PESAWAT Firefly yang membawa SK terbang jauh dari tanahair kini telah berada di ketinggiaan 16,000 kaki dengan kelajuan 500km/sejam. Hati SK agak teruja kali ini. Bukan kali pertama terbang sambil duduk :p tapi ini kali pertama SK akan menjejakkan kaki ke tanah yang bergelar Bumi Lanchang Kuning. SK akan ke Pekanbaru yang merupakan ibu negeri kepada Riau di Sumatera, Indonesia. Dan mungkin ramai yang tidak tahu bahawa lebih 300 tahun dahulu Riau adalah ibu negeri kepada Tanah Jauhar menandakan begitu dekatnya hubungan saudara antara orang Johor dan orang Riau.
Wahhhhhh!! SK dah banyak kali sampai ke negeri-negeri di Indonesia tapi rasanya ini adalah antara lapangan terbang yang tercantik SK pernah sampai. Sebaik melepasi pemeriksaan Imigresen dan menuruni escalator ke ruangan di tingkat bawah, rasa agak teruja. Rupa-rupanya Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II ini baru sahaja menjalani proses pembinaan semula. Memang cantik dan lanskapnya menarik sesuai sekali kerana sejak akhir-akhir ini Pekanbaru sering disebut-sebut sebagai syurga membeli-belah bagi kaum ibu. SK ada mendengar bahawa kebanyakan hasil sulaman telekung dan kain di sini turut dihantar ke Bandung. Dan SK memang tak sabar sangat nak mencuci dompet Bapak Rizar di Kota Riau ini.... hihihi.
Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya penerbangan SK ke Pekanbaru ini bukanlah berdua-duaan dengan ER sahaja. SK menyertai rombongan Jalinan Muhibbah antara syarikat penerbangan Firefly, Kelab Media Johor dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor. Turut bersama kami adalah beberapa ejen syarikat pelancongan. Dan inilah kali pertama SK mengikuti rombongan Cik Kiah macam ni, hihihi. Dan mungkin juga SK satu-satunya blogger yang menyertai rombongan ini. Paling SK bangga sekali adalah turut bersama rombongan kami adalah Mr Big Bos dari Firefly dan Jabatan Pelancongan Negeri... siapa??? Tungguuuuuu episod seterusnya okeyyyyy.... Nanti SK ceritakan tentang apa yang menarik dan destinasi yang patut anda kunjungi jika ke Pekanbaru. Jangan lupa semak jadual penerbangan anda melalui Fireflyz di SINI...
Sampai jumpa lagi ya :-))))))
Salam Sayang Rindu Selalu dari Seri Kandi Tanah Jauhar.
Riau Episod 2
Salam Sari....Selamat bercuti2 & bersoping2 ke pekanbaru ya...semoga happy!
ReplyDeletememang happy sangat Kak Azatiesayang.. rindu plak dengan bumi Riau, huhu
DeleteWahhhhh memang menarik trip kali ni. Sambung sambung!
ReplyDeletehaaa.. kena masukkan iklan dulu, Kak Azieazah.. :-))))
DeleteAsal usul keluarga kakpb pun dari sini juga kot? Keturunan Daeng2 yang dikata lanun....hehe...tu sebab kalau marah sikit2 angkat parang..haha...jgn kecik hati pula sape2 yg baca komen kakpb ni. Memang cerita benar dari emak dan datok2 dulu.
ReplyDeletehaaaaaaa... yang tu kena sambung episod seterusnya.. kalau betul kena cari semula susur galurnya ni Kak PB ;-)))
Deletei see..Tanah Jauhar tu kat Riau lah ye?
ReplyDeleteIta Rossi, Tanah Jauhar tu meliputi kepulauan Johor-Riau.. dari Riau sehingga ke Panchor, Kota Tinggi adalah dalam satu jajahan.. nanti sy cerita kemudian ya..
Deletetak sabar nak baca apa yg menarik lagi kat pekan baru
ReplyDeleteRostina, ni mesti tak sabar nak baca cete shopping2 nikan.. hahaha
DeleteItu dia.. baru muncul empunya blog, sebab itulah busynya tak terkata ye..
ReplyDeleteKakZakie.. haaa.. tu lom jadik Datin lagi tu, hahahaha
Delete