Assalamualaikum...
BERAKHIR sudah cuti sekolah penggal ketiga. Namun, ramai yang menanti kehadiran September yang dikatakan antara bulan yang mempunyai paling banyak cuti umum. Cuti berderet-deret pulak tu malah hingga mencecah sepuluh hari. Tidak hairanlah ramai ibu bapa yang memilih bulan September untuk membawa anak-anak berjalan sakan sebab tidak perlu mengambil cuti tahunan yang panjang.
Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari destinasi untuk untuk membawa anak-anak bercuti atau bagi individu yang ingin mengambil kesempatan bercuti bersama rakan-rakan, kali ini Sk ingin mengajak anda ke Bukit Gambang Resort City (BGRC). Jika dalam beberapa entri SK sebelum ini, Sk membawa anda ke Bukit Gambang Water Park dan Active Academy Bukit Gambang, kali ini Sk ingin membawa anda menerokai pula Bukit Gambang Safari Park. Jomlah kita!
Bukit Gambang Safari Park (BGSP) merupakan Taman Safari Terbesar di Malaysia.
Berbeza seperti kebanyakan taman haiwan yang lain, BGSP akan menemukan anda secara peribadi dengan haiwan eksotik dari seluruh dunia. Di BGSP terdapat lebih daripada 300 spesies haiwan yang kebanyakannya adalah yang pertama di Malaysia. Siapa sangka dengan jarak hanya 35 km dari bandar Kuantan, Pahang tersembunyi sebuah taman safari seluas 138 hektar hutan sekunder.
Antara tarikan utama di BGSP adalah...
1. Singa Putih Pertama dan Cubs Singa Putih yang lahir di Malaysia
2. Lima Pertunjukan Aktif yang boleh memuatkan sehingga 2,000 pengunjung pada satu masa dalam sebuah arena tertutup
3. Menikmati hidangan bersama dengan Singa Putih Afrika
4. Dua Zon Taman iaitu Zon Berjalan dan Zon Drive- Melalui Tram
5. Savannah Wilderness Drive-through Terbesar yang menampilkan Haiwan Perayauan Percuma di Habitats Asli mereka
6. Semua laluan sesuai dengan cuaca dan boleh dilalui baby stroller
7. Beroperasi dari siang hingga ke malam
Kredit Gambar - Sunah Sakura |
Tarikan terkini dan yang paling menarik tentunya ATV Fun Ride di dalam BGSP.. wowww!
Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan, Pahang
Tel: +609-5488000/8111/8112/8113
Hotline: +6016-9884769
Fax: +609-5486666
Email: enquiry@bgrc.com.my
Facebook:
BGRC
Taman Safari Bukit Gambang
Website:
Waktu Operasi:
Selasa - Khamis 12.00 pm - 9.00 pm
Jumaat - Ahad 10.00 am - 9.00 pm
Cuti Umum dan Cuti Sekolah 10.00 am - 9.00 pm
Isnin - Tutup
Harga Tiket dengan 0% GST:
Dewasa 13 tahun ke atas: RM 63.00
Kanak-kanak / Warga Emas / OKU: RM 43.00
Kanak-kanak tinggi melebihi 90 cm sehingga 12 tahun
Warga Emas 60 tahun ke atas
Kanak-kanak tinggi bawah 90 cm masuk PERCUMA.
Tiket Kombo ( Taman Safari + Taman Tema Air )
Dewasa: RM 88.00
Kanak-kanak / Warga Emas / OKU: RM 58.00
Untuk Disewa:
Baby Stroller (RM15 + RM15 deposit)
*Wheelchair disediakan atas permintaan
teringinnya nak pergi tp tu lah jauh. by the way, saya dah letak blog ni dalam bloglist di sidebar blog saya. suka sangat dengan blog ni
ReplyDeletePaling best pertunjukkan tarsan hehehehe...
ReplyDeleteTapi yang santai, makan malam tu, singa tgk kita, kita tgk singa hahahaha
best bawak anak2 ke safari park ni.. walaupun penat tapi berbaloi dgn kepuasan dapat tgk binatang2 ni depan mata.. anak-anak pun sampai skrg masih bercerita pasal safari ni..
ReplyDeletewahhh.. best :)
ReplyDeleteRindu oiii
ReplyDeletehahahhahaaaa...singa tuhh kuat tido ...tido 18 jam, bangun ngam ngam time magrib.lapar lettewww...hahahhaaa...
ReplyDeleteit is always fun kan dapat pergi zoo or safari. x kira kanak2 or orang dewasa hehe =D
ReplyDelete