Assalamualaikum...
SIAPA selalu buka saluran Astro 201 dan 202 tentu peminat filem tamil kan. Samalah macam di rumah Sk ni. Hampir tiap malam ER akan buka dua saluran tu.. kalau tak 201.. 202.. sampai Sk naik bosan. Kadang-kadang Sk join jugak tapi lebih banyak tak joinlah.. menyampah.. banyak sangat berjogetnya.. hahaha.
Eh, ramai yang ingat ER ni india ke? Dahlah rupa macam Rajnikanth suka pula tengok cerita tamil kan. Yang sebenarnya arwah bapa mertua Sk dulu kerani estet, jadi katanya kalau di estet tu memang ramai-ramai berkumpul suka pasang filem tamil tulah yang sampai sekarang sehari tak tengok filem tamil macam nak demam dibuatnya.. kekekeke.
Entah macam mana, malam kelmarin, masa Sk duduk-duduk layan semakfon di ruang tamu, Sk tertarik melihat satu watak seram yang muncul di kaca tv. Tahulah Sk nikan peminat kisah thriller mistik ni. Terus Sk tanya ER, cerita hantu ke ni? Dia kata tengoklah. Terus Sk join lepak atas beanbag.. siap ada dua beanbag bentang macam tilam.. hehehe. Macam tengok wayang first class tau cuma tak tutup lampu je.. wakakaka.
Haaaa.. inilah makhluk misteri yang telah berjaya membuatkan Sk terpaku di kaca tv. Cerita ni pernah main di astro mungkin masa tu Sk sibuk dengan kerja lain sampai tak perasan. Siapa yang belum tengok dan nak tengok kalau suka suspens silalah pangkah cepat entry ni ya sebab Sk nak kepochi sikit nak cerita apa yang berlaku dalam filem I ni.
Cerita bermula apabila makhluk ini menculik bakal pengantin perempuan di majlis perkahwinannya. Lepas tu.. barulah ditunjukkan babak-babak imbas semula apa yang berlaku sehingga memaksa dia menculik bakal pengantin tersebut.
Sebenarnya, makluk yang aneh dan menakutkan ni nama asalnya Lingasen atau dipanggil Lee. Lee ni merupakan seorang ahli bina badan yang bercita-cita untuk menjadi Mr India atau jaguh bina badan terkemuka tanah air. Lee ni digambarkan sebagai seorang yang lucu walaupun badan berketul-ketul dalam hati ada taman. Dia sangat meminati seorang model yang cantik rupawan bernama Diya. Lee juga mempunyai musuh yang cemburu dengan kejayaannya dalam bidang bina badan apabila memenangi Mr Tamil Nadu.. nama siapa lupa.. hehehe.
Haaaa.. inilah Diya, seorang model yang amat terkenal. Punyalah minat sehinggakan Lingasen membeli semua produk yang diiklankan oleh Diya. Tahu sajalah kalau model perempuan, barang-barang orang perempuanlah sampai maknya pun tak boleh nak kata apa.
Suatu hari, Lee telah pergi ke satu penggambaran iklan yang dibintangi Diya bersama seorang model lelaki bernama John yang playboy dan berpengaruh. Di situ Lee telah berkenalan dengan Diya dan Diya melayannya dengan baik. Walaupun seorang model, Diya menjaga maruahnya walaupun selalu digoda John. Keluarga Diya pula kenal rapat dengan seorang doktor yang berpengaruh.. lupa apa nama doktor tu. Jadi, doktor ni telah memberi amaran kepada John supaya jangan mengganggu Diya. Doktor ni juga merupakan ahli gim di tempat Lee.. kiranya hubungan doktor dan Lee memang agak rapat laaa.
Satu hari, John telah memberi kata dua kepada Diya iaitu menerima pelawaannya atau kerjaya Diya akan musnah. Diya tetap dengan keputusannya dan dengan pengaruh John, watak gadis iklan yang sepatutnya milik Diya telah digantikan dengan model lain.
Diya berjumpa dengan agensi pengiklanannya dan memujuk supaya ia diterima kembali untuk satu iklan minyak wangi jenama I yang akan dibuat di China. Pujuk punya pujuk, agensi tu (Maya) setuju.. tapi dia kata kalau 'datuk' yang punya saham dalam iklan (belasah je tak pasti apa watak orang tua dalam penyiaran iklan-iklan ni) tu tak suka dengan iklan tu maknanya Diya kena jugak tarik diri.
Dalam masa yang sama.. (tak ingat mana satu dulu).. Diya teringatkan Lingasen yang sangat suka pada dia tu.. jadi Diya menawarkan Lee untuk jadi model lelaki dalam iklan minyak wangi tu. Seorang jejaka lembut bernama Osam pula diupah Diya untuk mengubah penampilan Lingasen.
Walaupun masa tu, Lingasen sepatutnya menyertai satu pertandingan yang penting selepas memenangi Mr Tamil Nadu namun dia berkorban demi Diya. Ni sebab dia sukaaaaa sangat dengan Diya sebagai peminatlah bukan sebab cinta atau sebagainya. Akhirnya mereka berdua pun melakukan penggambaran di China tapi asyik kena marah je dengan pengarah sebab Lingasen tak pandai berlakon.. hahaha. Masa ni Lingasen dah hensem nak mampuih laaa.. boleh putih melepaklah pulak hasil usaha Osam merubah penampilannya. Bila pakai rayban tak ubah macam Hitrik Roshan tau.
Lalu si pengarah nipun suruhlah Diya berpura-pura cintakan Lee. Pengarah tu kata, cuma dengan cara tu Lee boleh 'ambil feeling' berlakon iklan tu. Pada mulanya Diya tak mahu tapi terpaksa sebab tak nak kerjayanya musnah. Oleh kerana percaya yang Diya cintakan dia, Lee pun suka sangat sehingga mampu menjiwai watak-watak dalam iklan yang dilakonkannya. Lepas tu barulah Lee tahu yang Diya pura-pura je suka pada dia.. Lee kecewa dan sedih selepas tahu dipergunakan, Diya pulak rasa bersalah. Diya minta maaf dengan Lee dan dengan mudah dia dimaafkan kerana Lee ni memang ikhlas minat pada Diya. John pulak punyalah sakit hati, diupahnya orang di China simbah asid ke muka Lee nasib tak kena.
Lalu terjadilah pertarungan-pertarungan hebat seperti kebiasaan filem tamil.. tentulah hero menang kan.. Diya menyaksikan pertarungan tu.. disebabkan dia bimbang tengok Lee bertarung.. barulah dia sedar yang dia sudah mula sukakan Lee. Akhirnya mereka menjadi pasangan yang terkenal dalam dunia pengiklanan. John pula terpaksa berlakon dalam iklan murah-murah je.. huhuhu.
Dalam masa yang sama, Osam pun cuba memikat Lee namun tidak dilayan menyebabkan jejaka lembut tersebut turut berdendam dengan Lee.
Satu hari tu, Lingasen ditawarkan berlakon dalam satu iklan minuman (tak silap) jenama Ice. Namun Lee menolak sebab katanya Ice ni tak baik untuk kesihatan dan Lee tak mahu bersubahat. Ini menyebabkan penerbit iklan (datuk) tu marah. Keputusan Lee pula menyebabkan saham perniagaan 'datuk' tersebut jatuh meredum manakala Lingasen menjadi semakin terkenal. Akhirnya, Lingasen dan Diya membuat keputusan untuk berkahwin. Malangnya di minggu-minggu akhir majlis perkahwinan mereka Lee telah diculik di mana penculikan itu telah dirancang oleh John, Osam dan 'datuk' tu dibantu oleh musuh dia dalam sukan bina badan.
Lingasen dibelasah separuh mati oleh musuh lamanya dan John. Bila dia sedar, dia dah berada di tempat terakhir sebelum dia diculik. Dalam mamai-mamai Lingasen balik ke rumah dan membersihkan diri masa tu dia perasan ada kesan cucukan di lengan tapi dia ingatkan tak ada apa-apa.
Lepas tu bila dia sikat rambut, rambutnya tanggal. Bukan gugur tapi tanggal sejemput. Sikat tempat lain pun tanggal sejemput. Bila berus gigi, satu gigi Lee pulak tanggal. Lee juga perasan ada benjolan pelik pada kepalanya. Dia pun jumpa doktor yang baik dengan dia tu. Doktor tu buat ujian didapati Lee terkena jangkitan yang menyebabkan dia menjadi tua. Keadaan Lee semakin parah sehingga memaksa dia bersembunyi dari Diya. Cuma seorang kawan baiknya dan doktor tu sahaja yang tahu keadaan Lee. Akhirnya Lee membuat keputusan membakar satu mayat yang tidak dituntut sebagai dirinya. Jadi, Lee dianggap telah mati.
Ibu Diya mula memaksa Diya untuk berkahwin. Pilih punya pilih pengganti Lee akhirnya ibu Diya memilih doktor (kawan Lee). Mulanya doktor tu tak nak tapi Lee pujuk supaya dia berkahwin dengan Diya kerana Lee percaya, doktor tu sahaja yang mampu menjaga Diya dengan baik.
Oh, ya! Sebelum tu, Lee ni cuba membunuh diri namun dapat diselamatkan dan dibawa ke hospital. Masa ni ada doktor veteran yang merawat Lee dan doktor tu syak tentang penyakit misteri Lee, dia pun siasat ambil contoh darah semua dan akhirnya dia dapat kesan yang Lee sebenarnya telah teraniaya. Bila dia nak bagitahu pada Lee, dia diberitahu yang Lee dah mati, hampalah doktor veteran tu kerana tak mampu menolong Lee.
Masa ni Sk terfikir macam mana doktor yang tua tu boleh lebih pandai dari doktor sorang lagi (kawan Lee). Tapi agaknya pasal dia lagi banyak pengalaman kot, fikir Sk lagi.. hihi.
Satu hari tukan, masa Lee terhendap-hendap kat majlis pertunangan Diya ke majlis apa.. tak ingat pulak, doktor veteran tu ternampak Lee dan dia mengejar Lee. Mulanya Lee lari tapi bila doktor veteran tu jerit.. "Lee.. kau kena virus yang dicucuk dalam badan kau" barulah dia berhenti dan doktor tu pun cerita yang Lee ni disuntik dengan virus Influenza H2N2 (hahaha.. sorry kalau salah). Tulah yang dapat tajuk I tu.
Jadi, Lee pun terus teringat kesan cucukan kat lengan dia selepas dibelasah John dan musuh dia tu. Dia pun cari musuh-musuh dia tu rupanya semua tu bersekongkol iaitu Osam, John, 'datuk' dan musuh dia dalam bina badan tu. Tengah dia mengamuk-ngamuk tetiba keluarlah satu insan yang paling dipercayainya yang menjadi dalang sebenar bagaimana Lee mendapat virus I.
Siapa?????
Kakak dah tua ni memang jarang melayan tv kalau tak ye-ye SK
ReplyDeleteApa lagi cerita Tamil memang malas benarlah..
Tapi bila baca kisah yg SK entrikan ini best pulak:)
Apakah endingnya....saja tau. Tutup blog balik ah mcm ni
ReplyDeletebest..sy kebetulan terakam cerita ni..bila layan,mmg best..anak yg darjah 1 pun suka tgk sebab org huduh jarang2 dpat tgk dlm filem
ReplyDeletebest..sy kebetulan terakam cerita ni..bila layan,mmg best..anak yg darjah 1 pun suka tgk sebab org huduh jarang2 dpat tgk dlm filem
ReplyDeleteFilem ni mmg best. Kebetulan saya record filem ni. Lakonan Vikram dan Amy Jackson mmg hebat
ReplyDeletefuh nasib ada sinopsis ni lengkap perfect detaill...mmg best cita ni kbtln baru tgk movie iru mugan si vikram ni gak belakon so tringat cita I ni tp x igt detail so google la, jumpa sini..lega dpt ingt..hehehdh
ReplyDelete