MAKAN DI INDIAN KITCHEN.. DI HARI JADI PAK INCHE

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum...

30 APRIL lepas.. merupakan tarikh keramat bagi ER
apabila menyambut ulangtahun hari lahirnya yang ke 46.
Kalau macam tu, rasanya dah 20 tahun dah Sk kenal ER ni..
sebab tak silap masa dia ngurat-ngurat Sk dulu
umurnya lebih kurang 26 tahun, hehehehe.
Teringat masa kenal dulu, bukan main kurus lagi Pak Inche Sk ni..
tak tahulah pulak yang dia ni suka makan orangnya.
Bukan kuat makan ya, tapi suka makan.
Yang kuat makan tu, Sk..
suka perabih makanan atas meja.. huwa huwa huwa.
ER ni lain, dia suka makan.. tapi kalau dia kata dah kenyang,
 biasanya memang dia tinggal.
Dan dia juga suka makan berulang kali.. gitu.

Sinonim dengan sambutan hari jadi,
memang tak sah la kalau tak pergi makan-makan.
Jadi, Mak Inche gantung periuklah.
Kali ini, kami raikan sehari lebih awal sebab pada 30 hb tu
 dah tersusun banyak agenda lain berkaitan tugas ER.
Ada juga jemputan perkahwinan.
Iman pula akan menyertai kawan-kawannya bermain kasut luncur.
 Pada mulanya, Sk bercadang nak belanja ER macam biasa di Lobster Beso
 tapi rasa macam jemu pulak makan ikan stim.
ER mencadangkan untuk makan di The Indian Kitchen, Medini.
Layannnnn...


Sebaik sahaja duduk, pelayan terus datang membawa menu.
Terdapat pelbagai jenis masakan India di sini.
Pelayan tersebut bertanyakan jika kami berminat mengambil hidangan secara buffet atau ala carte. Disebabkan giliran Mak Inche yang belanja
 jadi Mak Inche telah membuat keputusan untuk makan buffet.. hehehehe.
Harga buffet RM25 seorang tidak termasuk minuman.
 
Errr.. kenapa tetiba rasa macam tengah tulis karangan PT3 ni.. huhuhu.


Rasanya terdapat lebih dua belas lauk yang disediakan
bersama nasi putih dan nasi beriyani tidak termasuk dessert. 
Nasinya sungguh lembut gebu berderai.
Macam terpukau-pukau masa makan tu ditambah lagi beralaskan daun pisang.
Pakkal jer perut ni tak sebesar mana kalau tidak mahu dua tiga kali berulang..
 hahaha.


Pandai tau dia bagi dulang kecik jer
jadi kita letaklah lauk sikit-sikit dalam dulang tu.
Sebenarnya ada jer mangkuk dan piring kecil disediakan untuk letak lauk-lauk
tapi rasa macam tak ada thrill makan macam tu.
Lagi best bila kita longgokkan semua dalam satu dulang.. hahaha.


Telan-telan ailio tengok balik gambar ni.
Memang puas makan kalau dah letak semua dalam satu dulang macam ni.
Rasanya ayam jer ada beberapa jenis masakan
dan tidak ketinggalan kari kambing yang best sangat.
Kari sotong pun ada yang tak ada cuma udang besau.. huhuhu.


Kalau rasa tak kenyang,
boleh minta makanan ala carte lain yang dimasak khas untuk kita.
 Iman minta nan cheese. Phewww.. sedap giler cicah dengan kari kambing.
Lepas tu mintak lagi sekeping.
Mak Inche ngan Pak Inche surrender tapi la ni
rasa menyesal tak mintak roti canai, tose dan murtabak.. hahaha.
Semua ini hanya RM25 sahaja.. berbaloi-baloi!
Yang tak berbaloinya sebab tak boleh makan banyak.. usus dah tebal.. huhu.


Restorannya bersih, luas dan amat selesa.. tenang jer makan di sini.
Ramai juga mat saleh yang suka makan di sini tau.


Tenung-tenung menu nampak mango lassi..
urmmm.. mintak satu laa.. tapi yang ini tak termasuk dalam buffet..
 
 
Tak puas minum segelas.. nak buat sendiri lagi puas hirup.. hehehehe.
 
Bersambung...
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau masuk sini memang rambang mata dibuatnya
    Banyak sangat lauk nak pilih pun ambik masa sebab semuanya menggoda:)

    ReplyDelete
  2. bila terkeluarnya gmbar2 mknn..maaf to say ler sy xleh nk padam perasaan jeles tu...hikhik..sedapnya!!

    ReplyDelete
  3. Fuuyooo mcm nasi kandaq noooo.. bila nk belanjeee pak tuan dgn mak tuan kikiiii

    ReplyDelete
  4. Dah komen tp mcm x masukkk huhhu...,

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!