dia punya cafe tu ada nama. Macam dua minggu lepas kami pergi dalam jam 9.30 jugaklah, dia kata dah tutup tak ambil order lagi. Tapi.. ER ni selagi tak dapat selagi tulah dia teringat, baiklah.. layannnn.


Sampai di IT Roo, amboi.. sombongnya staf dia kata dah tutup sambil lipat kaki meja. SK tengok ramai lagi pelanggan yang masih makan macam yang dua minggu lepas juga. SK bukan apa, SK geram kesian dengan ER sebab ER ni bukan jenis yang senang nak makan di mana aje. Kalau dia kata tak berkenan dengan satu-satu kedai tu memang tahanlah dia berlapar.. yang kami ni??? Kebulur tahu tak??? huhuhu...


Sebenarnyakan.. sebenarnyakan... masa berjalan kaki menuju ke IT Roo tu, SK ada terperasanlah satu cafe ni, namanya Mariners Cafe. Dia ala-ala macam cafe dalam cruise lah, dalam cerita omputeh tu.. dengan gaya pintunya yang antik bercermin tu. Siap ada jam bentuk boya merah putih gantung dekat depan pintu tu. Jadi, bila ER tanya nak makan kat mana (dengan nada kecewa pasal IT Roo dah tutup), SK terus tunjukkan Mariners Cafe ni kat ER. "Apa kata kita cuba makan kat sini?" Cadang SK dengan penuh harapan. ER urut-urut dagu. "Nak dekat sini?" SK angguk-angguk suka... :-))))


Wahhhhhhh.. jakun betul bila masuk Mariners Cafe ni. Ia ada ciri-ciri cafe zaman P Ramlee lah macam tu. Kalau Dapur Jendela kan dia macam lebih kepada gaya sekolah dulu-dulu, Mariners Cafe ni menampilkan ciri-ciri seperti berada di rumah sendiri dengan gaya 60-an dan 70-an (SK tak pasti sebab SK belum lahir pun tahun 60-an tu..huhu). Cafe dua tingkat ini berdindingkan batu-bata yang tidak berplaster dan dicat dengan warna putih kapur. Kerusi mejanya pulak ada berbagai gaya tapi semuanya antik dan klasik. Piano ni SK ingat lagi dulu-dulu SK suka main lagu 'twinkle-twinkle little star'. Siapa pernah ada piano macam ni mesti nyesal sebab tak simpan, kan.. dah kategori antik ni. Mariners Cafe ni terletak sederet dengan Dapur Jendela tu ya..


SK lupa nak selakkan buku menu tu untuk tatapan pembaca Alam Sari tetapi kebanyakan menu di Mariners Cafe ini menghidangkan masakan western dan masakan Malaysia dan Singapura (mungkin kerana ramai warga Temasik selalu datang ke JB ni) macam Kuey Teow Goreng Stail Penang dan Mee Siam Goreng Stail Singapura. SK dan ER sama-sama makan Kuey Teow Goreng Penang... pehhh! Dah lama SK tak jumpa kuey teow goreng yang macam ni, asyik-asyik jumpa Char Kuey Teow jer. ER pun kata sedap.. laju gila dia makan, SK makan tak habis sebab banyak sangat rasanya sepinggan tu, mintak Iman habiskan tapi Iman pun tak habis, akhirnya SK habiskan juga.. beli nih!!


Sup Cendawan dan Roti Bawang Putih ni pun sedap juga tau. Supnya tu pekat dan secukup rasa. Berebut-rebutlah makan tiga beranak sebab cuma mintak satu set jer. Tapi tak baik tamak,kan. Kita makan kongsi, kalau tahu sedap lain kali datang nanti kita mintak sorang satulah pulak ye. 


Iman macam biasa pantang jumpa hidangan western, anak sedara mat saleh celup ni terus mintak nak makan Chicken Chop, kita layankan ajerlah budak tembam ni. Bila dia makan, ada bunyi.. urmmm.. dap... urmmm... dap.. huhuhu.. sambil angguk-angguk kepala. Lepas tu, SK teringinlah nak rasa, yesss.. memang sedap sangat. Chicken Chop ini didatangkan dengan dua pilihan sos iaitu cendawan dan lada hitam dan Iman pilih lada hitam, memang sedap sangat, SK tak tipu, ER pun makan sampai terangguk-angguk, mesti bangga tuan kedai nikan tengok gelagat kami tiga beranak makan.. hehehe.. tak percaya tengoklah nanti SK mesti datang lagi... :-))))))

Untuk ke Facebook Mariners Cafe  klik SINI.

arnab jinak di bazar karat JB.. eiii.. rasa nak beliiii... gerammm..
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Aina jenis yg typical bila sedap kat sesuatu tempat tu susah rasanya nak try tempat lain bukan apa takut tak kena dengan selera.

    ReplyDelete
  2. macam saya kalo barang2 dapur dah habis n kekadan malas nak masak memang sekali sekala kita makan kat luar...
    Sup Cendawan dan Roti Bawang Putih tu terliur la saya nengok sedapnyer...

    ReplyDelete
  3. IT Roo tu tak payah pergilah SK. Pukul 9:30 dah nak tutup hairannya...
    Nasib baik ada pilihan tempat yg tak kurang baiknya... - tapi kakak tak pernah ke sini lah.. nampak macam best aje:)

    ReplyDelete
  4. Melampau ER tu...ada ke layan citer tamil? mcm zaman kami muda2 dulu, hari2 layan filem tamil sebab ada tukang terjemahnya....sambil geleng2 kepala dia tengok cerita tu (kita ada pembantu rumah yg dah dianggap mcm saudara sendiri dulu)

    Sari, dtg sini je, ambik kakpb punya arnab. Cute, besar, kuat makan dan kuat protes (hari2 kalau lambat bg makan mulalah mereka hentak kaki)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!