ASSALAMUALAIKUM...
UNTUK Si Pencinta Keju, kek ini untuk anda.. mewah... sangat mewah dengan keju.. ada rasa masin dan manisnya di situ. Memang rasa macam tak boleh berhenti mencapai sepotong demi sepotong. Tak apa, kita makan lemak ni sekali arung, pas tu kita pergi kedai jalan kaki, okeyyyy.. hehehe. SK buat kek ini pada pagi Ahad lepas. Memang SK dah lama teringin nak makan kek ini selepas diperkenalkan oleh seorang kawan yang satu pejabat dengan SK lamaaaaaaaaaa dulu. Siap dia 'print'kan resepi untuk SK. Tapi agaknya sebab dah lama sangat, SK tak ingat mana SK selitkan resepi tu. Jadi, SK terus google resepi Snow Cheese Cake dari Rahel dan dapatlah resepi ini. Kepada Rahel, terima kasih banyak-banyak ya.. dan kepada penyumbang resepi asalnya Sherry-mz@myResepi, terima kasih sekali lagi.
Oh, ya.. pada pendapat SK, kek ni amatlah sesuai untuk orang-orang yang tak berapa reti nak mendeko kek macam SK ni ;p huhuhu. Memang SK agak 'fail' bab nak sapu krim di sekeliling kek tu dan SK juga mempunyai masalah untuk membelah kek untuk disapukan krim di tengahnya. Mujurlah kek ini sangat mudah dibelah dan rata sahaja permukaan yang dibelah tu. SK mempraktikkan cara yang diajar Kak Azlita Aziz iaitu dengan memanaskan pisau di atas api terlebih dahulu. Dan SK turut menabur cheddar cheese di antara dua kepingan kek tu. 'Cheese's Lover' katanya kennnnn... ahaks!!
Snow Cheese Cake
Resepi : Sherry_mz@myresepi
Sumber : Rahel
Bahan Kek :
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung hong kong
60g tepung jagung
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)
Untuk krim:
1 kotak/ 250 gm cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis
(putarrrrrr kedua bahan ini sehingga sebati dan tidak
berketul-ketul).
Untuk Toping:
1/2 kotak / 125 gm kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kek kecuali mentega cair dan
putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat &
putih. Akhir sekali masukkan mentega
cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau
yang disapu dengan sedikit
butter.
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah
selama 45 minit ke 1 jam
dengan kepanasan 150'C.
5.Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk,ambil pisau
kek dan potong di tengah2
kek supaya menjadi dua bahagian.
6.Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi, kemudian
letakkan sebahagian lagi kek
di atasnya.
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh
kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi
ke seluruh kek sebagai toppingnya.
9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Nyummyyyy!!! Malam tu jugak semua kek langsai.. hehehehehe...
terbaekkkk kek ni....
ReplyDeletesedap kan kak.. saya dah buat jugak tapi belum lagi ada masa nak tulis di blog.. cuma resepi sedikt berbeza..
ReplyDeleteSalam sari...tgk gambar kek pon dah trliur....
ReplyDeleteAduhai... kakak tengok taburan cheese kraft tu yg tak tahan SK.
ReplyDeleteKalau dapat sepotong pun jadilah kan:)
shda de jugak ambik resepi kek keju nie..tapi x terbuat lagi..walau x makan cheese tapi ramai yg di rumah menanti hehee
ReplyDeleteKak Sari...bestnyaaaaaa! Ada soklan la kak. Kalau oven saya pakai oven gas yang api bawah jer tu macam mana? Saya kena buat 2 loyang lepas tu baru lapiskan ke? Boleh ke macam tu? Hehehehe.
ReplyDeleteAziela, Kak Sari rasa bolehlah, buat 1 adunan jer belah dua.. sebab dulu2 mak akak pun guna oven letak atas api bawah jer, elok jugak masak keknya..
DeleteMakan sampai terpejam mata tak?
ReplyDeleteSedapnya...
hihihi.. makan sampai terbeliak mata.. hihihihihi
Deletesalam sari, nakkkk...
ReplyDeletesalam kak sari... tun duk tgk2 org buat ni, terliur jugak.. tp kos nk buat nyer mahaii sangat, terbantut hasrat nk buat. tunggu nx year bday husban tun blh la menerai.
ReplyDeletememang nikmat betul lah makan snow cheese cake ni, buat penggemar tegar cheese..hihihi..
ReplyDeleteps: pisau seramik tu wife saya ada...mmg tajamm :)
alamk tgk pic tu pun dah terliur ni hehehe
ReplyDeletewahhh..menggebu cake.. cheese tu buat tekak ni macam terancam je.esp waktu diet ni.
ReplyDeletesalam SK..cikda terus terjah sini setelah mengences dari blog kak zakie..hhuhuhu.. nak order..nak order jugak..walau dah tgk syarat penghantaran hanya di sekitar JB sahaja.. tak kira... (eh cikda ngandung ke???)
ReplyDeletesalam kak seri kandi.. datang dari blog kak zakie. cheese cake nampak sangat nyummy!! terima kasih resepi... boleh la try cuti nanti.
ReplyDeletedah 2 tahun trauma nak makan cheese cake tp sejak dua menjak ni ramai pulak dok menayang cheese cake tetiba rasa trauma mula hilang
ReplyDeletesinggah dari blog kakzakie.. ;)
ReplyDeletetengok pada cheese tu sangat ohsem.. dapnye.. dapnye..
Sedap!! Mmg x bleh benti mkn. Thanks tuan blog sbb anta kek ni ke rumah kami haritue...
ReplyDeletesedapnyaaaaaaaa
ReplyDelete