MASAK IKAN PANGGANG KUALI

Assalamualaikum...

"MALAM ni mesti bonda tak masak,  kan?"
Memang begitulah selalunya setiap kali Encik Rizar tak balik untuk makan malam atau out station.  Masa nilah nak mengular memasak,  hahahah.  Macamlah anak tu tak ada tekak ngan perut nak makan kan.

Jadi,  untuk membuktikan bahawa bonda bukan kaki mengular memasak setiap kali babah tak ada,  maka Sk gagahkan diri memasak malam tadi.  Heiii,  bukan lauk senang-senang campak baling siap tau.  Ni ikan panggang kuali,  ikan nak kena garam kunyit dulu dan digoreng,  sebab tulah namanya panggang kuali... Gituuu.


Untuk masak ikan panggang kuali ni sebaiknya guna ikan yg bahagian isi. 

Resepi Ikan Panggang Kuali

Apa-apa jenis ikan pun boleh.. 
Ikan digaram kunyit dan digoreng sehingga masak. 

Kuahnya :
Serai diketuk
Halia hiris
Bawang merah kisar
Cili kisar
Asam keping
Santan sederhana pekat. 
Daun limau purut
Garam
Sedikit minyak gorengan ikan untuk menumis

Tumis halia,  serai sekejap
Masukkan bawang merah dan cili kisar,  tumis hingga pecah minyak. 
Masukkan asam keping dan daun limau purut. Kacau sebati.  
Masukkan santan dan garam secukup rasa. 
Garam jangan banyak sebab ikan dah bergaram. 
Masak hingga pekat.
Curahkan ke atas ikan yang digoreng tadi. 

Siapppp!! 



1 comment:

  1. nampak sedap ni kak seri.ni kalau takde idea boleh masak ikan panggang kuali ni

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih