Assalamualaikum...
MASIH belum terlambat rasanya bagi Sk untuk mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua pembaca Alam Sari di Tanah Jauhar. Sk doakan di mana sahaja kita berada agar kita sentiasa di dalam lindungan Allah swt. Sk juga sentiasa doakan kesejahteraan sahabat-sahabat yang berada di tanah suci.
Oh, ya.. Tahun ini tiga orang bekas bos Sk mendapat jemputan mengerjakan haji, semoga mereka semua sihat-sihat sahaja di sana dan pulang dengan haji yang mabrur.
Tahun ini, Sk sekeluarga berhariraya aidiladha di Johor. Seperti yang sedia maklum, juadah raya di Johor memang agak meriah. Malam raya sahaja, emak telah menghidangkan Soto Daging buat menjamu selera anak cucu dan menantu. Ibu, walaupun tak berapa sihat sebenarnya tapi gigih juga nak memasak. Kalau dilarang makin demam nanti.
Kelihatan ibu sedang menikmati soto daging.
Di rumah Sk tahun ini tak ada masakan ayam, semua daging. Tentu ramai yang selalu baca blog Sk ni tahu yang ibu Sk tak makan ayam sebab tu selalunya kami masak soto daging. Yang best ada tulang, manyak syokkkk!
Nak nak pulak bila ditambah dengan sambal kicap meletop. Aroma rempah soto yang panas-panas ditambah sambal kicap power buat kami makan sampai meleleh air mata, hahaha.
Petang raya tu sediakan jugak Rendang Nasib Remy Ishak. Sejak tengok drama lakonan Remy Ishak tu macam seronok pulak masak rendang nasib ni. Mana yang nasib baik dapatlah daging. Sk paling suka kalau dapat paru. Tapi Iman paling boring sebab dia tak makan organ dalaman. Jadi, kalau jumpa daging Sk kenalah bagi ke dia, kecian Iman, hahaha.
Pagi raya dalam perjalanan ke rumah Angah, kami singgah membeli lemang di Bandar Baru Kangkar Pulai. Dah dua kali Sk beli lemang di sini dan sangat berpuas hati dengan harga dan saiznya. Kali ini beli dua percuma satu. Harga pulak murah sedikit dari raya puasa hari tu.
Sampai rumah Angah, terus Encik Rizar balun lemang dengan rendang nasib. Perghhh.. Sampai mak mertua lalu pun tak sedar ko!
Sk pun tumpang sekaki la.. Tambah dengan nasi impit, tak ingat dah angan-angan pasal nak kurus, hahaha.
Tak cukup dengan tu, kita pekena roti jala dengan kari kambing pulak. Ini hasil air tangan Cik Embun kita yang memang mengambil tempahan roti jala dari mana-mana individu atau syarikat korporat yang berminat. Setiap pakej termasuk dengan kuah kari sekali.
Tapi kalau nak special sikit macam kari kambing ni harga pun special sikit.
Tu anda kena tanya sendiri dengan Cik Embun.
Siapa nak bolehlah whatsapp 0127844524 atau email Sk, nanti Sk bagi nombor telefon Cik Embun. Anda mesti puas hati.
Tiga round jugaklah Sk bedal kari kambing dengan roti jala ni, hahaha.
Lepas tu lupa diri, makan pulak lontong dengan rendang. Yassalammmm.
Ampunnnn!
Hahaha berapa banyak kali makan dan lupa diri daaaa..
ReplyDeleteTapi hari raya ni memang ramai tak sedar diri, jadi di maafkan lah hahaha.
Kita jugalah nak makan jadi serba salah, sebab Suami balik, tup-tup kata kita kurus skit, tang mana yang krus agaknya dia nampak hahahaha..
Salam Aidiladha SK ..
Selamat hari raya SK dan keluarga... mana la tak lupa dirinya, semua sedappp meletopss!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya juga buat SK dan Keluarga...
ReplyDeleteBiasa lah... Kalau dah raya..pasti banyak menu makan.. Memang kelaut dalam la diet nya..hehe..
ya allah , scroll dari atas sampai bawah.....telan air liur..hahhahaaa....
ReplyDeleteWoww, smua daging gamaknya ! Kan, orang Johor..memang camginih tau~ Meriahh juadah rayaaa..
ReplyDeleteSalam Aidiladha....tak pa lupa diri hari ni ja....sok sok sambung diet..kekekee
Macam2 yang dijamu ye.. seronok betul kalau berkumpul2 dgn family ni. makan dan makan.
ReplyDeletesalam aidiladha.. ya Allah roti jala tuuuu sedapnyaaa =D
ReplyDelete