SIPUT SEDUT GORENG BERCILI

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH.. Hari ini kita telah melangkah ke hari ketiga dalam tahun 2016. Pejam celik pejam celik, kalau diimbas kembali zaman main nyanyi-nyanyi kat belakang tandas sekolah rendah dulu, zaman berebut tiang, zaman lari dalam guni.. macam tak sangka umur dapat mencapai ke tahap ini. Terima kasih Allah swt yang meminjamkan umur dan kesihatan pada diri ini. Dapatlah diri merasa bagaimana menjadi tua di mana kesakitan mula menjengah, sengal di sana, bisa di sini.. huwa huwa huwa. Apapun Alhamdulillah, kerana kesakitan itu merupakan penghapus kepada dosa-dosa kecil.. insyaAllah.

Semalam.. selepas menghantar Iman ke kelas tuisyen dan bersarapan Tosei Masala di sebuah restoran India, kami singgah ke pasar di Taman Universiti. Tak banyak ikan segar.. sebenarnya tak ada jenis ikan yang dimakan Pak Inche. Yang ada ikan kembung pun macam dah betul punya kembung. Terserempak dengan kawan lama, katanya kalau nak ikan baru datanglah pada hari selasa sebab pada hari Sabtu biasanya mereka akan cuma menghabiskan stok ikan dalam minggu tu. Kalau hari Ahad lagilah lama sebab hari isnin pasar tak buka. Tips yang bagus untuk orang yang jarang ke pasar macam Sk.. hehehehe.

Lepas tu nampak siput sedut berbungkus-bungkus. Teringin pulak rasanya nak makan siput masak lemak cili padi. ER kata dia tak larat nak potong (buntut) siput tu. Sk kata, tak apa.. Sk buat.. hihi. Punyalah nak makan tu kan. Ialah, tak puas hati kalau beli yang dah siap masak tu, semangkuk kecil pun dah RM5. Tu pun kadang bercampur dengan kulit yang dah kosong. Penipuan apakah ini?? Tanya harga sebungkus tu RM8. Mak aihhh.. dulu dulu dulu baru RM3 - RM4 je sebungkus. Patutlah yang dah siap masak tu mahal.. kan.. huhu.

Sampai taman, singgah kedai dulu beli kelapa parut. Ni sebab teringat petua yang diajar Che Mat Gebu supaya kita gaulkan siput sedut dengan hampas kelapa dahulu semalaman sebelum memasaknya. Tujuan untuk mensucikan siput sedut tu. Tapi Sk tak sempat simpan semalaman. Kalau simpan semalaman bila masa pulak nak menyiangnya, hari ni dah bekerja..kan. Sk gaulkan dalam dua jam je rasanya. Lepas tu baru siang dan cuci. Dah bersih siput-siput tu tetiba ada orang mintak separuh nak masak goreng bercili. Haaaaa.. tu dia cerita punya panjang sejarah siput nikan.. mih mih mih. Siput Goreng Bercili ni dimasak ER. Sk kalau ER memasak ni.. dah tunjuk kat mana bahan-bahan terus lari jauh-jauh. Kalau tak, nak membebel je mulut ni.. ada karang kena hempuk dengan kuali.. kui kui. (Sebenarnya malas nak layan.. semua nak minta kita tolong ambilkan nanti.. kih kih kih)


Siput Sedut Goreng Bercili

Bahan- bahan :

400 gm siput sedut
3 ulas bawang putih didipecahkan sahaja
Halia sebesar ibu jari dihiris
5 biji bawang merah kisar
1 senduk kecil lada kering kisar
1 sb sos tiram
1 sb kicap pekat
1 sb gula
1/2 cawan air
Hirisan tangkai dan daun ketumbar
setengah labu bawang besar dipotong bulat
Sedikit Minyak masak untuk menumis

Caranya :
Panaskan minyak masak dalam kuali.
Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan bawang merah dan lada kering kisar.
Kacau hingga terbit minyak.
Masukkan sos tiram dan kicap pekat.. kacau sebati.
Masukkan gula dan air. Kacau rata.
Masukkan siput.
Goreng hingga siput cukup masak anggaran 8 - 10 minit.
masukkan bawang besar yang dipotong bulat.
Taburkan tangkai daun ketumbar yang dipotong seinci2. 
Kacau sekejap hingga bawang sedikit layu.
Akhirnya tutup api.
Hidangkan siput dan taburkan daun ketumbar.

Selamat mencuba.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!