PUDING KOKTEL BERKUAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

ANTARA juadah pencuci mulut yang paling mudah dan sering disediakan ibu SK. Setiap kali ibu SK menyediakan pudingnya, ibu mesti akan siap sedia dengan sejag air panas kalau pudingnya terkeras, huhu. Maklumlah, orang dulu-dulu manalah ada sukat-sukat kan. Semuanya pakai taram. Sukatan ini SK dapat hasil dari perbincangan dengan rakan sekerja. Bila dah selalu buat, akhirnya SK dapat formula yang terbaik untuk bahagian pudingnya sebab ER suka makan sambil telan-telan puding tu, hehe.

Puding Koktel Berkuah

1 cwn tepung kastard
1 cwn susu cair
3 cwn air
secubit garam

Campurkan semua bahan dan gaul rata. Kemudian masak di atas api sederhana. Kacau sentiasa sehingga pekat, likat dan meletup-letup. Tutup api dan sudukan ke dalam acuan-acuan comel. Dinginkan.

Kuah Susu

1 tin susu cair
1 tin air
4 sb gula

Masakkan sambil dikacau selalu hingga mendidih. Dinginkan.

Hidangkan bersama buah-buahan koktel dalam tin. Nyamannnn.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!