RED VELVET CHEESE TART... BUKAN LAGI RAHSIA

Seri Kandi Tanah Jauhar
22
ASSALAMUALAIKUM...


RED VELVET CHEESE TART... PERNAH seketika dihimpit kontroversi namun bagi SK ia adalah lumrah hidup. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tak pernah bergelombang, kan. Sepanjang hidup selama 38 tahun ni dah banyak benda yang SK harungi dan bagi SK, SK tak hidup dek puji dan tak mati dek keji. Berdirinya SK hari ini adalah atas susah payah kedua ibu bapa SK yang melahirkan dan membesarkan SK, kemudian dihantar pula ke sekolah. Dewasanya SK hari ini dengan berkat didikan mereka dan SK kini bahagia di samping suami dan anak yang senantiasa di hati SK. SK juga bahagia kerana dikelilingi sahabat-sahabat yang amat disenangi dan disayangi termasuklah anda... anda pembaca setia blog Alam Sari... ya... andalah... muahhhhhhhhh!!


Lima hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Ada yang balik kampung ke? Tahun ini hari raya jatuh pada hari Selasa, kan.. tengah-tengah minggu pulak tu. SK sendiri memang beraya di JB sajalah. Silap-silap masa tu SK tengah sibuk menyiapkan tempahan cheese tart. Hadoiiii.. nasib.. nasib... Sebenarnyakan, SK ni kadang-kadang datang jugaklah malasnya nak buat cheese tart tu. Eh, sebenarnya selalu macam tu.. hihi. Masa nak ambil tempahan tu, amboi.. kemainlah rajin mencatat. Tapi bila nak buat tu, aiiii.. malasnya. Tapi, mengenangkan dah berjanji.. dah berjanji ya.. bukan soal fulusnya. SK ni kalau dah berjanji dengan orang memang sedaya upaya.. bab masa pun sama.. mesti nak tepat, tak mo ada 9 lebih.. 10 lebih... Kena janji betul-betul. Kalau 10.30 cakap 10.30, jangan cakap 10 lebih, huhu. Siapa yang kenal SK secara peribadi, tentu faham :-))))


Kalau orang lain mungkin malas bab nak menekan doh cheese tart tukan, SK ni malas bab nak mengadun doh cheese tart tu. Sebab SK ni punya tulang kecik, tapi dagingnya banyak... agagaga. Cer bayang kalau rangka kecik bebannya banyak, memang macam nak tanggal siku ni. Putar guna senduk kayu pulak tu. Sebab tu kadang-kadang ngelat jugaklah, guna mesin.. selamat sikuuuuu SK, takut berderai nanti.. takpun berbunyi-bunyi kruk krak kruk krak macam Aziz Satar dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk tu, hihihi.


 Amboiii.. bukan main panjang celoteh SK hari ni ya. Sebenarnyakan, SK ni orang kata, rupa takde.. harta pun kurang (sila lap air mata). Kalau boleh, nak jadi orang kaya, biar hari-hari boleh raya.. tapi apakan daya... (Cer tengok orang kaya.. hari-hari ke dia beraya???) SK kalau boleh nakkkkkkkkkkk bagi semua orang makan cheese tart SK percuma tapi macam SK cakap tadi tulah, SK bukan orang kaya. Sebab tu, SK tak kisah pun kalau orang nak beli atau nak buat sendiri untuk makan sendiri. Kalau ada yang bertanya, SK... macam mana supaya cheese tart kita jadi macam ni.. macam tu.. SK akan jawab selagi SK tahu. Allah SWT menjadikan kita ni sama darjat di sisi-Nya tapi kebolehan setiap orang tak sama. Ada yang berkebolehan mengeluarkan wang, tak kisah nak beli apa saja, sebut saja harga, dia bayar. Ada yang suka tawar menawar (SK lah tu). Ada yang suka nak buat sendiri untuk makan sendiri walaupun dia banyak wang, dia tetap nak buat sendiri. Tepuk dada tanya selera, gitulah gamaknya... Oh, ya.. SK jenis yang tak banyak wang ya... huhuhuhu.


Setiap inspirasi tentulah dari Al-Wahid. Dialah Al-Khaliq (Yang Maha Pencipta), Dialah Al-Razzaq (Yang Maha Pemberi Rezeki). Dia jugalah Al-Alim (Yang Maha Mengetahui). Dialah juga Al-Hadi (Maha Memimpin dan Memberi Petunjuk). Pada hari ini, hari penghulu segala hari, hari Jumaat yang dimuliakan, SK ingin sekali berkongsi dengan sahabat-sahabat SK yang dikasihi resepi Red Velvet Cheese Tart ini. Panjang-panjanglah resepi ini dan tidak perlulah dicanang-canang siapa yang empunya nama. Jika ada rezeki anda, berniagalah menggunakan resepi ini. Kita sama-sama cari rezeki yang halal di bumi Allah yang luas ini, insyaAllah. Resepi ini diolah dari resepi cheese tart yang biasa SK gunakan sebelum ini atas perkongsian dari Kak Azita Zain. Terima kasih sekali lagi untuk sifu SK, Kak Ita. Semoga Allah merahmatimu kakak.

RESEPI RED VELVET CHEESE TART

Bahan Crust :

170 gm margerin (SK guna Buttercup Margerin - tin kuning)
3 sudu besar gula icing
1 biji telur (B)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka kurma
2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu besar pewarna merah (cecair)
@ boleh ganti dengan 1 sudu kecil rata pewarna merah red velvet (serbuk)
270 - 290 gm tepung gandum (Cap Sauh)

Cara-caranya :
  1. Pukul margerin dan gula icing dalam mangkuk besar menggunakan senduk kayu. Pukul sekejap sahaja.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla.. pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan cuka kurma, pukul sebati.
  4. Masukkan pewarna merah, pukul lagi.
  5. Masukkan serbuk coklat.. pukul lagi (lama-lama menangis adunan awak asyik kena pukul.. huhu)
  6. Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan dan di mangkuk. *berhenti letak tepung jika dah jadi doh.
  7. Simpan 15 - 20 minit dalam peti sejuk.
  8. Keluarkan dari peti. Ambil sedikit doh, masukkan dan tekan sekeliling dalam acuan tart mengikut ketebalan yang sesuai. Nak senang beli mesin tekan dengan SK ya.. hihi.
  9. Panaskan oven 10 minit sebelum dibakar pada suhu 170 darjah selsius selama 20 - 25 minit.
*Disebabkan adunan berwarna gelap, selepas 20 minit, keluarkan satu crust dan cuba terbalikkan. Jika crust tidak jatuh sendiri bermakna crust belum cukup masak. tambah 5 minit lagi.

Bahan Krim :

250 gram cream cheese (Philadelphia)
2 1/2 sudu besar gula kastor
1 biji telur (B)
1/2 sudu teh esen vanilla atau jus lemon atau esen lemon

Jem : Strawberry Filling (Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-caranya :
  1. Pukul cream cheese dan gula kastor hingga lembut menggunakan mesin mixer.
  2. Masukkan telur dan esen, pukul lagi hingga sebati dan lembut.
  3. Masukkan ke dalam piping bag.
Cara Menyediakan RV Cheese Tart.
  1. Susun semua crust dalam tray pembakar.
  2. Picitkan strawberry filling 1/3 mangkuk crust.
  3. Picitkan pula adunan krim sehingga ke tebing mangkuk crust.
  4. Ambil sedikit crust, pecahkan dan taburkan di atas krim.
  5. Bakar selama 10 minit sahaja pada suhu 170 darjah selsius.
  6. Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk untuk ketahanan yang lebih lama.
*Jangan putar cream cheese pada suhu bilik. Putar 10 - 15 minit selepas dikeluarkan dari peti sejuk.

selamat menikmati red velvet cheese tart... muahhhhhhh!!!


Tags

Post a Comment

22Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah3x....terima kasih atas perkongsian resepi...sebenarnya ada niat nak minta resepi ini tapi rasa malu yg tearamat sangat memandangkan dgn resepi ini ko buat bisnes..kan.Semoga Allah limpahkan berjuta rahmat buat ko ya..amin10x

    ReplyDelete
  2. Mcm mna rupa cuka kurma tu kak...? Kenapa kena letak...? Klau x letak x pe ke..?....ic...bnyk plak soalan nya ye...hehe...
    Thx atas perkongsian rsepinya...., moga tmbah murah rezeki akak lpas ni...:-)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian ini... daku suka dan gumbira :)

    ReplyDelete
  4. Semoga rezki lebih melimpah ruah.... konsep the more you give... the more you will get back...janji Allah...

    ReplyDelete
  5. Satu yg perlu kejap simpan dlm fikiran SK. Ilmu yg dipergunakan akan berpanjangan. Selagi ia memberi manfaat selagi itu saham akhirat akan tercatat. Tak rugi pun...

    ReplyDelete
  6. kak tahan berapa lama...sebab kalau dah kena cheese diakan jadi lemau.....???

    ReplyDelete
  7. Tkasih seri sbb share resepi berniaga ko ni. Moga Allah terus melimpah ruahkan rezeki ko sekeluarga. amin.

    ReplyDelete
  8. wahhh..mekaceh ye SK cayang for sharing resipi RV tart nih..cewahh macamla akak rajin bebeno nak nguli kan..hahaha!! pepun simpan resipi tetap simpan..buat xtau bila lagi..huhuu! muaaaahhh!!

    ReplyDelete
  9. Salam SK.
    Terima ksh byk atad perkongsian resepi ni. Semoga Allah melimpahkn rahmat nye dn dimurahkan rezeki ke atas SK. Akak kagum dgn awk. Insyaallh bila akak sihat nti nk try wat rvct ni. Simpn dulu resepi ni. Ank2 suke cistat. T ksh skali SK

    ReplyDelete
  10. sedapnyerrr cheese tarT SK...tq tuk resepi nya yah...moga lepas ni lebih byk ode yg dtg...cheese tatr ni sebeno nya lebih senng di tempah dari membuatnya tau

    ReplyDelete
  11. Boleh tau x cuka kurma tu camne? Atau bpleh diganti dgn ape?

    ReplyDelete
  12. assalammualaikum

    kebetulan saya mmg sedang menari resipi ni....terima kasih berkongsi resipi...

    ReplyDelete
  13. assalammualaikum

    kebetulan saya mmg sedang menari resipi ni....terima kasih berkongsi resipi...

    ReplyDelete
  14. Salam sk..
    Nak tnya klu guna cuka mskn hat biasa tu ok ka kejadiannya nt..
    N knpa pukul guna senduk xboleh ke kai mixer??

    Tksh

    ReplyDelete
  15. Salam sk..
    Nak tnya klu guna cuka mskn hat biasa tu ok ka kejadiannya nt..
    N knpa pukul guna senduk xboleh ke kai mixer??

    Tksh

    ReplyDelete
  16. Salam sk..
    Nak tnya klu guna cuka mskn hat biasa tu ok ka kejadiannya nt..
    N knpa pukul guna senduk xboleh ke kai mixer??

    Tksh

    ReplyDelete
  17. Salam sk..
    Nak tnya klu guna cuka mskn hat biasa tu ok ka kejadiannya nt..
    N knpa pukul guna senduk xboleh ke kai mixer??

    Tksh

    ReplyDelete
  18. Terima kasih share resepi..hlal ye..

    ReplyDelete
  19. Terima kasih share resepi..hlal ye..

    ReplyDelete
  20. Dahh try buat 😍 sdp sgt ...terima kasih sudi berkongsi resepi 😘 semoga akak dimurahkan lagi rezeki amin 💕

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!