Assalamualaikum...
DAMAI kisahnya sudah termasyhor
Terbilang adat seri di madah
Santun budaya Negeri Johor
Kasih terikat di bumi indah
Ya kasih Ya Kasih terbilang Negeri
Santun budaya
Santun negeri Johor
Kasih terikat dibumi indah
Ya kasih ya kasih terbilang negeri
Tidak terkata tidak terkira
Budinya harum seluruh Negeri
Tegaknya Kota terbilang nama
Berbagai kaum berpadu janji
Ya kasih Ya kasih terbilang Negeri..
Amboiii.. berzapin pulak SK hari ni ya..
Siapa yang mampu menafikan kemasyhuran negeri yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia ini.
Sejarah Johor, adat resam, asal usul malah masakan dari negeri Johor sentiasa menarik ramai pengunjung untuk datang ke Tanah Jauhar yang dianggap sebagai bumi permata di kalangan pedagang Arab suatu ketika dahulu.
Rempah ratus yang dibawa oleh pedagang pelbagai negara ke bumi bertuah ini sehingga akhirnya negeri Johor terkenal sebagai negeri yang mempunyai begitu banyak masakan tradisi yang begitu lazat dengan rempahnya yang asli dan bermutu tinggi.
Bertitik tolak dari itu, Cafe Makan Kitchen, Hotel Double Tree by Hilton Johor Bahru tidak mahu ketinggalan apabila mempromosikan sajian buffet Best Of Johor yang bakal menyajikan lebih 100 hidangan warisan negeri Johor yang akan bermula pada 1 Ogos akan datang sehingga 30 September 2018. Chef Mahathir yang bertindak sebagai ketua chef dalam menyiapkan hidangan ini berkata kepada Sk, promosi ini dilanjutkan sehingga September bagi meraikan Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September nanti.
Dengan harga RM102 nett bagi dewasa dan RM51 bagi kanan-kanak, ianya ternyata amat berbaloi dan Sk ingin mengajak anda untuk sama-sama menikmati sajian Best Of Johor dalam suasana yang amat selesa di Makan Kitchen.
Johor dan Briyani Gam berpisah tiada
Rendang Tulang Rusuk menambat hati
Otak-otak Stim dengan Kuah Laksa
Jangan dilupa Kambing Kuzi
Ayam Ungkep rasanya pedas
Lawan dengan Asam Pedas Ekor Lembu
Chicken Makhani tak mahu tewas
Paru Sambal Skewer pun saya mahu
Roti Naan lembut dan gebu
Makan dengan Slipper Lobster Tandoori
Pepes Ayam dan Otak-otak tidak kujemu
Tambah sedap ada Pais Ikan Tenggiri
Udang Supreme masak kicap soya
Kerapu kukus dengan cendawan
Puyuh Percik enak rasanya
Cuci mulutnya Cendol Pulut Durian
Ulaman dicicah aneka sambal
Rojak buah-buahan dengan Keropok Malinjo
Bila makan janganlah khayal
Takut mak mertua lalu pun tak sedo
Urap Pucuk Ubi dan Jantung Pisang
Kacang Pol makan dengan roti
Walau dah makan Mee Rebus Tulang
Laksa Johor tetap dihati
Pakai songkok janganlah mereng
Sambil makan jangan bercakap
Tempe Goreng dan Pisang Goreng
Tak Johor la kalau tiada Sambal Kicap
Kuih Lopes dan Sago Gula Melaka
Kuih Kacau Keledek manis macam orang yang membuatnya
Kuih Koleh Kacang molek sedap belaka
Makan kek durian sampai terpejam-pejam mata
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati
Lepas makan kita kopi-kopi
Jom ke Makan Kitchen 1 Ogos nanti
Best Of Johor by Makan Kitchen
@Double Tree by Hilton Johor Bahru
Bermula 1 Ogos 2018 hingga 30 September 2018
@ Makan Kitchen Level 1
Isnin - Khamis 6 pm hingga 10 pm
Ahad 6.30 pm hingga 10.30 pm
RM102 nett (dewasa)
RM51 nett (kanak-kanak)
Untuk tempahan +607 268 6868
atau email JohorBahru@hilton.com
Hamboii berpantun berzapin masuk ke sini hehehe.
ReplyDeleteBetul sangat, kesemua makanan di sana semua menepati citarasa Johor sebenar.
*Kamera tu mesti lupa nak lap kan..huhuhuhu
Ampunn cikgu. Kain lap tertinggal dlm kete
Deletenampak sedap belaka. hidangan di double tree sentiasa mengujakan.
ReplyDeleteJanji Kita
nyempat kak seri posing dengan kek durian tuhh..ain pun rasa sebab sis lin amek kan..ya ampunnnnnnnnnnn,,sedappp terokssssss...
ReplyDeletesemua makanan yang disediakan best kan
ReplyDelete