AYAM PADPRIK CAMPAK2 PON SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
Assalamualaikum... 

AYAM Padprik ni Sk masak untuk dikawankan dengan Daging Masak Kicap semalam.  Dalam rumah ni semua orang suka masak padprik,  Sk lagilah suka sebab nak masak pun senang giler.


Kalau masak Ayam Padprik ni kuah kena lebih.  Kalau beli kat kedai tomyam pun nanti pesan dorang kuah nak lebih.  Tapi tak boleh lupa pernah minta ayam padprik dekat dua kedai berlainan ni,  bila kita cakap nak kuah lebih yang datang tu macam gulai..  Sabo ajelah. 

Ayam Padprik

Bahan-bahan
Ayam dipotong kecil2
2- 3 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang besar potong baji
2 tbs sos tomato
2 tbs sos tiram
3 tbs sos cili
1/2 tbs sos ikan
5 -7 tangkai cili padi
1 tbs gula pasir
2 - 3 helai daun limau purut dicarik2
Beberapa tangkai kacang panjang dipatah2
Bunga kubis sedikit 
Carrot sedikit

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik bau. 
2. Masukkan ayam,  goreng sebentar hingga ayam agak masak. 
3. Masukkan bawang besar dan masak hingga bawang layu. 
4. Masukkan semua jenis sos,  sayuran dan cili padi,  kacau rata. 
5. Masukkan gula dan daun limau purut kacau sebati, tambah sedikit air jika terlalu kering biarkan mendidih. 
6. Tutup api dan sedia dihidangkan. 


Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. alahaiiii,,ni yang rasaaa nakkk memasakkkkk niii....hehehhee...

    ReplyDelete
  2. Yang campak-campak je sedap..
    Kalau makan goreng-goreng macam kat mamak tu, haaaa mendapatlah cirit birit dari tengah malam bawa ke petang hahahahaha...

    Pokoknyaaa silalah memasak..
    Huwaaaaaa oh my NOXXA :(

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!