NELAYAN SEAFOOD BY THE COAST, TUNAMAYA DESARU

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum... 

TUNAMAYA Desaru.. satu nama yang sering meniti bibir di kalangan ramai warga Johor dan Singapura. Hotel yang terletak di pantai Desaru ini tidak perlu diperkenalkan lagi dan pada  8 Ogos tahun lepas,  Tunamaya Desaru telah memperkenalkan  F&B  outletnya, 
iaitu Nelayan Seafood by the Coast Restaurant.

Kali ini,  Sk ingin membawa anda menikmati keistimewaan di restoran nelayan yang semestinya menjadikan hidangan makanan laut sebagai menu utama. Di sini anda boleh menikmati masakan makanan laut yang disediakan oleh Ketua Chef iaitu Chef Fatt dan rakan rakannya  dengan masakan laut tempatan seperti Ketam Black Pepper, Salted Egg Yolk Crab, Steam White Clams bersama Garlic dan banyak lagi. 

Dalam bulan Ogos sehingga Oktober ini, anda juga boleh menikmati All-Time Local Favorites Seafood Menu dengan harga hanya RM758++ untuk 10 orang (1 Meja). Jom kita tengok menu yang disediakan dalam set hidangan ini.


Mulakan makan besar anda dengan Deluxe Combination Platter. 
Anda pasti teruja apabila dipersembahkan dengan hidangan yang bukan sahaja indah tetapi amat memikat selera.  
Octapus Cocktail,  Butter Chicken,  Salted Egg Yolk, Wantan dan salutan kataifi ini memang sesuai sekali dijadikan sebagai hidangan pembuka selera.


Ia diikuti dengan Hong Kong Styled Steamed Red Snapper. 
Sebagai peminat masakan ikan cara kukus stail Hong Kong, Sk dapati penggunaan soya sos  tidak keterlaluan sehingga membangkitkan rasa yang begitu dramatik dan menjadikan rasa ikan segar kekal manis semulajadi.


Jika anda biasa menikmati Udang Nestum di mana-mana Seafood Restaurant,  anda patut melupakannya kerana di Nelayan Seafood apa yang dihidangkan adalah lobster..  Wowww! Nelayan Seafood hanya memilih Boston Lobster kerana rasanya yang unik dan memasaknya dalam masakan cereal menjadikan ia luarbiasa dari restoran masakan laut yang pernah Sk kunjungi.


Jangan lupa untuk menikmati warna hijau dalam hidangan anda kerana ianya akan membuat anda kekal sihat. Di sini anda akan dihidangkan dengan Asparagus Sambal atau Broccoli Mushroom. Rasa sos tiram yang digunakan dalam hidangan ini juga sangat sempurna.


Sebagai pelengkap jangan lupa menghirup Braised Seafood Soup with Beancurd Cube dengan rasa manis dan lembut.


Selain daripada Seafood, anda juga akan dihidangkan dengan Crispy Roasted Chicken bersama Lotus Leaf Rice. Nasi seakan pulut yang dibungkus dalam daun teratai ini sungguh enak dinikmati bersama ayam yang dipanggang.


Sejukkan dan segarkan juga tekak anda dengan Longan Sea Coconut atau Premium Chinese Tea sambil menikmati pemandangan laut.
Dari 1 Ogos sehingga 30 September sempena bulan Merdeka, meriahkan rasa dengan kerangupan berapi dan hidangan pembuka selera dalam satu pinggan. Pesan Merdeka Platter hanya RM61nett per set.


Nikmati pengalaman seafood yang penuh, dari airtangan Chef Fatt yang lazat,  sediakan napkin dan turuti keinginan hati dengan rasa juicy Live Boston Lobster with Fresh Clams dengan pilihan Garlic Steam, Black Pepper, Salted Egg Yolk dan banyak lagi. 
Hayati rasa Lobster yang segar dengan harga RM98 per ekor dan remis dengan harga RM35 per kilogram.


Anda boleh menikmati hidangan di luar restoran mahupun dalam restoram dengan berkongsi makanan yang sedap bersama rakan dan keluarga. 
Nelayan Seafood by The Coast ini mampu menampung 400 orang pelanggan dalam satu masa. Pelanggan juga boleh menikmati persekitaran samada dalam private dining room yang berhawa dingin atau sekitar restoran dengan pasir lembut pantai.

Untuk tempahan dan pertanyaan,  hubungi +607 8833 8888 atau email info.dtbsr@careluxuryhotels.com

Kunjungi juga laman web
www.careluxuryhotels.com/tunamaya-desaru untuk lebih maklumat.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. suka sangat deluxe combination platter a.k.a merdeka platter dia...semua ada dalam satu set!

    ReplyDelete
  2. terliur tengok lauk2 yg sedap ni kak seri.. haha

    ReplyDelete
  3. Paling kita suka soup dia, sampai 3 mangkuk kita makan..
    Sedap sangat!!

    ReplyDelete
  4. sedap² semua menu yang dihidangkan kat sna kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!