PARADIGM MALL JOHOR BAHRU FASHION GALA

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
BARU-BARU ini bertempat di Pusat Beli-Belah yang kian mendapat tempat di kalangan warga Johor dan Singapura,  Paradigm Mall, telah berlangsungnya Minggu Fesyen 2018 (Fashion Week 2018) yang dianjurkan sendiri oleh Paradigm Mall Johor Bahru. 

Dengan tema  'Fashion For All' dan kemuncaknya pada Sabtu lepas telah berlangsung Fesyen Gala dengan kemunculan model terkenal Amber Chia,  pengacara dan pelakon Sazzy Falak serta instafamous Atita Haris. 
Pertunjukan gala petang itu dimulakan dengan persembahan dari Wani Kayrie dengan lagunya Diamond.  Ia diikuti dengan pertunjukan fesyen yang dibawakan oleh Diamond & Platinum yang membawakan koleksi berlian dan platinum yang mewah dan indah. 
Gala dimeriahkan lagi dengan persembahan dari DJ Cza dan tarian rancak oleh ODS Dance Studio.
Pertunjukan fesyen diteruskan dengan Carlo Rino yang memperkenalkan koleksi kasut dan beg tangan terkini diiringi dengan tiupan Saxaphone oleh Keyin.


Ia diikuti dengan pertunjukan fesyen oleh Parkson yang menampilkan jenama Valentino Rudy & Sfera, COCO dan Max Fashion diselang seli dengan persembahan memukau dari Wani Kayrie, Erni Zakri dan artis hip hop terkenal Altimet.
Minggu Fesyen yang berlangsung mulai 20 hingga 29 Julai 2018 itu mendapat tajaan utama Momo Academy dan Diamond & Platinum.
Turut mengambil bahagian, Parkson, DeFacto, Rashid Anas, Carlo Rino, Voir, Poonam Collections, Spiffy, Eyefont, Focus Point, Hipper, A Common, Amoeba, Max, Adidas, Coco, Polo Club, Nyla Fashion, Under Armour, Puma,Kawaii Kids, MOG, Tomaz, Mix It, XES dan100%.


Mulai sekarang juga berlangsung Karnival Jualan Mega sehingga 31 Ogos 2018 yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan ganjaran kepada pembeli. Dengan pembelian RM100 dengan maksima dua resit di mana-mana kedai yang mengambil bahagian,  pembeli akan mendapat baucer tunai bernilai RM5 hingga RM20.

*Terms and conditions apply

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Perghhh memang best ni tengok fesyen show. Suka tengok gaya mereka memperagakan pakaian.Gaya berjalan dan juga mimik muka mereka ..dari dulu memang suka hehehe cuma tak jadi model je kita ni hahahahahaha

    ReplyDelete
  2. bestt bessstt besttt kann kak seri... semoga kalau ade fashion show lagi , semua team jdt blogger dapat join kan...komfom meletopsss kebabomm..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!