Assalamualaikum...
"BONDA, Yaya rasa, dalam banyak-banyak tempat kita pergi, Bukit Gambanglah yang paling best. Walaupun penat tapi rasa seronok giler, Yaya tak pernah rasa seronok macam ni," Luahan hati Iman petang kelmarin ketika Encik Rizar singgah ke sebuah bank di Mersing semasa kami dalam perjalanan pulang ke JB dari Bukit Gambang. Apa tidaknya, walaupun kami selalu sahaja pergi bercuti, tapi lebih kepada jalan-jalan cari makan aje. Haaa.. siapa yang dah lama follow Alam Sari di Tanah Jauhar ni tahulah kan, asyik cerita jalan.. makan.. jalan.. makan. Tapi percutian di Bukit Gambang Resort City ni lebih dari itu tau, sehingga masa nak mengemas sebelum check-out tu hati ni rasa sayu nak meninggalkan BGRC ni, aduyaii.
Okey, berbalik cerita tentang BGRC ni, sebenarnya sebelum ini setiap kali mendengar tentang Bukit Gambang apa yang Sk bayangkan adalah Taman Tema Air. Disebabkan Sk ni tak punya anak kecik dah, jadi taman tema air ni jarang jadi pilihan setiap kali bercuti. Kalau pergi ke hotel pun Iman dah tak lagi teruja terjun dalam kolam macam masa kecik-kecik dulu. Haa.. tulah yang cuma pergi jalan dan makan aje.. hehehehe.
Tetapi apabila seorang rakan blogger memberitahu Sk bahawa BGRC ni bukan taman tema air semata-mata dan tersembunyi banyak rahsia yang perlu diteroka, teruslah membuak-buak perasaan tu sampai hampir setiap hari topik kami tiga beranak tentang betapa tak sabarnya nak ke BGRC ni. Belum masuk bulan Ogos lagi, ER dah siap mohon cuti pulak tu, hahaha. Lepas tu setiap hari dia google peta ke BGRC ni, melampau betul, hahaha.
kredit gambar Sis Lin |
Dan.. akhirnya tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Kami bertolak dari Johor Bahru seawal jam 6 pagi dan tiba di BGRC pada jam 11.30 pagi mengikut Jalan Mersing dan masuk ke Persimpangan Muadzam. Sebaik sahaja melalui pintu gerbang BGRC, kami dah boleh bayangkan betapa keseronokan yang akan dilalui sepanjang berada di sini.
kredit gambar Sis Lin |
Proses mendaftar masuk di sini sangat mudah memandangkan tempahan awal telah dibuat. Disebabkan BGRC ni merupakan tempat yang menjadi tumpuan ramai terutama ketika cuti umum maka banyak kaunter daftar masuk disediakan untuk kemudahan pengunjung supaya tidak lama menunggu. Welcome Drink juga turut disediakan dan ruangan menunggu yang boleh menampung ramai tetamu pada satu-satu masa.
Terdapat beberapa jenis penginapan tersedia di BGRC ini iatu Arabian Bay Resort, Caribbean Bay Resort dan Everia Villa Resort. Sk sekeluarga telah ditempatkan di Arabian Bay Resort yang terletak berhampiran dengan lobi, café, mini mart, ATM dan kolam renang.
Siapa yang tidak teruja jika dihidangkan dengan pemandangan yang sebegini selepas selesai membuat daftar masuk ke bilik hotel, kan. Jomlah kita letak beg yang berketul-ketul ke bilik dahulu sebelum membuat keputusan untuk terjun ke kolam.
Suite-suite di Arabian Bay Resort terbahagi juga kepada beberapa jenis suite iaitu 2-bedroom suite, Studio Suite, Arabian Suite dan Arabian Pent-House Suite.
Sk sekeluarga telah diberi 2-bedroom suite ini dan macam biasa Iman akan ditemani adik Sk, Azwa merangkap jurufoto sepanjang eksplorasi ini. Oh, ya, bagi 2 bed-room suite ini setiap bilik dilengkapi dengan bilik air ya jadi tak perlulah berebut-rebut dan setiap bilik mempunyai dua katil berukuran super single, memang besar!
Setiap kali check-in di bilik hotel, perkara pertama yang kami lihat adalah tahap kebersihan biliknya dan di sini memang tip top dari mula melangkahkan kaki ke ruang dalaman apartment, bilik dan ruang mandi serta tandas semuanya terjaga dengan baik.
Terdapat juga pantry yang lengkap dengan kemudahan cerek air panas, peti sejuk dan turut disediakan bekalan teh dan kopi secukupnya. Pendek kata memang cukup memuaskan hati tapi ingat ya di BGRC ni kita bukan nak lepak di bilik semata kerana banyak agenda yang telah diaturkan untuk pengunjungnya.
Selain dari datang bersama keluarga, Arabian Bay Resort juga sesuai untuk acara korporat seperti mesyuarat syarikat, kursus dan sebagainya di mana semasa Sk berada di sini pun telah berlangsung satu kursus dan akan berlangsungnya majlis konvokesyen sebuah kolej di Pahang.
Bagi acara membabitkan keluarga, BGRC turut menyediakan penginapan Caribbean Bay Resort yang menempatkan 2- Bedroom Suite, Studio Suite, Junior Suite dan Deluxe Suite. Jadi, anda bolehlahlah pilih suite yang sesuai dengan jumlah rombongan yang datang.. gituuu.
Setiap suite menawarkan kemudahan antaranya penghawa dingin dan kipas siling, ruang makan dan rehat, peti keselamatan, kemudahan kopi dan teh, mandian sejuk dan panas, mini bar dan pantry dan seterika.
Selain suite, BGRC turut menawarkan pengunjung untuk menginap di Everia Villas Resort iaitu resort utama yang bertemakan villa yang terletak di dalam persekitaran hutan yang kondusif dikelilingi oleh lanskap semulajadi yang berbukit seluas 727 ekar.
Ibarat hotel butik, ia direka untuk mereka yang gemarkan privasi sepanjang menginap di BGRC.
Selain itu, terdapat banyak lagi kemudahan lain yang disediakan di BGRC seperti Bell Service, Bussiness Centre, ATM Machine, Travel & Tour, kolam renang, gymnasium, steam room, laundry service, lobby shop & gift shop, Airport & City Shuttle Service, Free wifi service dan peti keselamatan.
BGRC turut menyediakan kemudahan F&B iaitu Arabian Coffee House, Caribbean Coffee House, Oriental Oasis, Camel Bistro & KTV serta In-Room Dining.
Anda juga boleh menikmati hiburan dan keseronokan lain seperti Amusement Park, Karaoke Lounge, Snooker Centre, Horse Riding, Horse Carriage Ride, ATV Safari Adventure, ATV Fun Ride, BGRC Fun Ride, Paintball Target Shooting, Paintball Warzone dan pelbagai aktiviti lain.
Untuk maklumat lanjut, pertanyaan dan tempahan anda bolehlah menghubungi talian
+609 548 8000/ 8111/ 8112/ 8113 atau fax ke +609 548 6666
atau menghantar email ke enquiry@bgrc.com.my
Facebook : BukitGambangResortCity
Instagram : BukitGambangResortCity
Website : www.bgrc.com.my

banyak betul pilihan bilik kat sini..kalau ada rezeki lebih, insya'Allah nak bawak family datang sini, duduk Everia Villas...haaa...tepukkk
ReplyDeleteBGRC tempat yg sesuai utk semua orang yang nak buat family day atau compny aktiviti..bilik2 pn bnyk..aktiviti semua menarik dan banyak..1 hari pun tak puas nak main..😊
ReplyDeleteMemang selesa sangat.. Dr keluasan, kemudahan dan servis, semuanya lengkap.
ReplyDeleteHarga pun berbaloi. Puashati bawa family ke sini..
Ada rezeki nak cuba plak di Everia Villa tu..
Assalamualaikum seri... kalau dpt join ari tu mmg bestnya....tengok gambar jer dah rasa tertawan....
ReplyDeletemenyediakan tempat penginapan yang sangat banyak.suasana bilik kemas cantik dan teratur.termimpi2 pula tidur kat rumah pink tu kan.
ReplyDeleteJanji Kita
wow...selesa sungguh menginap kat sini kan..
ReplyDelete